CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Perempuan Disamun & Dirogol

3-12-2013 10:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21145| Komen: 141

Kuala Terengganu, 3 Disember : Samun dan rogol. Itu kejadian malang menimpa dua wanita apabila bukan saja disamun malah dilarikan sebelum dirogol dalam kejadian di sebuah inap desa di Jalan Kenanga, Dungun, kelmarin.

Gambar hiasan


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika kedua-dua mangsa berusia 20-an bersama tiga rakan lelaki berusia 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah.

Beliau berkata, sebaik tiba di kawasan Bukit Chantak, Dungun, kereta Proton Satria dinaiki mereka dihimpit dua kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 dan sebuah lagi yang tidak dapat dikesan nombor pendaftarannya sebelum suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaan dengan memperkenalkan diri sebagai polis

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa mengikuti arahan mereka dengan  seorang daripada mereka memandu kereta mangsa sebelum merampas lima telefon bimbit milik mangsa lalu beredar meninggalkan lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di Kampung Durian Mentagau, Dungun kira-kira jam 4.15 pagi, suspek yang memandu kereta Proton Satria milik mangsa melanggar pula sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama abang dan kakak iparnya.

“Sebaik melanggar kenderaan itu, suspek turut melarikan wanita di dalam Perodua Kancil itu sebelum meninggalkan wanita itu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian kedua.    “Namun, suspek sempat menyamun sebuah telefon bimbit milik mangsa,” katanya. dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Manoharan berkata, suspek sekali lagi memberhentikan kenderaan dan meninggalkan tiga lelaki bersama Proton Satria kira-kira empat kilometer dari lokasi mereka meninggalkan seorang wanita sebelum itu dan beredar bersama dua mangsa wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama.

Katanya, kedua-dua wanita itu kemudiannya dirogol suspek utama berusia 31 tahun di sebuah inap desa sebelum mereka dirogol oleh dua lagi suspek yang tiba di inap desa beberapa jam kemudian.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam), dua mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek berada di kawasan Kampung Durian Mentagau dipercayai untuk menukar nombor pendaftaran kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Susulan maklumat daripada dua mangsa masing-masing bekerja sebagai pelayan dan pekerja di sebuah kedai telefon bimbit, gerakan mengesan kesemua suspek dijalankan sekali gus membawa kepada penahanan dua suspek termasuk suspek utama dan seorang warga Indonesia berusia 30-an di sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi (semalam).

“Hasil siasatan awal mendapati dua suspek yang ditahan ini turut merogol kedua-dua mangsa. Siasatan mendapati suspek utama turut mempunyai rekod jenayah membabitkan samun bersenjata sebelum ini,” katanya sambil memaklumkan polis turut menemui sebuah kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 di rumah berkenaan.

Manoharan berkata, kumpulan itu dikesan mula bertapak di Dungun dan Kemaman dengan menyasarkan lelaki dan wanita sebelum mangsa disamun dan dirogol.    Katanya, selepas kejadian pertama dan kedua, suspek turut mengulangi jenayah sama apabila cuba melanggar sebuah kereta Honda Civic dinaiki pasangan suami isteri yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. di lampu isyarat Bukit Teruna, Kijal kira-kira jam 1.55 pagi semalam.

Namun, mangsa yang curiga dengan keadaan itu tidak memberhentikan keretanya sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurut Manoharan, pihaknya kini sedang memburu lima lagi suspek dengan identiti empat daripadanya sudah pun dikenal pasti. dan percaya pihaknya dapat menahan kesemua suspek dalam masa terdekat.     Sehubungan itu, katanya, polis mengesan tiga lelaki dikenali sebagai Wan Zazaliala Wan Hussin atau Zaza, 32, (bekas polis) dari Kampung Baru Pasir Akar, Jertih, Besut; Mohd Nuzul Mohamad atau Nuzul, 27, dari Kampung Baru Kiri, Kemasik, Kemaman dan Nazlie Ali atau Naza, 26, Kampung Padang Merchang, Kuala Terengganu.


10

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
16

Sedih
26

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mixed 3-12-2013 07:05 AM
Aku x faham berita ni

Quote skymania 3-12-2013 07:07 AM
aku pon pening..dah lah tak tido semalaman..bukak lak thread neh...

masa kejadian tuh..pompuan berdua neh ngan 3 kawan lelaki depa kan???

lelaki tuh buat apa?? jdk apa???
Quote sayangkid 3-12-2013 07:09 AM
Aku pon tak faham tp ape pon penyamon tu mmg cilanat sbb suke2 je nk mrogol org..
Quote MissNigga 3-12-2013 07:11 AM
Erk....langgar... samun...langgar....dan samun lagi...culik.... rogol.... bottem line...shilaker giler org indong ni....
Quote Al-Patih 3-12-2013 07:15 AM
  
Quote pelukis.plan 3-12-2013 07:31 AM
terengganu darul berita pening
Quote nurul_akmar 3-12-2013 07:32 AM
jahatla. nak samun, samun jelah. xyh la nak rogol2
Quote FlowerGirl 3-12-2013 07:33 AM
Pening sungguh bc berita ni. Kompleks betul keje penjenayah ni. Dh samun org lain sempat lg langgar org lain dan samum gak pastu berbalik semula pd mangsa pertama pastu rogol. Aiyaakkk..gila sungguh deme2 ni
Quote Bateesta 3-12-2013 07:34 AM
dah mcm citer kartun lak

Quote sueism 3-12-2013 07:38 AM
mixed posted on 2-12-2013 01:05 PM
Aku x faham berita ni

jgn kau aje x faham aku mula baca dah start pening

Quote nabila11 3-12-2013 07:39 AM
senang2 je rogol orang..langgar pastu rogol.natang punya indon. dah besar kepala pendatang ni
Quote ashraf5587 3-12-2013 07:52 AM
kebanyakannya mesti ade warga indon brengsek kalau kes macam ni.punah negara.
Quote haryatie 3-12-2013 08:05 AM
ramai benar org yg giler seks sekrang ni..
mcam binatang jerk..
Quote solstice 3-12-2013 08:11 AM
Penyamun ni sgt rajin bekerja

Wartawan ni memang fail bm
Quote Mamason 3-12-2013 08:13 AM
Pening pulak baca berita nie pepagi lagi... tapi pointnya samun dan rogol yg juga melibatkan org indon bekerjasama dgn org tempatan...sgt serumpun mereka2 ini.... Jenayah ada di mana2... sgt2 merisaukan betol dunia skrg nieh!!
Quote bolat-bolat 3-12-2013 08:22 AM
Penat nak paham artikel ni.....
Quote hanalisa 3-12-2013 08:28 AM
aku baca berita tu separuh je pun dah give-up okeh..
Quote chazey 3-12-2013 08:31 AM
Astagaaaaaaa

Pompuan kuar memalam bertemankan ramai lelaki pun dah tak selamat ka sekarang ini?
Quote chazey 3-12-2013 08:34 AM
Jap,

Apsal ramai memaki Indon?

Tang mana dalam laporan ni kata Indon?

Aku tengok semua nama suspek yang diburu tu Melayu habis, siap berstatus rakyat Terengganu darul tak aman lagik?

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.103897 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top