|
Penyanyi, Adira Suhaimi, 30, merindui keluarganya di Ranau, Sabah selepas hampir dua tahun tidak bertemu berikutan penularan pandemik COVID-19.
Adira berkata, dia berharap pandemik COVID-19 segera berakhir agar dapat pulang bertemu keluarga. "Kali terakhir saya pulang ke Ranau pada 2019, jadi sudah dua tahun saya tidak bertemu keluarga. "Mungkin sukar nak tunggu pandemik COVID19 berakhir, jadi saya berharap pandemik dapat berkurangan agar saya boleh balik ke kampung halaman. "Namun, di sebalik pandemik ada hikmah tersembunyi. Sebelum ini, saya jarang bertanya khabar dengan adik beradik, hanya bercakap dengan ibu, setiap hari.
"Tetapi, hubungan saya dan adik beradik kian rapat sejak pandemik. Boleh dikatakan kami membuat panggilan video hampir setiap hari. Alhamdulillah, ada platform yang membolehkan merapatkan hubungan jarak jauh," katanya kepada BH Online.
|
Cenderakirana9 replied at 7-10-2021 02:35 PM
Adira ni buat rawatan apa sampai putih sangat? Drip vitamin c ke
KIM.K replied at 7-10-2021 02:51 PM
Sheol sblm kawin popular sbb consume satu beauty supplement. Lupa nama pil pemutih tu
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.164433 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.