CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Undang Ke Majlis Kahwin Guna Bungkusan Kopi, Pernah Buat?

11-10-2021 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5854| Komen: 18

Kebiasaannya, undangan perkahwinan akan dibuat dengan menggunakan kad jemputan.

Malah, ada yang sanggup berhabis duit demi mendapatkan hasil kad yang menepati cita rasa, mahupun menunjukkan status dan kemampuan.


Namun, ada juga yang memilih untuk lebih bersederhana dan menggunakan cara lebih unik untuk jemputan ke majlis perkahwinan kerana tidak mahu menanggung kerugian selepas majlis berakhir. 

Sepasang pengantin ini memutuskan untuk membuat jemputan melalui bungkusan kopi. 



Jemputan perkahwinan mereka hanya dicetak di atas kertas biasa yang tertulis tarikh majlis, alamat, nama penerima dan nama pengantin dengan ukuran yang kecil dan dikepilkan pada bungkusan kopi.

Cara ini sangat unik dan pelik namun ianya benar-benar berlaku dan telah dikongsikan seorang pemilik akaun Facebook Donny Golden.

Dia berpendapat bahawa kebanyakan undangan perkahwinan yang dibaca akan dibuang, namun tidak untuk sebungkus kopi. Mereka pasti akan menikmati kopi tersebut ataupun menghadiahkan kepada orang lain. Disamping ianya sangat menarik serta tiada pembaziran, cara ini juga boleh menjadi kenangan dan sebutan kepada tetamu.



Kredit foto: FB

Donny juga mengatakan, cara itu bukan sahaja boleh dibuat dengan menggunakan kopi, anda juga mungkin boleh menggunakan bungkusan yang lain seperti sabun atau sebagainya mengikut citarasa masing-masing. 

Mungkin anda juga terinspirasi dengan cara ini. Bukan sahaja unik tapi ini juga dikira sedekah. 


Kredit foto: Twitter

Ada yang sudah pernah buat begini?

Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 11-10-2021 01:12 PM
bagus la buat mcm ni
org pun pakai barang2 tu semua
drpd buat kad lawa2, pastu org buang.who d hell nk simpan buat kenangan dgn pengantin yg depa sendiri x kenal
kalo kwn2 rapat tu lain citer la
and bagus la bagi sabun, kopi etc..sbb org pakai
takde la membazir
drpd bagi ntah hapa2 mcm kristal kecik nk dibuat hiasan bagai, bukan sume org appreciate pun.
Quote cmf_premierleag 11-10-2021 01:16 PM
skang ni pun ms sblm kobid dulu ramai dah pengantin di tanah ibu pertiwi ni bagi kicap and cordial dr jalen.packaging cantik,botol kecik sedang2 je.sesuai utk travel.
sah2 ummah mmg akan guna
melainkan ummah yg acah2 x makan kicap dan minum air kordial tp muka berkerak kusam duk flat pprt jah.tp dia gebang mcm lahir2 je terus duk banglo mansion kt country heights damansara nun
Quote awanysss 11-10-2021 01:21 PM
very practical..
Quote shernazz 11-10-2021 01:50 PM
Bagus begini
Kadang2 mNa tau org tu mmg memerlukan kopi ke sabun ke apa
Eh eh kebetulan.pulak ada dapat
Hahahaa...
Praktikal gitchuuu...
Quote chinta89 11-10-2021 02:41 PM
bagus lah x membazir cetak kad mahal2
Quote Alexys 11-10-2021 03:57 PM
Edited by Alexys at 12-10-2021 07:04 PM

wedding invitations can quickly add up. But one of the easiest decisions to make? Using a website to design your wedding invitations. While invites may not necessarily be the category where you want to spend the biggest portion of your big day-budget, they are, after all, one of the very first impressions you can make on your guests. The type and style of your invitation can set the tone for the wedding, not to mention that it provides your friends and family with all of the most important information, like when and where to show up.


skylightpaycard
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 08:59 PM
Kad kawen A4 pun okayyy
Quote Guccibamboo 12-10-2021 07:29 AM
Bagus..... time sebelum covid, dpt kad2 kahwin yg tebal2 & glossy pun kene buang...., buat mcmni ok...tp design tu boleh improve lg kot
Quote makton 12-10-2021 08:03 AM
comel je undangan dpt kopi. very practical
Quote Artemesiaa 15-10-2021 12:15 PM
Bagus ideanya ada juga gunanya dari sekadar kertas yang akhirnya dibuang selepas majlis
Quote becir 15-10-2021 02:04 PM
cmf_premierleag replied at 11-10-2021 01:16 PM
skang ni pun ms sblm kobid dulu ramai dah pengantin di tanah ibu pertiwi ni bagi kicap and cordial d ...

Yg duduk Damansara height pun ada je kicap and kordial kot kat rumah masing2..melainkan foreigner yg tak makan benda2 ni..haha
Quote ayukpingu 23-10-2021 10:47 AM
hehehe..kreatif
Quote Supersirap 24-10-2021 08:39 PM
cmf_premierleag replied at 11-10-2021 05:12 AM
bagus la buat mcm ni
org pun pakai barang2 tu semua
drpd buat kad lawa2, pastu org buang.who d hell  ...

Sangat setuju dengan pendapat awak ni
Quote epal_putih 24-10-2021 10:41 PM
Menarikkkkk...
Quote wallflower 24-10-2021 10:45 PM
Nnti lama2 jadi trend masa jemput pon dah kena bagi goodies. Kalau betul xmo bazir buat mcm yg gambar pertama tu guna kertas biasa. Yg lain2 tu tetap lah guna kertas keras print segala. Baik kau hulur je kad tu. Tak perlu kopi2 bagai.
Quote WiRa_MiSTiK 25-10-2021 02:00 AM
wallflower replied at 24-10-2021 10:45 PM
Nnti lama2 jadi trend masa jemput pon dah kena bagi goodies. Kalau betul xmo bazir buat mcm yg gamba ...

Setuju.

Baru nk jemput, dh kne bg sesuatu..ces
Quote WiRa_MiSTiK 25-10-2021 02:19 AM
Majlis kahwin mungkin sekali seumur hidup. Nak jemput orang datang, kenalah beradab sikit dan biar hati kita senang, tak rasa malu atau bersalah jika jemput secara acuh tak acuh.

Nama pun kad undangan ke majlis yg penuh bermakna bagi si pengantin. Biarlah proper dan ada kelas sikit.

Bagi aku, kad jemputan kahwin biarlah ia berupa kad jemputan. Mahal atau murah, kertas tebal atau nipis, terpulang kpd si pemberi.

Bila dah diberi ke tangan si penerima, terserahlah si penerima nak buang ke hapa. Yang penting tujuan si pengantin/pemberi dah tercapai iaitu menjemput anda ke majlis nya secara terhormat.

Quote ais_kosong 25-10-2021 09:34 AM
Lebih praktikal begini.. Pada kad lawa2. Nanti buang juga.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.060755 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top