CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lupa Ibu, Hilang Ingatan Lepas Sembuh Dari Covid-19 Tahap Lima

28-9-2021 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3472| Komen: 12

Seorang pesakit COVID-19 tahap lima berjaya diselamatkan, tetapi hilang ingatan dan gagal mengenali ibu sendiri.

Ketua Pasukan Sukarelawan DAP Balakong, Lee Khai Ming berkata, enam minggu lalu, mangsa berumur 40 tahun itu mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke hospital.



Gambar hiasan
Foto: Bernama

“Kami mendapat panggilan daripada ibunya yang meminta bantuan.

“Anak lelakinya yang dimasukkan ke hospital kemudian disahkan berada dalam tahap kelima COVID-19, lalu diberi rawatan dalam unit rawatan rapi,” katanya dalam satu perkongsian dalam Facebook yang dipetik China Press.


Kata Khai Ming, lelaki itu mula sembuh secara perlahan-perlahan sejak minggu lalu, tetapi menunjukkan tanda-tanda hilang ingatan.

“Apabila petugas hospital menghubungkan lelaki itu dengan ibunya melalui komunikasi bervisual, lelaki itu seakan-akan tidak mengenali mak sendiri.

“Ibunya juga berasa bimbang dengan keadaan anak yang tidak ingat apa-apa,” katanya.

Lelaki itu sudah disahkan positif selama enam bulan dan masih berada dalam hospital kerana boleh menjangkit.

Selepas sembuh sepenuhnya daripada COVID-19, lelaki itu dijangka tidak boleh balik rumah serta-merta, tetapi perlu menerima rawatan susulan di pusat rehabilitasi kerana menunjukkan tanda-tanda hilang ingatan. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsamz 28-9-2021 12:17 PM
Ni berita translate dari mandarin ke apa ni..awal2 kata dikesan positif 6minggu lalu..hujung2 artikel kata dah positif sejak 6 bulan lepas pulak..ehhh
Quote LadyCarefree 28-9-2021 07:03 PM
Kesiannya. Macam2 betul virus covid19 ni.
Quote stania83 28-9-2021 08:09 PM
mungkin kesan ubat juga..
Quote supermum 28-9-2021 08:11 PM
6 bulan ke 6 minggu? Degil nau covid dalam badan dia sampai 6 bulan
Quote edayildiz 28-9-2021 08:20 PM
ada baca jgk kwn2 fb ckp dorg jd blur..kdg2 xberapa ingat..teruk ye..ex bf i kena kobid jgk ritu..tp nampak kt fb ingat jer dia tuh kt gf baru dia
ke tgk jgk stage berapa
Quote syamzana 28-9-2021 08:39 PM
edayildiz replied at 28-9-2021 08:20 PM
ada baca jgk kwn2 fb ckp dorg jd blur..kdg2 xberapa ingat..teruk ye..ex bf i kena kobid jgk ritu..tp ...

gf baru wajib la ingt.kat bekas gf je la terus lupa ingatan kot.hihi

btw, pesakiy ni dah 6bulan +ve, tapi baru 6mgu yg lalu masuk spital ke?
Quote edayildiz 28-9-2021 08:54 PM
syamzana replied at 28-9-2021 08:39 PM
gf baru wajib la ingt.kat bekas gf je la terus lupa ingatan kot.hihi

btw, pesakiy ni dah 6bulan ...

ntah le..i pun confius kejap 6 minggu..kejap 6 bulan..husnudzon jer la editor cari typo
Quote ninja boy 28-9-2021 09:18 PM
Bahaya tul kalau long covid
Quote xy_daen 28-9-2021 09:21 PM
Aik kata selsema biasa je takkan la sampai hilang ingatkan..
Quote missus_meow 28-9-2021 09:45 PM
harap dpt recover semula ingatannya ... sian kat pesakit ngan maknya ...
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 02:07 AM
Moga dapat kembali ingatan.
Hebat penangan kobid ni
Quote batmana 29-9-2021 03:04 AM
Aku rasa penulis berita ni hilang ingatan nk tulis 6 bulan ke 6 minggu .harap cepat2 buat swap test

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.096558 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top