CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Saya Mengandungkan Anak Kembar. Bolehkah Saya Bersalin Secara Normal?

2-1-2014 06:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12011| Komen: 7

Saya mengandungkan anak kembar. Bolehkah saya bersalin secara normal?



Jika kedua-dua bayi anda membesar dengan baik dan tiada sebarang masalah lain berkaitan kehamilan anda, kemungkinan besar anda boleh melahirkan secara normal. Ramai wanita yang mengandungkan anak kembar bersalin secara normal, namun kelahiran kembar melalui pembedahan caesarean semakin meningkat.

Kemungkinan bahawa anda melahirkan secara normal bergantung sebahagiannya kepada posisi bayi-bayi anda semasa anda sakit bersalin. Jika sekurang-kurangnya kembar yang pertama berada dalam posisi kepala di bawah dan plasenta tidak menghalang serviks, kelahiran secara normal adalah berkemungkinan.

Tempat tinggal anda serta polisi hospital yang anda pergi juga adalah faktor yang menentukan samada anda akan menjalani pembedahan ataupun tidak. Kebanyakan hospital kerajaan di Malaysia akan mengutamakan kelahiran normal bagi kehamilan kembar yang sihat dan tidak bermasalah. Sesetengah hospital akan menyarankan caesarean kepada wanita yang hamil dengan kembar yang berkongsi plasenta. Ini kerana, kembar seiras lebih berkemungkinan mengalami komplikasi semasa dilahirkan. Apa sahaja keputusan anda anda ambil, anda dan bayi-bayi anda akan dipantau dengan teliti.

Berbincanglah dengan doktor anda mengenai situasi kesihatan dan perubatan anda, dan apa yang anda harapkan akan berlaku. Tanyalah jika doktor di hospital tersebut mempunyai pengalaman menyambut bayi kembar secara normal, dan apa polisi hospital berkenaan kelahiran kembar.

Doktor anda akan membincangkan pilihan yang ada dengan anda sekiranya anda sakit bersalin sekitar:
36 minggu dengan kembar seiras;
37 hingga 38 minggu dengan kembar tidak seiras.

Doktor mungkin menyarankan supaya kaedah cetusan dilakukan atau supaya anda memilih pembedahan caesarean terancang.

Selepas 38 minggu, plasenta anda mungkin tidak dapat berfungsi sebaik dahulu, maka atas sebab itulah bayi kembar biasanya dilahirkan pada atau sebelum waktu ini. Ini adalah perkara yang baik juga. Melahirkan bayi kembar sebelum minggu ke-38 mengurangkan risiko bayi meninggal dalam rahim.

Jika anda mengambil keputusan untuk tidak menjalani kaedah cetusan atau pembedahan caesarean, anda perlu mendapatkan pemeriksaan pakar obstetrik setiap minggu. Anda perlu dipantau dengan kerap untuk memastikan anda dan bayi adalah sihat.

Melahirkan bayi kembar secara normal mungkin bermakna proses bersalin anda lebih terurus dari segi perubatan berbanding jika anda melahirkan seorang bayi sahaja. Namun, ini juga meningkatkan kemungkinan untuk anda memerlukan pembedahan caesarean.

Doktor anda mungkin akan menyarankan supaya bayi-bayi anda dipantau semasa proses kelahiran. Beliau juga mungkin mencadangkan supaya anda mendapatkan suntikan epidural sebagai pelega kesakitan. Jika anda sudahpun menerima pelega kesakitan, doktor anda akan dapat membantu anda bersalin dengan lebih mudah dan cepat.

Bincanglah dengan doktor mengenai bentuk pelega kesakitan bagaimana yang anda mahukan sewaktu temu janji antenatal anda. Anda mempunyai masa untuk memikirkan tentang apa yang mungkin terbaik bagi anda dan bayi-bayi anda.

Sentiasa ingat bahawa walaupun anda merancang untuk bersalin secara normal, anda mungkin perlu menjalani pembedahan kecemasan apabila tiba masanya nanti. Ini mungkin kerana:
Salah seorang atau kedua-dua bayi anda menjadi tertekan.
Tali pusat jatuh ke dalam laluan kelahiran sebelum bayi (prolaps).
Proses kelahiran menjadi perlahan.
Kelahiran yang dibantu tidak berjaya.

Kadang-kala, seorang kembar mungkin dilahirkan secara normal, tetapi kembar yang kedua dilahirkan secara caesarean kerana dia jadi tertekan. Pakar BabyCenter, Dr Patrick Chia berkata, ini agak biasa berlaku, iaitu ia berlaku dalam kira-kira 20 peratus kelahiran kembar di Malaysia.

Berhubunglah dengan ibu-ibu lain yang mengandungkan kembar dua atau lebih dalam forum Komuniti kami.

Disemak oleh Dr Patrick Chia, seorang perunding obstetric dan ginekologi yang pakar dalam saringan dan pengurusan ketaknormalan fetus dan penjagaan kehamilan berisiko tinggi.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote udahudahler 29-12-2013 01:30 PM
insyaallah...normal..
Quote Fariz07 7-1-2014 03:06 PM
adik aku boleh je beranak normal kt anak kembar dia..orgnya xbesar mana pun.
Quote AzzaAzman 7-1-2014 08:23 PM
Mcmne nk ank kembar ye?
Quote bawang-putih 8-1-2014 03:12 PM
salam. 1st bb saya anak kembar seiras....dah 2 taun pun umur diaorg 25/12 aritu...memula tau yg saya nie kandungkan anak kembar masa kandungan saya dah 7 bln di hospital serdang...sebab sebelom tu mmg takder scan. pergi ke hospital masa tu pun sebab perut meragam...mcm angin penuh jer seluruh perut n perut keras..but takder la plak rasa2 contraction....n doc pun scan n check...so masa tu la tau yg saya kandungkan anak kembar. mmg terperanjat giler...terharu, tak menyangka, happy sgt2...biler kuar jer dari bilik check up nampak je muka hubby terus tunjuk kt perut n tgn wat peace....hubby terus gelak sakan. hehehe...bila ingat2 balik waktu tu perasaan mmg best sgt2. gambar scan tu tiap2 hari saya dok tatap jer...dok menyengih jer sambil usap perut....sampai ler saya jenguk board ibubapa utk anak2 kembar nie....mcm2 citer yg buat saya rasa takut n menangis mengenangkan anak dalam perut. taknak terjadi aper2 kt diaorg...dlm seminggu jgk la saya dok nangis jer...lepas dinasihatkan hubby, keluarga n kawan2.....dan sujud pada allah...baru la hati saya tenteram dan berserah sepenuhnyer pada allah....

biler bab nak bersalin lak...pun takot gak..biasa la biler g check up n doc bgtau ttg prosedur2 melahirkan anak2 kembar nie....terkemam jugak ler....

pada minggu ke-36 saya balik kg cz ader majlis rewang utk majlis kawen adik. masa tu musim durian....so mkn byk jugak ler....dari ptg ke mlm saya tak rasa anak2 saya bergerak....cz time mengandung mmg amat penting ttg pergerakan anak2 dalam perut....kalau kurang gerak bahaya...so mlm tu jugak g hospital n admit dalam 2 mlm....nasib baik takder aper2 ....tapi kesan VE masa hari last nak kuar wad tu menyebabkan ader keputhan yg mcm warne hiju2 coklat skit....kater cik misi kg yg lawat saya kater yg tu darah nak bersalin....so rasa risau la plak ptg tu jgk admit hospital n masa wat check up doc kater tu darah dah nak bersalin....so duduk la dlm spital dlm 7 ari la jgk...

masa sehari sebelom nak bersalin tu doc pakar ader lawat wad...n check saya...dah la time tu mamai skit cz kene batuk dah 2 ari..n baru lepas mkn ubat batok....doc kater "ok puan...mcm nie yer mengenangkan kandungan puan dah nak masuk 37 minggu dan bb pun sebenarnyer dah matang dalam kandungan....tambahan pulak sebelom nie puan ader kes bb kurang gerak....kita operate hari ni boleh?"....adusssss...terkesima kejap....dlm mamai2 tu...."doc bleh tak saya pikir2kn dulu..." doc"so ok takper, mcm nie la...besok kiter akan bw puan ke labour room dalam 6.30 pg. puan siap2 mandi. kita akan masukkan ubat dan nak tengok dulu progress samaada puan boleh bersalin normal atau tak..."..."ok"

so besoknyer dok je la dlm labour room seharian dgn tgn kanan masuk air, tgn kiri masuk ubat....dan alhamdulillah dlm kol 9.03 anak saya selamat dilahirkan dan yg kedua kol 9.14 mlm....mmg penat tapi berbaloi....

so sesaper yg kandungkan anak kembar....jaga diri bebaik...pemakanan kene jaga...pergerakan anak yg paling penting kene jaga...kene tenang dan alwiz berdoa dan bertawakal pada allah....insyaallah kalau takder aper2 masalah boleh jer normal...
Quote shajarbiz 3-2-2014 09:12 AM
Saya bersalin normal tahun lepas anak kembar... 12 hb ni ank cukup setahun, beza 8 minit aje
Quote bandung_cincau 22-3-2014 03:25 PM
saya bukan doktor. maaf. tidak dapat membantu
Quote epalgebuu 6-1-2015 03:26 PM
da 32w

rasa takut lak nk bersalin..

harap normall

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.047065 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top