CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melahirkan Anak Dalam Kereta

9-12-2013 04:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12586| Komen: 83

Gambar hiasan


TAMPIN – Seorang suri rumah menghadapi detik cemas apabila melahirkan anak di dalam kereta di perkarangan Hospital Tampin, di sini, semalam.
              
Nurul Huda Abdullah Nanang, 30, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.65 Kilogram kira-kira jam 8.30 pagi.
            
Menceritakan detik cemas itu, Nurul Huda yang tinggal di Rumah Rakyat Kuala Ina, dekat sini, berkata, dia tidak menyangka akan melahirkan anak di dalam kereta sebelum sempat memasuki bilik bersalin hospital.      
        
“Saya dijangka bersalin pada 13 Disember tetapi sejak malam tadi saya berasa sakit perut, namun tidak menyangka itu petanda mahu bersalin.
             

“Kira-kira jam 6.30 pagi tadi saya berasa sakit lagi di bahagian perut dan meminta suami, Zamri Abdul Rahman, 33, menghantar ke hospital,” katanya kepada pemberita di Hospital Tampin, di sini, semalam.
          
Menurutnya, ketika dalam perjalanan ke hospital, secara tiba-tiba air ketuban pecah dan berlaku kontraksi bersalin.
         
“Sebaik tiba di perkarangan hospital, saya merasakan kepala bayi sudah mahu keluar dan meminta suami segera memanggil jururawat serta doktor.
        
“Ketika suami meminta bantuan jururawat, separuh badan anak saya sudah keluar dan saya segera menarik anak keluar dari bukaan rahim,” katanya.
        
Nurul Huda berkata, sejurus menarik anak keluar, kelihatan tali pusat terbelit di bahagian leher bayinya itu.
        
“Saya segera membetulkan tali pusat bagi mengelak anak lemas sebelum mendakapnya di dada.
        
“Hati saya berasa lega sebaik mendengar tangisannya dan segera mengucup dahinya,” katanya.
        
Ibu kepada tiga anak itu berkata, kejadian berlaku amat pantas dan suaminya turut terperanjat melihat bayi berada dalam dakapannya.
        
“Suami dan jururawat segera membantu saya memotong tali pusat anak sebelum membawa saya ke dalam hospital untuk rawatan lanjut.

“Alhamdulillah selepas pemeriksaan doktor mengesahkan saya dan anak selamat walaupun bersalin secara sendirian,” katanya.


3

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 9-12-2013 01:22 PM
Dramatic amat..btw thaniah.
Quote Nash^Roy 9-12-2013 01:22 PM
alhamdulillah.. yg penting anak dan ibu sihat..
Quote seb_baik 9-12-2013 01:28 PM
3 4 thn lepas ada sorg kwn terbersalin kat rmh mcm ni la jgk. dia tarik trs ank dia smpt lg tepuk2 blkg ank dia bg nangis. tp sbb lama tggu ambulan dtg bru potong tali pusat ank dia, ank dia kena masuk nicu sbb ada jangkitan kuman. lama jgk sebulan duk nicu. skrg sihat walafiat dah

tu la kepada ibu2 diluar sana bersediala yg jenis senang beranak tu sila pastikan anda tahu apa harus buat jika anda tbranak mcm ni
Quote mizsrose 9-12-2013 01:31 PM
wah kire cepat gak dia bersalin. mudah lak tu..tahniah...
Quote cuki 9-12-2013 01:35 PM
mudahnye... sakit terus bersalin.... alhamdulillah ..
aku 2 hari baru la nak kuar...
Quote nreezt 9-12-2013 01:39 PM
ngerinyer baca ...ibu yg bersalin tu tarik anak sendrik & betulkan tali pusat lagi tu......kagum weii
Quote xpdckelate 9-12-2013 01:39 PM
ibu yang dah bersalin sebelum ni biasanya mudah untuk bersalin lagi dan tidak mudah panik
Quote purpledesire 9-12-2013 01:40 PM
Alhamdulillah..nasib baik sumenye selamat..

Quote Cik_Andak 9-12-2013 01:42 PM
Tahniah..ape yg penting mak n anak sihat....
Quote biggirlduncry 9-12-2013 01:43 PM
ngeri baca-tahniah ya semua selamat
Quote ell768 9-12-2013 01:55 PM
Alhamdulillah selamat keduanya..sgt saspen huhuhu
Quote xcalibur07 9-12-2013 01:57 PM
sy pernah tersaksikan situasi bersalin dlm kereta
kereta tu dah sampai dah kat dpn wad bersalin
pastu saudara wanita yg nak bersalin ni terjerit2 mintak stretcher
yg wanita ni sgt rileks dan siap mencangkung lagi kat atas seat sbb baby dia memang nak kuar sgt
skejap je tetiba baby tu menggelungsur keluar dari ibu dia terus jatuh atas seat tu
pastu dr datang bersama2 stretcher, Alhamdulillah dua2 selamat

Quote clarizsa 9-12-2013 02:01 PM
tahniah.. seb baik baby selamat...
Quote xdielzx 9-12-2013 02:03 PM
common occurence ni..
Quote kokocrunch 9-12-2013 02:04 PM
Alhamdulillah selamat keduanya..
Quote ais_kosong 9-12-2013 02:05 PM
tahniah..
ibu dan baby selamat..
Quote haryatie 9-12-2013 02:07 PM
berani nyer dia..
main tarik2 sendiri jerk..
syukur la x jadi apa2..
Quote kookie92 9-12-2013 02:11 PM
alhamdulillah..mudah je keluar
Quote yanasan21 9-12-2013 03:09 PM
huhu...tak berani aku nak tarik anak mcm tu je...tp klau dah keadaan mcm tu, mmg tak sedar apa yg kita lakukan....huhu

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.110629 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top