CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasport Zahid Dipulangkan Untuk Rawatan Di Munich

11-10-2021 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4199| Komen: 7

Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman.


Permohonan itu dibuat pagi ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

Datuk Ahmad Zaidi Zainal, yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu memaklumkan permohonan tersebut adalah perkara sama yang dibuat anak guamnya yang menderita sakit belakang serta leher dan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka Jerman, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.



“Kita memohon pelepasan sementara pasportnya bagi mendapatkan rawatan di Jerman untuk kecederaan, sama seperti permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.. yang kat sini dah bagi,” katanya ketika ditemui media hari ini.


Ahmad Zaidi berkata pelepasan sementara pasport itu tidak akan mengganggu tarikh perbicaraan Ahmad Zahid pada 22 Oktober depan.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Pada 7 Okt lepas, media melaporkan Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah, memohon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya pasportnya diserahkan sementara bagi membolehkannya ke Munich, Jerman untuk mendapat rawatan.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guamnya yang menderita sakit belakang dan leher perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka di Munich.

Hamidi memaklumkan Ahmad Zahid memohon pasportnya diserahkan pada 26 Oktober ini dan akan memulangkanya pada 21 November depan.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 11-10-2021 02:47 PM
Jangan hilang jejak jadi beruang macam jolow sudahhhhhh..
Quote missyL 11-10-2021 08:31 PM
Untung la ye..
Kite xde kepakaran ke kt sini?
Quote RatuDunia94 12-10-2021 12:21 PM
missyL: Untung la ye..Kite xde kepakaran ke kt sini?


Sememangnya xde la kot.. sedangkan vaksin pun beli dr luar negara..

Malaysia ni yg ramainya PAKAR PEMUTIH KULIT.. PAKAR KURUSKAN BADAN. setiap hari keluar produk timbang kilo terbaru..
Quote ais_kosong 12-10-2021 12:44 PM
eee geram baca tajuk!!!
Quote KamikuP 12-10-2021 12:50 PM
Aku pantang betul dgn org yg x amanah dan pecah amanah ni lebih2 lagi dari org yg vvip. Mcm taik pangai sial.

Ni sakit leher amik kursus lakonan dari bangnon kan.. ye la kan ke komer dulu kawan baik.. ekekeek puih punya ahli politaik
Quote wirazam 12-10-2021 02:23 PM
missyL replied at 11-10-2021 08:31 PM
Untung la ye..
Kite xde kepakaran ke kt sini?

Itulah..baru nak tanya benda yg sama
Quote BeskotCekelat 12-10-2021 03:32 PM
KamikuP replied at 12-10-2021 12:50 PM
Aku pantang betul dgn org yg x amanah dan pecah amanah ni lebih2 lagi dari org yg vvip. Mcm taik pan ...

bukan kawan baik, tapi cikgu dengan murid...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.166529 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top