CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenaikan Tarif Elektrik Masih Belum Cukup Biayai Kos Dan Perbelanjaan Tnb

20-12-2013 10:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7111| Komen: 41


PUTRAJAYA - Kenaikan tarif elektrik baharu berkuat kuasa 1 Jan 2014 masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan berkata, TNB masih perlu meminjam untuk bangunkan infrastruktur berikutan infrastruktur sedia ada di Semenanjung Malaysia sudah berusia.

"Sistem pembekalan atau penghantaran baharu perlu dibangunkan dari selatan ke Lembah Klang yang memerlukan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit.

"Begitu juga loji jana kuasa baharu perlu dibina dan ini membabitkan banyak sumber kewangan untuk 20 tahun akan datang terutama semakin banyak loji jana kuasa ditamatkan operasi akibat tamat tempoh," katanya pada 'Sesi Penerangan Penetapan Tarif Elektrik Di Semenanjung Malaysia' disertai lebih 40 wakil dari Persatuan Industri dan Pengguna di sini.

Menurut Ahmad Fauzi, TNB membelanjakan sekitar RM6 bilion hingga RM 7 bilion setiap tahun untuk perbelanjaan modal dan penyenggaraan infrastruktur berbanding keuntungan direkodkan tahun ini sebanyak RM4.6 bilion.

10

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
8

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingTomey 19-12-2013 04:04 PM
naik la lagi...kami sedia membantu tnb
Quote annehuda 19-12-2013 04:06 PM
kami tak kisah kalau naik pun. kami ni kaya raya tau.... duit bertimbun2 siap boleh gulung wat rokok lg
Quote kucingTomey 19-12-2013 04:10 PM
annehuda posted on 19-12-2013 04:06 PM
kami tak kisah kalau naik pun. kami ni kaya raya tau.... duit bertimbun2 siap boleh gulung wat rokok ...
Sopian semakin gundah gulana. Hampir-hampir saja kuku jarinya yang masih berdakwat biru habis digigit. Tuntas Sopian menghentikan tabiat biasanya ketika diserang resah itu berlanjutan. Tidak akan dibiarkan bukti "Dakwat kekal itu kekal" hilang begitu sahaja. Bahkan semenjak hari mengundi, tidak setitik pun air dibiarkan kena pada jarinya itu. "Aku akan pastikan aku kekal menjadi bukti hidup pilihanraya umum yang lalu adalah pilihanraya yang bersih dan adil!", Terngiang-ngiang lagi sumpah keramatnya pada petang hari 5 hb Mei yang lalu...

Tidak lama resah Sopian terhenti diganggu kenangan silam. Peluh sejuk mengalir kembali dari dahi. Pantas dijilat apabila tiba di bibir Sopian. Tidak akan dibiarkan walau setitik peluhnya dibazirkan begitu sahaja. Semenjak Kerajaan kesayangan Sopian mula mengurangkan subsidi satu per satu keperluan asas, Sopian lah yang paling hebat menyuruh masyarakat supaya mengambil pengurangan subsidi itu dari sudut positif. Lantang Sopian melaungkan slogan berjimat cermat; selari dengan saranan Perdana Menteri, yang gambarnya tersimpan disudut dompet Sopian yang penuh berhabuk pada tika ini.

Satu persatu biji kuaci dikupas oleh Sopian. Tidak lagi Sopian ambil kira tulisan cina di bungkusan kuaci tersebut. Sudah 4 bulan, itulah yang menjadi makanan ruji Sopian. Harga ayam naik, Sopian berhenti makan ayam. Harga gula naik, Sopian berhenti bermanis-manis. Hati Sopian mula membengkek. Baru sahaja diumumkan tarif elektrik bakal dinaikkan menjelang tahun baru. Sudahlah dengan tarif sekarang pun Sopian hanya mampu untuk membayar penggunaan lampu selama 3 jam, online facebook selama 2 jam, dan menonton televisyen selama 1 jam; cukup-cukup untuk menonton Buletin Utama semata-mata.

Sopian nekad! Tidak lagi akan dibiarkan dirinya diperkotak katikkan oleh pemimpin-pemimpin yang dulunya dikagumi sepenuh hatinya! Lantas Sopian berubah menjadi radikal. Account facebook yang dulunya penuh dengan update memuji kerajaan dan memaki pembangkang mula berubah nada. Sopian mula berfalsafah dengan idea-idea perjuangan rakyat. Sekali baca ibarat membaca pemikiran seorang sosialis sejati walau kadang-kala terselit juga kata-kata pujian terhadap idolanya  zaman-berzaman, Tun Mahadewa Kaio. Sopian rindukan kepimpinan Tun.

Menjelang ambang tahun baru, Sopian terdengar akan desas-desus akan diadakan himpunan menolak kenaikan harga barang. Sopian berasa sangat excited. Bermacam-macam imaginasi datang ke kepala hotak Sopian. Akan digegarkan dataran Merdeka! Sopian mengimpikan peluang melakukan tindakan radikal ala-ala Adam Adli. Sudah terbayang dikotak fikiran Sopian dikerumuni oleh gadis-gadis yang akan kagum dengan keradikalannya nanti.

....

Ambang tahun baru. Sekumpulan remaja menanti-nanti tibanya seorang figur. Mereka kagum dengan kelantangan figur tersebut di alam maya dan berjanji akan bersama-sama berjuang dalam himpunan pada malam itu. Sudah 2 jam dari waktu yang dijanjikan, namun figur tersebut masih belum tiba. Kumpulan remaja itu akhirnya membuat keputusan untuk tidak menunggu lagi dan terus menyertai para demonstran yang lain.

Beberapa ela berjalan, para demonstran bertembung dengan kumpulan berbaju biru gelap, bertulis "I heart PM". Kumpulan remaja yang tadi terperasan akan sosok yang agak familiar bagi mereka berada dalam kumpulan berbaju biru tersebut. Lama diperhati, tidak syak lagi, itulah figur yang ditunggu mereka selama lebih 2 jam tadi.

"Hoi Sopian! Apa engko buat kat sini!?", soal mereka sambil bersiap-siap menukar seluar tomoi. Bandage pantas dililitkan ke tangan menantikan jawapan Sopian.

"Baru dapat BR1M bai", jawab Sopian tanpa rasa bersalah. Malah kelihatan sedikit rasa bangga terukir diwajahnya. Mungkin itu terjadi hasil tindakan kimia apabila kemacaian bertemu dengan baju "I heart PM". Tidak lama kebanggaan terlihat di wajah Sopian. Beberapa saat kemudian wajah Sopian dipenuhi raut-raut kesakitan dan pengetahuan yang dia tidak mungkin mampu untuk memiliki zuriat......
muahahhahahahahahahah
Quote bangcak 19-12-2013 04:24 PM
so persoalannya TNB tetiap taon untung ka rugi??
muka depan otosan sebar untung berbeliyon
bila nak naik tarif sebok merungut pasal kos perbelanjaan.
Quote kucingTomey 19-12-2013 04:27 PM
bangcak posted on 19-12-2013 04:24 PM
so persoalannya TNB tetiap taon untung ka rugi??
muka depan otosan sebar untung berbeliyon
bila na ...

bende2 camtu jangan pikir...kalau dia kata rugi..wajib percaya.....

haji min,
ahli ajk jkkkkkkkkkkkkkkkk



Quote AbukRokok 19-12-2013 04:31 PM
saya berharap tnb naikkan harga kepada RM10.00 sekilowatt ... sya kesian dgn bebanan TNB wlopun staff dpt bones
Quote Anak_Nogori 19-12-2013 04:32 PM
AbukRokok posted on 19-12-2013 04:31 PM
saya berharap tnb naikkan harga kepada RM10.00 sekilowatt ... sya kesian dgn bebanan TNB wlopun staf ...

hairan ke...tu staff KUIN dapat bonus gak walaupun diistiharkan rugi..
Quote little_sis 19-12-2013 04:33 PM
apa lagikk TNB mahuuuuuuuuuu
nak naik tariff dh naikkk.. kata x untung, dh untung berbiliyunnnnnnn..
Quote kucingTomey 19-12-2013 04:33 PM
oooo lupa nak cc seseorang....

@pakwetizzaqyah
Quote leylapple 19-12-2013 04:35 PM
"Begitu juga loji jana kuasa baharu perlu dibina dan ini membabitkan banyak sumber kewangan untuk 20 tahun akan datang terutama semakin banyak loji jana kuasa ditamatkan operasi akibat tamat tempoh,"
iyo lah tu ditamatkan operasi sebab tamat tempoh...

paling2 pun tukar boiler, tukar management jer...

mana mungkin kapar PP, Jimah tu dilupuskan begitu sahaja..

nak tipu pun agak2 la...



Quote purpledesire 19-12-2013 04:36 PM
hurmmm..alasan..
Quote AbukRokok 19-12-2013 04:45 PM
Anak_Nogori posted on 19-12-2013 04:32 PM
hairan ke...tu staff KUIN dapat bonus gak walaupun diistiharkan rugi..

sila naikkan yuran KUIN...saya kesian dengan bebanan KUIN dan TNB... kami sentiasa bersedia terkorban utk negara
Quote Anak_Nogori 19-12-2013 04:56 PM
leylapple posted on 19-12-2013 04:35 PM
iyo lah tu ditamatkan operasi sebab tamat tempoh...

paling2 pun tukar boiler, tukar management je ...

Kerajaan negeri tak ada syer 30% ke untuk halang kenaikkan harga letrik ni?..
Quote leylapple 19-12-2013 04:59 PM
Anak_Nogori posted on 19-12-2013 04:56 PM
Kerajaan negeri tak ada syer 30% ke untuk halang kenaikkan harga letrik ni?..

negeri mana?
Quote Anak_Nogori 19-12-2013 05:00 PM
leylapple posted on 19-12-2013 04:59 PM
negeri mana?

Negeri Selangor atau negeri Penang misalannya.

Quote kucingTomey 19-12-2013 05:01 PM
bende la tua ni merepek ni
Quote leylapple 19-12-2013 05:02 PM
Anak_Nogori posted on 19-12-2013 05:00 PM
Negeri Selangor atau negeri Penang misalannya.

entah...

tu kene tnya diorang la...



Quote dahliateck 19-12-2013 05:03 PM
untung dah billion, x cukup lg, nk lg tekan rakyat, tekan la sampai kiok terus
Quote evolutionary 19-12-2013 05:05 PM
bonus berapa bulan staff tnb dapat ni?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050166 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top