CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tabur Paku Di Jalan Punca Rezeki

24-12-2013 10:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5639| Komen: 7

Gambar hiasan



Kuala Lumpur: Tabur paku besi di lorong laluan motosikal. Itu antara taktik dikesan dilakukan segelintir pengusaha bengkel dan individu tidak bertanggungjawab bertujuan memancitkan tayar kenderaan bagi meraih keuntungan mudah di beberapa laluan motosikal di sekitar ibu kota.

Pengusaha terbabit juga akan meninggalkan nombor telefon bimbit mereka di penghadang jalan dan dinding terowong, malah ada yang melekatkan iklan pada tiang papan tanda jalan raya atau pokok untuk khidmat menukar serta membaiki tayar motosikal yang pancit.


Kegiatan yang sudah lama dilakukan itu dikesan kembali aktif dengan penemuan kira-kira dua kilogram paku besi yang ditabur di sepanjang laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Sungai Besi, Khamis lalu.

Bukan itu saja, aktiviti berkenaan juga dipercayai dilakukan orang awam yang menjadikan pekerjaan menukar tiub tayar motosikal sebagai pendapatan sampingan mereka.

Tinjauan Harian Metro di beberapa laluan motosikal sekitar ibu kota mendapati terdapat banyak nombor telefon bimbit mekanik dan penukar tiub motosikal diconteng pada penghadang jalan dan dinding terowong menggunakan dakwat hitam.


Selain paku, terdapat juga individu tidak bertanggungjawab meletakkan peralatan tajam lain seperti skru dan serpihan kaca bertujuan memancitkan tayar.

Kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagai Azhar, 21, berkata, pengalaman tiga kali menjadi mangsa cukup memberi pengajaran kepadanya supaya lebih berhati-hati setiap kali melalui laluan motosikal.

“Sepanjang tiga kali terkena, saya terpaksa menghabiskan wang sehingga RM210 hanya untuk menukar tiub tayar motosikal yang pancit. Kadang-kadang saya tidak minta bantuan mereka, tetapi mereka dengan sendiri menukarkan tiub dan meminta bayaran itu.

“Kerana terdesak, saya terpaksa membayar jumlah itu kerana alasan diberikan harga berkenaan termasuk dengan caj perkhidmatan rondaan mereka di kawasan terbabit. Begitu mudah mereka mencari makan,” katanya.

Menurut Azhar, tindakan kumpulan terbabit menyusahkan pengguna jalan raya kerana perbuatan meletakkan paku atau peralatan tajam di laluan motosikal boleh mengancam nyawa penunggang.

Pelajar, Norihan Razali, 24, berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu dihentikan kerana boleh menyusahkan pelbagai pihak terutama golongan wanita yang menggunakan laluan motosikal pada waktu malam.

“Saya pernah menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral ini.

“Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, saya baru pulang dari kelas malam dan tayar motosikal pancit dengan tiba-tiba akibat terlanggar paku.

“Apabila diperiksa terdapat banyak paku bertaburan di sekitar laluan itu. Saya bernasib baik kerana ada seorang pak cik yang lalu secara kebetulan dan membantu saya,” katanya.

Menurutnya, dia mungkin menjadi mangsa rogol atau samun sekiranya berjalan kaki sambil menolak motosikal ketika itu.


4

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AHMADVW 24-12-2013 09:54 AM
syukur masih aman
Quote dualchicks 24-12-2013 10:00 AM
[youtube]rtMJMIs1Qdo[/youtube]

owner: Ler apesal ngko bawak tube moto...ngko tak nampak ke kenderaan apa aku pakai?
pomen: ler naper abg tak kasi tau awal2 masa call tadi?
owner: dah ngko tayang iklan ngko...tayar motor pancit call azam:01x-xxxxxxx...ini pun motor jugak..motorkar
Quote mnahis 24-12-2013 10:06 AM
Maaf kerajaan / polis tak de masa nak layan kes2 kecil mcm ni. Pandai2 la jaga diri sendiri kalau nak hidup kat malaysia ni kalau anda rakyat biasa yg naik motor, bas, teksi ... Sorry to say yg anda x de makna kecuali bila dah dkt pilihanraya..mgkin Rm500 je kot nilai anda. Dok diam2..nak keluar negara ni nak bershpping, nnti dkt pilihanraya saya muncul la kat pokok2 dan tiang2 sambil tersenyum
Quote xtahumenahu 24-12-2013 10:09 AM
kat highway plak...ada yang tabur minyak...sampai accident kete
Quote MengkuduMasam 24-12-2013 10:29 AM
xtahumenahu posted on 24-12-2013 10:09 AM
kat highway plak...ada yang tabur minyak...sampai accident kete

blah2 karak ... genting sempah... slalu ada tabur minyak...

aside from muto bwk laju.... pasal jln berminyak jugak laa ramai rider down...

keta pun byk eksiden... lpas eksiden.. tau2 tow truck datang... 3-4 org callman pun dtg
Quote mak_wa95 24-12-2013 11:00 AM
cari rezeki atas kesempitan orang...
kerajaankejam rakyat jadi kuangjaq..
Quote zorrro_03 24-12-2013 12:04 PM
kalau pakat2 call no yg ditempek tu semua.  pastu pakat2 belasah sampai separuh nyawa.  tak boleh ke?  

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.049643 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top