CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Tinggal Di Penjara Kajang

3-1-2014 04:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5178| Komen: 13


Tertuduh (kiri) cuba melindungi wajahnya daripada dirakam media semasa dibawa keluar dari bilik mahkamah, semalam.                                                                                                                                   
AYER KEROH - Seorang lelaki memohon supaya dia dipenjarakan di Penjara Kajang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan memiliki sebuah motosikal curi.
       
Muhamad Shah Raimi Mohd Salleh, 24, seorang penganggur dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur, membuat permohonan berkenaan ketika dia diberi peluang mengemukakan rayuan sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya.
       
Semasa membuat permohonan itu, tertuduh berkata, permintaan itu kerana isterinya kini sedang mengandung enam bulan dan kini berada di Hospital Kuala Lumpur.
       
Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Syajaratudur Abdul Rahman.
       
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat curang memiliki harta curi iaitu sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran WXT 1480 milik Sarinah Md Saino, 33, kira-kira 10.50 malam pada 23 Disember di sebuah stesen minyak di Taman Nirvana, Jalan Ampang.
       
Sehubungan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh juga dikenakan denda.
       
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela.
       
Nabilah turut memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman berat dan setimpal terhadap tertuduh memandangkan jenayah memiliki motosikal atau harta curi semakin berleluasa kebelakangan ini.
       
Menurutnya, mahkamah juga perlu mengambil kira faktor tertuduh memiliki rekod jenayah lampau iaitu di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya  1952 (ADB 1952), selain pernah tersenarai dalam senarai orang yang dikehendaki polis.
       
Dalam penghakimannya, Syajaratudur kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap tertuduh bermula hari ini.
       
Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan selepas anggota polis yang melakukan pemeriksaan terhadap motosikal yang dinaikinya mendapati ianya telah dilaporkan hilang di Melaka.
       
Selain itu, nombor pendaftaran motosikal berkenaan turut didapati palsu semasa pemeriksaan itu.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 3-1-2014 10:07 AM
boleh lak teringat kat bini
masa buat jahat x ingat ada ank bini
semoga selepas ni mendpt hidayah
Quote yenil95 3-1-2014 10:51 AM
bertobatlah dikk...lenkali ingat tuhan bila nak buat jahat..
Quote purpledesire 3-1-2014 11:11 AM
lelaki nie mmg tak guna..
Quote blackred99 3-1-2014 11:13 AM
time curik ingat bini tak? dasar penjenayah.
Quote poyohabis 3-1-2014 11:19 AM
Boleh lak mintak nak msk penjara mn... Dah jd mcm hospital atau sek lak leh pilih nak yg mn... Mcm2 betol skrg ni
Quote Sagoo 3-1-2014 11:39 AM
" di sebuah stesen minyak di Taman Nirvana, Jalan Ampang."

Taman Nirwana la bengappp
Quote lady_rara 3-1-2014 12:49 PM
Sagoo posted on 3-1-2014 11:39 AM
" di sebuah stesen minyak di Taman Nirvana, Jalan Ampang."

Taman Nirwana la bengappp





Quote lady_rara 3-1-2014 12:53 PM
dah kena hukum baru nak pikir bini tengah ngandung...
Quote Artemesiaa 3-1-2014 01:02 PM
Mintak masuk penjara yg paling dekat dengan rumah supaya senang bini dia nak datang melawat gaknya.
Quote prettyuglybabe 3-1-2014 01:28 PM
ingatkan penjenayah ni hati batu. rupanya dalam hati ada taman. mula la ingat bini mengandung, anak sakit bla bla bla..
Quote gekgucekgi 3-1-2014 03:08 PM
Sedih tgk makin ramai anak muda jadi mcmni. Pelajaran takde, keja takde. Yg segelintir pulak org muda hidup telampau mewah sampai buat kelaku mcm firaun mcm takde agama. Apa nak jadi dgn negara kita di masa depan kalo kita biaqkan pelapis2 kita terus hanyut mcmni
Quote nurul_akmar 3-1-2014 04:52 PM
sume penjenayah akan igt family ms kena bicara
Quote jengkoil 3-1-2014 10:15 PM
Artemesiaa posted on 3-1-2014 01:02 PM
Mintak masuk penjara yg paling dekat dengan rumah supaya senang bini dia nak datang melawat gaknya.

Bini tgh sarat tu..nk bersalin..berpantang lagi..xyah susah2 gi jenguk la...
request kat kajang sebab ada sedara mara kat dalam tu? ke sepupu keja warden kat sana?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046098 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top