Fadli Sadama.
KUALA LUMPUR - Pihak polis menafikan laporan bahawa mereka telah menahan militan Islam, Fadli Sadama yang melarikan diri semasa rusuhan di penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia Julai lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah memberitahu Bernama perkara itu adalah tidak benar. Agensi berita asing melaporkan jurucakap polis nasional Indonesia, Agus Rianto sebagai berkata Fadli telah ditahan di Malaysia dan diserahkan kepada pihak berkuasa Indonesia. Agence France Presse (AFP) melaporkan Fadli adalah antara 200 pesalah yang melarikan diri setelah para banduan membakar penjara berkenaan semasa rusuhan yang mengakibatkan lima orang mati. Dilaporkan Fadli turut dituduh mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah selatan Thai iaitu Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani selain Jemaah Islamiyah.
|
dauswq posted on 4-12-2013 12:18 AM
bodoh indon ni..
kita susah payah tangkap & antar kt indon..indon plak lepaskan bangsat ni..dan ban ...
ADVERTISEMENT