CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Nak Hidup Dan Mati Dengan Awak Seorang Sayang"

8-10-2021 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15005| Komen: 110

“Saya tak mahu kehilangan awak sayang.”

Itu antara kata-kata romantis aktor popular, Kamal Adli yang dititipkan buat Uqasha Senrose dalam sekeping kad ucapan sempena majlis parti bujang ‘bridal shower’ bakal isterinya malam tadi.



Foto: IG

Berdasarkan perkongsian Uqasha dalam InstaStorynya, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, dalam kad tersebut memberitahu kehadiran Uqasha merupakan antara perkara paling hebat yang pernah berlaku kehidupannya.

“Sayang, saya sangat mencintai awak. Awak sangat cantik!

“Awak terbaik dan perkara paling hebat yang pernah saya lalui dalam hidup,” tulis Kamal dalam kad tersebut.



Tambah pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu, dia juga tidak sanggup untuk kehilangan wanita yang dicintainya iaitu Uqasha.

“Saya tak mahu kehilangan awak sayang. Kita pasti boleh hadapi semua ini.

“Nak hidup dan mati dengan awak seorang. Saya sangat sayangkan awak,” katanya lagi.



Malam tadi, Uqasha diraikan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat dalam sebuah majlis parti bujang bertemakan gaya Sepanyol di sebuah kediamannya di ibu negara.

Sejak Isnin lalu, desas-desus mengenai majlis pernikahan pasangan tersebut yang dijangka berlangsung pada minggu ini semakin bertiup kencang selepas Kamal selesai menjalani sesi mengukur baju di beberapa butik jenama popular.

Selain itu, sebuah majlis ‘bridal shower' yang dianjurkan Uqasha untuk kawan-kawannya pada malam Selasa lalu juga turut menguatkan lagi spekulasi tersebut.



Bagaimanapun, sehingga hari ini, kedua-duanya masih tidak berkongsi lanjut mengenai tarikh majlis hari bahagia mereka.

Untuk rekod, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember 2020 sebelum dilaporkan bertunang dalam sebuah majlis tertutup pada April lalu.



Pada Jun lalu, Kamal mendedahkan secara eksklusif kepada Kosmo! Online bahawa jika bukan kerana pandemik Covid-19, dia dan Uqasha sepatutnya telah bergelar suami isteri pada bulan tersebut.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 8-10-2021 09:43 AM
I doakan yg baik2 jelah... Patutnya jgn show off sangat sweet2 tu takut jadi lain nanti... Ayat2 pun untuk private je yg pegi share kt satu dunia tu kenape
Quote trexxxxxi 8-10-2021 09:45 AM
Tulisan heols buruk
Pen marker, really?

Euw dah la makin kepam
Uqa you sure nakkan mamat ni?
Heols berduit tak?

Quote dudaberhias 8-10-2021 09:46 AM
Soo sweet agittew.

Patut la kajian sains mengatakan, perempuan yang bersuamikan putik jagung lebih setia berbanding yang bersuamikan lobak merah.

Sebabtu dalam tom yam lagi banyak putik jagung lagi sedap berbanding carrot.
Quote dudaberhias 8-10-2021 09:49 AM
Btw huduhnya tulisan tangan tu, harap2 tu bukan tulisan tangan putik. Mungkin tulisan surprise delivery planner. Kalau putik yang tulis ya ampun no wonder la, orang kata tulisan kita melambangkan diri penulis. Betul la tu, rupa kepam, tulisan pun kepam.
Quote adlynnz 8-10-2021 09:51 AM
oh my grammar! daripada nak rasa “sweetnya message dia” terus rasa macam nak keluarkan pen merah untuk betulkan English dia
Quote miss_perfect 8-10-2021 09:59 AM
adlynnz replied at 8-10-2021 09:51 AM
oh my grammar! daripada nak rasa “sweetnya message dia” terus rasa macam nak keluarkan pen merah u ...

Hehehe uqasha relaks je pulak.. sebab tu tak kisah pun tayang grammar bakal laki huru hara
Quote roserouen 8-10-2021 10:21 AM
Tulis dlm bm dah la kamal oi. Ni bersepah2 errornya. Tgk kakafaz elok je caption dia dlm bm.
Quote dudaberhias 8-10-2021 10:24 AM
adlynnz replied at 8-10-2021 09:51 AM
oh my grammar! daripada nak rasa “sweetnya message dia” terus rasa macam nak keluarkan pen merah u ...

kaka jangan lupa lepukk dan rotan tangan dia sekali suruh tulis lawa2...
si kemal deli ni kena masuk sekolah menengah balik form 1 gamaknya...
Quote slyfynx 8-10-2021 10:42 AM


*lose

Loose tu nk longgarkan. Cringe pulak aku baca mende personal nk share ngn semua org ni
Quote puanbintang 8-10-2021 10:43 AM
walaupun kamal nampak kepam tapi ex2 gf sampai ke gf sekarang hot2 sume..semoga cepat ke jinjang pelamin..
Quote Masukkeluar 8-10-2021 10:56 AM
dudaberhias replied at 8-10-2021 10:24 AM
kaka jangan lupa lepukk dan rotan tangan dia sekali suruh tulis lawa2...
si kemal deli ni kena ma ...

kamal ni spesis dgn dak piyu ke??
tp rasa mcm dakpiyu lagi teruk tak reti ngeja..


haahahah bc cption dgn ayt tunggang langgang mcm bangla tulis. LOL

[ig]https://www.instagram.com/p/CUuJQlIv0GC/?utm_medium=copy_link[/ig]

[ig]https://www.instagram.com/p/CUrWEoRvQ9D/?utm_medium=copy_link[/ig]

[ig]https://www.instagram.com/p/CUl0kp7PAoT/?utm_medium=copy_link[/ig]
Quote dudaberhias 8-10-2021 11:04 AM
Masukkeluar replied at 8-10-2021 10:56 AM
kamal ni spesis dgn dak piyu ke??
tp rasa mcm dakpiyu lagi teruk tak reti ngeja..

dak piyu ni cakap bahasa apa bila ada dekat rumah?
kalau penyampaian waktu bagi ceramah ok je lancar...
sekali susunan dekat caption ig ya ampunnn..

entah2 ni pekerja yang bapak theyols jual orang tu kot yang tolong taipkan
Quote jiwakacau06 8-10-2021 11:05 AM
Masukkeluar replied at 8-10-2021 10:56 AM
kamal ni spesis dgn dak piyu ke??
tp rasa mcm dakpiyu lagi teruk tak reti ngeja..


btl2 paki ni
Quote bottombikini 8-10-2021 11:10 AM
lawa la jugak compare tulisan aku
tapi geli pula macam jiwang nau

btw lawa kaler skirt uqa yg kat tangga tu

Quote Masukkeluar 8-10-2021 11:11 AM
dudaberhias replied at 8-10-2021 11:04 AM
dak piyu ni cakap bahasa apa bila ada dekat rumah?
kalau penyampaian waktu bagi ceramah ok je lan ...

hahaha. aku pn naik heran sbb sususan ayat mcm bangla tak sekolah. takkan bininya tak check langsung..semua caption kt ig post dia mengarut dan asyik typing error.

tetapu??
ahlinnya???

[ig]https://www.instagram.com/tv/CUhdVScN3uR/?utm_medium=copy_link[/ig]
Quote eely_shana 8-10-2021 11:14 AM
moga kekal hingga jannah kamal n uqa
Quote KamikuP 8-10-2021 11:27 AM
Meolls rasa KA takyah kawin le.. biar bercitna sampai ke tua .. dah nmpk kepam bebeno dah haa
Quote dudaberhias 8-10-2021 11:34 AM
Edited by dudaberhias at 8-10-2021 11:36 AM
slyfynx replied at 8-10-2021 10:42 AM
*lose

Loose tu nk longgarkan. Cringe pulak aku baca mende personal nk share ngn semua org ni

Retype (google lens)
Sayong ---
I Love u zo much --
Awak sgt contik !
Awak Terbaik aatuk saya ..
UR THE DEST THINCS HAPPEN IN MY LI
I DONT WANNA LOOSE (lose?) n sayang ...
WE CAN GET TNRU ALL (-all?) THIS ...
NAK HIDUY N MATI NAN AWAK SURAM
I LOVE U SO MU SAYANG
Quote Pak.dolla 8-10-2021 11:46 AM
dudaberhias replied at 8-10-2021 01:49 AM
Btw huduhnya tulisan tangan tu, harap2 tu bukan tulisan tangan putik. Mungkin tulisan surprise deliv ...

Tulisan dia mcm tulis dgn buku lali kan?

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046439 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top