CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing, Bayi Nazrief Sunat Di Usia Dua Bulan

10-10-2021 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7519| Komen: 31

Gara-gara jangkitan kuman dalam air kencing, pelakon Nazrief Nazri mengambil keputusan untuk mengkhatankan bayinya yang berusia dua bulan.

Kata Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 30, doktor menyarakan agar bayinya dikhatankan bagi mengurangkan risiko jangkitan yang sama.


"Selepas baby habis kuarantin Covid-19, dia alami demam panas dan dimasukkan ke hospital. Doktor sahkan baby kena jangkitan air kencing.

"Sebab baby pakai diapers, jadi mudah terkena jangkitan air kencing. Jadi atas nasihat doktor khatan adalah salah satu prosedur untuk kurangkan jangkitan.

"Saya pun memang niat nak sunatkan awal sebab ikut sunah dan yang penting baik untuk bayi sebab cepat sembuh," katanya kepada mStar.

Foto: IG


Pada 23 September lalu mStar melaporkan bayi yang dipanggil Noah itu disahkan positif Covid-19.

Beberapa hari selepas bebas daripada wabak itu, bayi yang dilahirkan pada 19 Julai lalu mengalami demam panas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

Bagaimanapun Nazrief bersyukur apabila keadaan bayinya itu semakin baik dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Bercerita lanjut tentang proses mengkhatankan anak lelaki ketika masih bayi yang mula menjadi trend dalam masyarakat, Nazrief berkata ia sememangnya digalakkan kerana proses untuk sembuh adalah lebih cepat.

"Budaya dalam masyarakat Melayu memang tak biasa nak sunat pada usia bayi. Selain ikut sunah, khatan waktu bayi lebih senang nak sembuh. Kami memang dah rancang awal.

"Sunatkan waktu kecil lebih bagus berbanding ketika usia enam atau tujuh tahun.

"Saya tak percaya cakap orang, saya buat research dan minta nasihat doktor untuk sunatkan bayi.

"Alhamdulillah kurang 24 jam baby saya dah nampak okey sikit sebab bukan menggunakan proses jahitan," katanya.

Nazrief dan isterinya Aziatul Aqma berkahwin pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pasangan ini menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 10-10-2021 03:48 PM
salah sape pulak kali nih, nurse mana?
Quote bankerpencen 10-10-2021 05:26 PM
Muka pinggan dengan lakinya yang suam2 kuku ni nak salahkan siapa pula? Hiks.
Quote epal21 10-10-2021 06:01 PM
Isterinya dah muka macam raja ema. Lebarnya muka.
Quote Lentera 10-10-2021 06:10 PM
uori replied at 10-10-2021 03:48 PM
salah sape pulak kali nih, nurse mana?

Salah diapers kahkahkah kali ni confirm tak berani dia nak salah kn sape2.. Kang bertambah2 penyakit anaknya huhu
Quote mamajawie 10-10-2021 06:39 PM
Lambat tukar pampers memang la bleh kena jangkitan..
Quote azimodin 10-10-2021 06:45 PM
Nurse mana pulak yg gomol anak dia sampai kena infection?
Quote ashk4nn 10-10-2021 07:00 PM
ni mcm sakit si jebay jayden dulu kan? klua masuk spital je
Quote msdummy.2018 10-10-2021 07:42 PM
Biar betul wartawan..ni gosip ker? Ank aku sunat dlm.oantang elok jerrr
Quote slyfynx 10-10-2021 07:51 PM
Saya tak percaya cakap orang, saya buat research dan minta nasihat doktor untuk sunatkan bayi.


Ayat ni bleh terbaca arrogant nye.
Cube buat ayat simple, sy buat keputusan ni atas nasihat doktor dan sy baca maklumat dari sumber-sumber sahih.

Ayat masih salahkan orang lain dulu.
Quote awenda507 10-10-2021 08:01 PM
Kemain salahkan org itu ini..sudahnye kne uti je
Quote laksmanabentan 10-10-2021 08:26 PM
mamajawie replied at 10-10-2021 06:39 PM
Lambat tukar pampers memang la bleh kena jangkitan..

salah nurse mana pulak nih????
nurse la nih tak pandai buat kerja.... tak tukarkan lampin baby nih....
teruk laa nurse nih...

hahahhahaaha....
#lurusbendul
Quote immaryjane 10-10-2021 08:28 PM
Dulu sebelum filler muke tu petak hexagon. Sekrang selebar pinggan pula.
Esok lusa dh filler runcing la balik. Tp tngok gaya badan mcm ssah je nk kurus balik.
Dr zaman couple membawa ke ade seketul anak, byk betul drama dua org ni.
Ssuai la korg
Quote TeropongThaico 10-10-2021 11:16 PM
Edited by TeropongThaico at 10-10-2021 11:18 PM

No komen Tapiiii nak komen la sikit...

Org lain pun dah ramai yg khatan anak2 waktu baby... Tak yah le nak cerita panjang berjela macam dia sorang yg mulakan trend. Nyampah pulak
Quote hinata_holic 11-10-2021 12:35 AM
Attention seeker ??? Asik cite dia jerrr
Quote caramel_cloud9 11-10-2021 01:21 AM
Balik balik cerita laki bini ni yg aku tak kenal pun apa cerita dia berlakon.
Segala isu nak bukak benang. Nak kalahkan lofa ke? Hahaha

Anak aku mmg dlm pantang lg aku dah sunatkan. Senang nak jaga. Cepat sembuh juga.



Ni lps ni, mesti anak dah 6bln, da start bg makan, ada lg benang dia. Anak dah start merangkak, bukak lg benang.

Ehhhh mengalahkan anak penyanyi no 1 pulak.

Geram pulak aku malam2 buta ni
Quote doubleA 11-10-2021 01:47 AM
Edited by doubleA at 11-10-2021 01:56 AM

Biasa ja baby boy sunat awal since baby. Abg iols 38 tahun dulu pun parent sunatkan awal bukan benda baru pun

Tapi iols simpati la baby kecil sakit, gws noah. Semoga lebih sihat dan kuat
Quote LaMia_aiMaL 11-10-2021 01:50 AM
Edited by LaMia_aiMaL at 11-10-2021 01:52 AM
TeropongThaico replied at 10-10-2021 11:16 PM
No komen Tapiiii nak komen la sikit...

Org lain pun dah ramai yg khatan anak2 waktu baby... Tak ...


Kannnn..poyo sgt..siap bukak soalan utk netizen if nk tanya pasal sunatkan baby..Dia ingat anak dia sorang yg sunat masa baby apa?..
Quote trexxxxxi 11-10-2021 08:44 AM
Cemana newly parent ni keep blaming orang2 lain
Gitulah selagi ajtm khuens?

May the baby gws
Quote cmf_yIEn 11-10-2021 08:49 AM
moga cepat sihat baby, kang semua salah.. nurse, pampers.... bla bla bla

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.060541 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top