|
Penyanyi dan pengacara Sissy Imann, 26, tidak berasakan dia kini berstatus 'anak emas' di TV3 berikutan menerima beberapa tawaran pengacaraan daripada stesen TV itu seperti Muzik Muzik 36 bersama Alif Satar dan terbaharu, Idola Kecil Di Rumah.
Sissy berkata, jika dia 'anak emas', sepatutnya sejak lapan tahun lalu ketika mula aktif membina kerjaya dalam industri hiburan pada 2013. "Berada pada tahap ini sekarang, saya anggap ia sebagai rezeki Allah. Selama lapan tahun ini, sudah bermacam-macam perkara saya buat seperti menjadi penyanyi latar, pemuzik undangan, pencipta lagu untuk finalis Idola Kecil musim keenam dan banyak lagi. "Boleh kata di segenap sudut pentas saya pernah duduk. Di hadapan, di sisi, di belakang, di pinggir, semua tempat saya dah pernah ada. Cuma, dulu belum rezeki orang nampak bakat saya tapi sekarang inilah rezeki yang datang daripada Allah dan saya bersyukur," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.068158 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.