CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpengaruh Tiktok, Budak 6 Tahun Telan 23 Magnet- Buang Air Besar Dalam Bag Sepanjang Hayat

28-9-2021 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2845| Komen: 8

Gara-gara menonton video di TikTok, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Lewes, Sussex, England berkemungkinan terpaksa menggunakan beg stoma untuk membuang najis sepanjang hidupnya selepas menelan 23 magnet baru-baru ini.


Pada mulanya, kanak-kanak itu dikatakan bermain dengan magnet tersebut di sekolah sebelum membawanya pulang ke rumah untuk membuat perhiasan bagi anak patung.

Ujar ibu kanak-kanak itu, Tanith, magnet berkenaan digunakan untuk meniru tindikan lidah dalam video TikTok.


Foto: Daily Star

Selama beberapa hari, kanak-kanak tersebut dilaporkan telah memakan 23 magnet sehingga menyebabkan dia mengalami simptom dan terpaksa melakukan pembedahan segera bagi membuang objek berkenaan.


Kanak-kanak terbabit mula mengadu sakit perut pada 12 September dan mengalami muntah-muntah selama dua hari.

Apabila keadaannya tidak bertambah baik, ibu bapanya membawa kanak-kanak itu ke hospital dan dia pada mulanya didapati mengalami apendiks.

Sewaktu pakar bedah melakukan pembedahan untuk membuang apendiks kanak-kanak tersebut, mereka menjumpai banyak magnet yang bercantum antara satu sama lain dalam ususnya.

Menurut perunding pediatrik, Costa Healy yang menjalankan pembedahan itu, magnet terbabit boleh menyebabkan kecederaan sepanjang hayat dan berpotensi membawa maut.

Kanak-kanak itu dibenarkan pulang ke rumah pada minggu lalu dan sedang berehat di rumah.

Foto: Daily Star

"Dia melalui pembedahan besar dan memiliki parut sepanjang 10 sentimeter.

"Tiada kecederaan kekal berlaku dan kami sedang meneliti kemungkinan dia memerlukan beg stoma," kata Tanith. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 28-9-2021 10:20 AM
Allahuu. bahaya sggh la
Quote helicornia 28-9-2021 11:41 AM
dah kenapa ko telan benda tu dik
dah besar dah pun, ingat toddler lagi
Quote slyfynx 28-9-2021 11:59 AM
Beg stoma tu blm pasti lg die kene pakai kan.
Just in case.
And ade kes beg stoma ni sementara je.
Wartawan pun, tajuk main tulis je
Quote Suchi 28-9-2021 12:05 PM
Aduh risau plak,anak iols yg 5 tahun tu suka tgk video tutorial/diy/project sains bagai tu kadang risau dan stress juga sbb bila dia tgk je mula la teringin nak buat pastu sebolehnya masa tu gak dia nk buat.
Masalahnya tak semua brg tu ada walaupun brg terpakai, pastu kalau yg agak bahaya dan buat umah sepah2 mmg iols tak koser nak layan.
Dahla kalau tak jadi dia ngamuk marah plak.
Tp takat ni takdela menda yg bahaya cuma leceh nk cari brg tu je cth nk diy projector guna cawan kertas terpakai kena la beli sesiap just utk dia buat.
Kadang tu nak buat magic guna tisu dapur segulung adoi bazirkan sygla tisu bukan murah bila tak jadi dia nak lagi segulung tisu.
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 02:26 AM
Pleaseeee letak kids control kat gajet
Dangggg
Quote batmana 29-9-2021 02:59 AM
Suchi replied at 28-9-2021 12:05 PM
Aduh risau plak,anak iols yg 5 tahun tu suka tgk video tutorial/diy/project sains bagai tu kadang ri ...

Biasa kalau minat cmtu..ajak dia main buat model miniatur gune kertas cutout samada yg beli siap. buat mainan kete, kapal terbang .biar bersepah ats meja dia aja.
Quote ultra78 29-9-2021 07:32 AM
6 tahun dah boleh guna tiktok ke? Mak bapak kena la awasi anak masing-masing. Bagi kita mmg nampak aksi video dlm tiktok tu bodoh,tapi akal budak2 ni lurus bendul.
Quote DayangKirana 29-9-2021 10:10 AM
slyfynx replied at 28-9-2021 11:59 AM
Beg stoma tu blm pasti lg die kene pakai kan.
Just in case.
And ade kes beg stoma ni sementara je. ...

clickbait chuols... dh serupa tabloid tajuk nye...
hujung2 article baru mentioned berkemungkinan...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.076632 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top