CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tengah Mengandung Pun Wat Maksiat

2-1-2014 04:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17790| Komen: 62


Sanggup ibu ini membawa anaknya bersama ke sebuah hotel untuk melakukan maksiat.                                                                                                                                   

GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih kecil ‘menemaninya’ melakukan maksiat.
       
Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini.
       
Melalui operasi yang bermula jam 2 pagi itu mendapati seorang lelaki dengan selamba berada di ruang tamu bilik hotel berkenaan sedangkan wanita berkenaan berada di dalam bilik tidur.
       
Lebih mengejutkan apabila penguatkuasa juga terjumpa dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan enam tahun di sebuah lagi bilik tidur.
       
Dalam nada selamba lelaki tersebut mengaku dia ditemani rakannya sedangkan selepas penguatkuasa membuat pemeriksaan wanita itu pula mengaku lelaki tersebut sebagai suaminya.
        

Gambar hiasan


Wanita sarat mengandung turut dicekup
       
Bukan itu saja, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan turut dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel.
       
Wanita yang ditangkap dalam keadaan menggeletar dalam sebuah bilik itu mengaku anak yang dikandungnya adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya itu, namun sebaliknya lelaki tersebut tidak mengaku.
       
“Itu bukan anak saya, itu anak dia dengan orang lain,” kata lelaki tersebut.
       
       
Terpaksa masuk ikut tingkap
       
Sementara itu, di salah sebuah hotel di Tanjung Tokong di sini, lima penguatkuasa terpaksa berhempas pulas memasuki sebuah bilik melalui tingkap tandas.
       
Hampir 30 minit lamanya penguatkuasa mengetuk pintu dan memberikan amaran, namun kedua-dua pasangan yang berusia lingkungan 20an itu tetap tidak mahu membukanya.
       
Disebabkan itu, tingkap kecil setinggi lebih satu meter terpaksa dipanjat oleh salah seorang penguatkuasa dan kemudiannya membuka pintu bilik air.
       
“Kenapa tak mahu buka pintu? Sikap degil anda begini hanya membuatkan ramai orang susah,” tegur Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan, Khairul Azman Azizan.
"Kami takut, saya rasa gementar," demikian jawapan lelaki tersebut.
       
Sementara itu, teman wanitanya duduk tersorok di tepi almari solek dan bertindak degil apabila cuba disiasat oleh penguatkuasa wanita.
       
       
Adik-beradik dicekup
       
Manakala, dua adik-beradik lelaki turut dicekup atas kesalahan berkhalwat dengan pasangan masing-masing di sebuah hotel murah di Tanjung Bungah, di sini.
       
Mereka menempah hotel yang sama namun kedua-duanya dicekup di tingkat yang berlainan.
       
Di hotel yang sama, seorang kakitangan awam turut ditahan bersama pasangannya.
       
Lelaki tersebut memberitahu dia hanya singgah di hotel berkenaan selepas selesai kerjanya untuk sambutan malam tahun baru di Padang Kota Lama.
       
       
39 individu ditahan
       
Khairul Azman berkata, Operasi Ambang Maksiat 2014 itu dijalankan di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS).
       
Menurutnya, operasi yang bermula dari jam 2 hingga 7 pagi itu berjaya menahan 39 individu mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.
       
Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-duanya sekali.
       
“Kali ini operasi yang dijalankan berbeza kerana kami hanya menumpukan Seksyen 27 berbanding dengan Seksyen 29 iaitu perbuatan tidak sopan, ini memandangkan faktor cuti dan juga sumber maklumat yang diterima.
       
“Kami menerima maklumat hotel di kawasan-kawasan panas telah penuh ditempah, dan kebanyakan mereka ini datang untuk menyambut tahun baru yang mana persembahan bunga api dinanti sejak jam 8 malam hingga 12 tengah malam'
       
"Jadi selepas waktu itu mereka sudah letih dan melihatkan situasi dan pengalaman kami mendapati mereka akan mendaftar masuk ke hotel.
       
 “Jika sambutan ini diadakan pada hujung minggu kemungkinan yang melakukan Seksyen 29 lebih ramai kerana ramai yang akan menghabiskan masa di tepi pantai dan sebagainya,” katanya.
       
Operasi itu turut disertai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINPP, Yusuff Ahmad dan 20 penguatkuasa.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 2-1-2014 12:37 PM
tengah mengandung pun...
x tahu nak kat apa...
Nauzubillah..
smoga kita & ank cucu kita dijauhkan dr semua ni..
Quote xtahumenahu 2-1-2014 12:54 PM
banyaknyerr kess...
Quote yenil95 2-1-2014 01:00 PM
..tak terkata..
Quote lady_rara 2-1-2014 01:06 PM
speechless aku...

dahsyatnya sambutan new year depa!
Quote papadomku 2-1-2014 01:08 PM
banyaknyaa kes apala nak jadi ni?
Quote budakmanentah 2-1-2014 01:12 PM
yg bawak anak tu keji betul
Quote najib888 2-1-2014 01:16 PM
Penang darul khalwat..
Quote BurningTimes 2-1-2014 01:22 PM
kelas akak Melayu berugama Sunni wal jamaah, siap berzina time mengandung bawak anak anak lagi.
ujung2 bawa suami pula untuk threesome
Quote aTiKah_aYuNi 2-1-2014 01:26 PM
apa laaa nk jdk....
Quote shiro82 2-1-2014 01:35 PM
tak terucap dengan kata2.........
Quote pakwetizzaqyah 2-1-2014 02:22 PM
ni mami pineng mai tang mana??? ka orng kelantan cari makan kat pineng...?
Quote BumpIQ 2-1-2014 02:30 PM
mengandung pun nk jugak rasa sedap kak... dh lah penat terbungkam kene hangkut perot...
Quote yanasan21 2-1-2014 02:50 PM
itu baru yang dicekup....yang tak berjaya dicekup, macammana plak ye............
Quote atai 2-1-2014 02:50 PM
sian laki tu tak mengaku anak dalam kandungan tu anak dia..yang pompuan tu kehulu kehilir ikut laki tu..
Quote qronaldo7 2-1-2014 02:54 PM
HJ & BJ xckup ke
Quote sapeka 3-1-2014 01:22 PM
dah jadi makanan depa..
apa yang depa kisah mengandung ka tak???
halal ka karam..
hmm...
nih la pentingnye didikan agama bermula dari rumah
bukan kat sekolah
tanggungjawab ibu bapa bukan guru2
Quote biggirlduncry 3-1-2014 01:24 PM
bertuhan kan nafsu, gini la jadik nya
Quote magnus 3-1-2014 01:32 PM
Awat tak gi zahar derus punya ceramah  mlm tahun baru ritu....kan dah kena cekop...
Quote brownstone 3-1-2014 01:37 PM
yang mengandung tu, baby pon lapar 'benih' ka???

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.056729 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top