Selagi dia belum ada ikatan yang sah dengan sesiapa, samada bergelar kekasih hati, tunangan ataupun isteri orang, selagi itu dia berhak berkawan dengan mana-mana lelaki. Selepas reda gosip cintanya bersama seorang bergelar Dato', pelakon berusia 26 tahun ini dikaitkan pula dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli. Namun baru-baru ini kemesraan pelakon Tasha Shila dengan seorang pemuda menerusi gambarnya yang tersebar di ruang internet menimbulkan banyak tanda tanya. Dikhabarkan jejaka berbangsa Cina berusia awal 20-an yang dikenali sebagai Hans itu seorang peninju Muay Thai. "Saya dengan dia baru berkawan. Baru tiga bulan kami kenal. Saya diperkenalkan pada Hans oleh seorang teman kami, di satu majlis. Hans ni seorang yang pemalu. Walaupun dia berketurunan Cina, saya tak kekok berkawan dengan dia sebab saya dah biasa. Lagipun saya ada kawan-kawan saya dikalangan bangsa Cina juga bangsa lain. "Walaupun saya kawan dengan Hans, saya juga masih kawan baik lagi dengan Mahali. Secara kebetulan kedua-duanya atlit. "Sekarang ni belum masa lagi untuk bercinta, kalau betul nak cinta tunggu lah dua lelaki ni masuk meminang dulu. Lepas tu baru lah saya beritahu orang yang saya sedang bercinta (gelak)", katanya yang mendambakan seorang lelaki yang romantik dan penyayang. Perkembangan terbaru, Tasha bakal ke Bandung, Indonesia selama tiga minggu bagi menjalani penggambaran drama Dingin Sahara. Selepas itu dia akan terbang ke Korea bagi menjalani penggambaran Gerimis Salju, yang menggandingkannya bersama pelakon Nazim Othman.
|
qish8484 posted on 5-12-2013 03:33 PM
kuat merokok pmpn nie banyak kali aku jumpa dia tapi ok lah xsombong
pestol posted on 5-12-2013 03:42 PM
kja kt pavilion? ohh kuat hisap rokok.. ppuan hisap rokok utk apa ye? style ke
ADVERTISEMENT