CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bergaduh Berebut Harta !

31-12-2013 06:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16372| Komen: 154


Subang Jaya: “Saya terpaksa merangkak di dalam longkang untuk menyelamatkan diri daripada serangan adik ipar. Dia bagaikan dirasuk apabila memecah masuk rumah saya dan mempersoalkan soal pembahagian harta arwah suami bernilai jutaan ringgit.

“Akibat penderaan mental yang dialami, setiap hari saya trauma memikirkan keselamatan diri bersama seorang anak perempuan kerana keluarga mentua juga sering memperhatikan tindak-tanduk saya menunggu kesempatan untuk mengancam keselamatan saya,” kata warga emas, Zainab, 55.

Katanya, dia hidup umpama pelarian selepas suaminya yang juga seorang pegawai kanan kerajaan meninggal dunia tahun lalu, kerana bimbang di apa-apakan, salah seorang daripada adik iparnya yang mengancam mahu membunuhnya termasuk menuduh dia melarikan barang kemas milik keluarga mentua.

Dalam kejadian sekitar Mac lalu itu, dia yang sedang tidur di rumahnya di Alor Setar dikejutkan dengan jeritan adik ipar di dalam rumah yang menuduhnya mencuri barang kemas keluarga dan mengugut mahu membunuhnya.

“Saya bersama anak perlahan-lahan keluar ikut pintu dapur untuk meminta tolong dan terpaksa merangkak sejauh 50 meter di dalam longkang untuk ke rumah jiran sebelum pengsan dan diselamatkan. Sebaik sedar, saya terus membuat laporan polis,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 31-12-2013 07:00 AM


DUA wartawan Harian Metro menemu bual Zainab dan anaknya mengenai serangan keluarga mentua.
Quote FlowerGirl 31-12-2013 07:02 AM
Bengong sungguh ipar duai tuh
Quote peYno 31-12-2013 07:04 AM
buat maku warga urban subang jaya je
selangor negeri maju official dan bukan klaim sendiri
Quote MissNigga 31-12-2013 07:06 AM
Hati jadi buta pasai sifat tamak...
Quote fairiza 31-12-2013 07:07 AM
Eiii menyampah betul bila dengar cerita harta pusaka. Psl reta pusaka la ada ibu sanggup halau anak. Reta lebih penting dari anak. Macam la boleh bwk masuk kubur...
Quote nurul_akmar 31-12-2013 07:10 AM
laaa.. tu kan isteri dia. isteri dia la yg lebey layak. yg adik dia nak masuk campur nape?
Quote ahjit83 31-12-2013 07:19 AM
Kerana harta sanggup bergaduh..
Quote pelukis.plan 31-12-2013 07:20 AM
nurul_akmar posted on 31-12-2013 07:10 AM
laaa.. tu kan isteri dia. isteri dia la yg lebey layak. yg adik dia nak masuk campur nape?

mungkin ada perjanjian atau hutang yang kita tidak tau
dalam case ni mana boleh dengar sebelah pihak je
metroseksual kena la interview ipar tu lak
Quote tongkatwaran75 31-12-2013 07:43 AM

kita mgkn sedap ngutuk...
tapi cuba letak diri kita di tempatnya?

reta yg dorang rebut nih jutaan...
tak tau klu jutaan rupiah jer...
Quote little_sis 31-12-2013 07:52 AM
Dalammm maksud ayat abe tong kat bwh tu, berharta x semesti bahagia
Quote farahfatihah 31-12-2013 07:56 AM
mcm2 hal lah skg nih
Quote yusryimran 31-12-2013 07:59 AM
moralnya biarlah berserdahana saja tidak perlu melebih - lebih.  Anak2 biarlah mereka mencari harta mereka sendiri.  Harta banyak susah.. tidak berharta langsung pun susah..
Quote axl_bach 31-12-2013 08:00 AM
nurul_akmar posted on 31-12-2013 07:10 AM
laaa.. tu kan isteri dia. isteri dia la yg lebey layak. yg adik dia nak masuk campur nape?

mana ada isteri yg paling layak der....ikutkan pembahagian secara faraid isteri layak dpt 1/8 jer dari harta peninggalan si mati......portion tu akan menjadi lebih kecil kalo ibu bapa si mati(suami) masih ada kerana ibu dan bapa si mati masing2 layak mendapat 1/6 dari harta........

aku bukan nak judge permasalahan dlm keluarga nih tp mmg mertua wanita berkenaan ada hak yg boleh dituntut dan itu yg cuba dilakukan oleh adik kepada si mati iaitu menuntut bahagian ibu dan ayah si mati.....

tp si isteri masih boleh membuat tuntutan harta sepencarian utk mendapatkan sebahagian besar dari harta peninggalan sekiranya layak...tp proses nih memakan masa yg lama  gak laaaa.....

Quote raihaneem 31-12-2013 08:02 AM
adoi...
kena dgr dr pihak mertua plak. Mesti ada sbb tiba2 nak ngamuk dahsyat cmtu. Tp mmg klau bab harta, pakat berebut...jotaan plak tu.
Mcm sdra sya la..pas ja tok meninggal, pakat berebut, tp masa sakit pakat lepas tgn...bila nak bhgi hrta, nama adik2 arwah termasuk la..tp adik2 arwah pakat takmau, siap jnji pas dpt ja bhagian depa, nak pulgkan semula....tp bila dah dpt..pakat diam..haha.. Takpa..itu hak mereka...

metro mmg suka citer sensasi...
Quote pyropura 31-12-2013 08:09 AM

...bohong lah, dalam doniya ni cuma cina sepet kuminis lehnat aje yang materialistik, mulayu sunni mana ada...
Quote tongkatwaran75 31-12-2013 08:31 AM
little_sis posted on 31-12-2013 07:52 AM
Dalammm maksud ayat abe tong kat bwh tu, berharta x semesti bahagia

sbnrnya ada konklusi persoalan itu;

akhirnya siapakah yg mengizinkan kebahagiaan itu pada sesuatu?

Quote lurve82 31-12-2013 08:39 AM
sibuk sgt dgn harta org lain...kumpul sndr la...ngok...
Quote gaara_X 31-12-2013 08:39 AM
dek kesempitan hidup...perkara ini akan menjadi salah satu drama yang akan dialami oleh rakyat Malaysia...
Quote mjla 31-12-2013 08:43 AM
Nak membolot harta pun jgn le sampai membunuh...

Tak pasal2 masuk jel nti.

Guna le undang2 klu betul2 nakkan bhg memasing.

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.290913 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top