CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hazama Dan Isteri Belum Terfikir Nak Ambil Anak Angkat

7-10-2021 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5010| Komen: 19

Hazama mengakui belum belum terfikir untuk mengambil anak angkat kerana menyifatkan kehidupannya disinari dengan kehadiran empat anak saudaranya.

Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi yang sudah empat tahun berkahwin dengan pemuzik, Genervie Kam berkata, dia menganggap soalan mengenai cahaya mata itu sebagai doa daripada orang ramai. 


Kredit foto: IG


"Bercakap soal anak angkat, buat masa ini saya tidak terfikir lagi kerana empat anak saya tinggal bersama. Anak-anak abang saya tinggal bersama saya sejak mereka kecil lagi. Sekarang, yang paling besar sudah berusia lapan tahun. Kebanyakan masa memang diluangkan dengan mereka. Saya rasa hidup sudah lengkap biarpun belum dikurniakan anak sendiri lagi. 


"Saya melihat proses bagaimana mereka membesar depan mata saya. Perkara baik dan buruk, saya tegur mereka. Malah, saya sering melihat diri sendiri sebelum memandang daripada aspek lain. Contohnya, apabila pihak media sering bertanya mengenai anak, kadang saya terfikir mungkin saya belum bersedia kerana itu belum ada rezeki lagi. Mereka bertanya kerana mereka prihatin sekali gus ibarat mendoakan saya dan isteri," katanya kepada Harian Metro.




Menurut Hazama, dia dan isteri sama sekali tidak berputus asa kerana percaya perkara itu terletak pada kuasa Allah SWT selain belum ada rezeki buat mereka.

"Saya dan isteri bersyukur atas segala rezeki yang dikurniakan. Kami juga berserah kepada qada dan qadar Allah SWT. Mungkin akan tiba juga masa yang betul-betul tepat dan sesuai, baru Allah hadiahkan kami zuriat," katanya.


Hazama dan Genervie Kam juga pengarah muzik mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2017. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adeakukesah11 7-10-2021 02:00 PM
Alaa baru 4 tahun. Insyaallah mesti akan ade rezeki zuriat jugak nnt. Iols doakan.. aamin
Quote babelina 7-10-2021 02:22 PM
Moga Aku, Hazama dan mana2 pasangan suami isteri yg inginkn zuriat  Allah akn kurniakn zuriat tepat pada masanya..Amin yra..
Quote helicornia 7-10-2021 02:39 PM
Iols doakan sume yang berdoa nak dapat anak moga dimakbulkan
memang cakap tak kisah, tapi hati mesti tersentuh jua kan
Quote jijilaaa 7-10-2021 04:53 PM
me allso ttc for 4 yrs. sakit nya pengharapan bila tggu double line tu. beribu duit habis utk ikhtiar. mcm2 ubat telan. moga 2022 nanti sama2 dpt rezeki jadi ibu ayah
Quote eely_shana 7-10-2021 05:25 PM
smga hazama n isteri dikurniakan zuriat
Quote nakkomenjugak 7-10-2021 10:11 PM
InsyaAllah ada rezeki nyaaa
Tokti juaaa menunggu belasan tahun
Quote Manjalalu 8-10-2021 02:09 AM
Ada laa tuu nanti,lmbat sikit jeaaa
Quote sleepandream 8-10-2021 03:43 AM
Adeakukesah11 replied at 7-10-2021 02:00 PM
Alaa baru 4 tahun. Insyaallah mesti akan ade rezeki zuriat jugak nnt. Iols doakan.. aamin

khenn... 4 tahun je takyah stress2... enjoy ja dulu berdua...
Quote Cik_jantung 8-10-2021 03:47 AM
babelina replied at 7-10-2021 02:22 PM
Moga Aku, Hazama dan mana2 pasangan suami isteri yg inginkn zuriat  Allah akn kurniakn zuriat tepat  ...

Aminnn.. semoga ko dianugerahkan anak2 yg comel n sihat ya
Quote Cik_jantung 8-10-2021 03:49 AM
jijilaaa replied at 7-10-2021 04:53 PM
me allso ttc for 4 yrs. sakit nya pengharapan bila tggu double line tu. beribu duit habis utk ikhtia ...

Sabar tunggu rezeki Allah ya. Jangan force sangat dgn ubat ubatan ya dear. Aku doakan mudah Allah kurniakan ko anak2 yg comel n sihat
Quote bottombikini 8-10-2021 09:11 AM
baru 4 taun..hanimun lagi
lek2 je udah
rezeki tu kalau nak dtg sekejapan aje bro
Quote babelina 8-10-2021 09:47 AM
Cik_jantung replied at 8-10-2021 03:47 AM
Aminnn.. semoga ko dianugerahkan anak2 yg comel n sihat ya

tima ksh atas doa ko.. rs best sgt pepagi bc mesej ko.. moga yg baik2 sentiasa disisi ko.. amin yra
Quote Nnasda53 8-10-2021 10:21 AM
Semoga di kurniakan rezeki anak bagi Hazama dan isteri.
Teruskan usaha dan selebihnya atas urusan Allah swt.
Quote puanbintang 8-10-2021 10:40 AM
Insyaallah, semoga dipermudahkan untuk hazama dan isteri
Quote Cassieopeia 8-10-2021 04:58 PM
babelina replied at 7-10-2021 02:22 PM
Moga Aku, Hazama dan mana2 pasangan suami isteri yg inginkn zuriat  Allah akn kurniakn zuriat tepat  ...

amin, aku lepas gugur ritu ramai kata cpt lekat tp dh 6 bln. harap2 bln ni lekatla amin..
Quote uori 8-10-2021 05:03 PM
enjoi je dulu sementara berdua nih.
sape banyak tanya, ko kakikan saja
Quote ilacantik 8-10-2021 05:30 PM
Kalau tak silap, isteri dia pernah keguguran, mengandung luar rahim rasanya. Semoga dikurniakan cahayamata buat mereka.
Quote babelina 8-10-2021 05:30 PM
Cassieopeia replied at 8-10-2021 04:58 PM
amin, aku lepas gugur ritu ramai kata cpt lekat tp dh 6 bln. harap2 bln ni lekatla amin..

Inshallah..hrp2 ko lekat la Ya Allah.. aku dh p dh.. xde rezki..
Quote emera 9-10-2021 02:24 PM
Kejap dah 4 tahun.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.046197 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top