Beliau berkata langkah itu sebagai persediaan anggota agensi penguat kuasa itu mempertahankan diri jika diancam ketika bertugas. Katanya senjata api yang dibekalkan ialah pistol jenis Beretta FS 92 compact L. "Sebanyak 10 pucuk senjata api jenis Airsoft Gun pula akan dibekalkan dalam masa terdekat bagi tujuan latihan," katanya kepada pemberita selepas Program Ujian Kemahiran Menembak Piala Ketua Pengarah JPJ Malaysia 2013 di Lapang Sasar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Gunong, di sini hari ini. JPJ Kelantan muncul sebagai juara keseluruhan dalam ujian kemahiran itu. Arifin berkata penggunaan senjata api itu antara lain memastikan keselamatan anggota JPJ yang melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang di jalan raya. Katanya anggota penguat kuasa JPJ juga sebelum ini sering menerima ancaman terutama daripada kegiatan tonto khususnya di kawasan pantai barat.
|
11
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT