CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff Terbakar

3-1-2014 05:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15196| Komen: 96

                                                                           
Ketika kejadian...Api marak membakar tiga buah kenderaan yang diletakkan di garaj. Gambar: Ihsan Bomba dan Penyelamat Selangor                                                                                                                                    
SUBANG JAYA – Tiga kenderaan yang diletakkan di garaj kediaman bekas Presiden Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff di SS12, dekat sini hangus terbakar dalam kejadian, awal pagi semalam.
        
Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu turut menyebabkan sebahagian daripada rumah didiami mangsa bersama isteri dan seorang anak lelaki musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
        
Jiran mangsa, Chandrasekaran berkata, pada mulanya dia menyangka rumah jirannya dimasuki pencuri selepas terdengar jeritan meminta tolong.
        
Tidak lama selepas itu, Chandrasekaran mendapati asap tebal memenuhi rumahnya menyebabkan dia bingkas bangun mengejutkan lima ahli keluarga yang nyenyak tidur.
        
Ketika itu katanya, bekalan elektrik sudah terputus dan dia terpaksa memecahkan pintu pagar automatik untuk keluar menyelamatkan diri.
        
“Memang keadaan gelap ketika itu, saya sedar kebakaran berlaku dan segera mengejutkan isteri dan anak-anak,” katanya.
        
Jelasnya, kebakaran turut menyebabkan kereta dan dua motosikal miliknya rosak terkena api marak dari rumah sebelah.
        
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan orang ramai pada jam 6.50 pagi.
        
Lima jentera bersama 42 anggota tiba di tempat kejadian lima minit selepas itu, api berjaya dikawal dalam tempoh 30 minit.
        
Beliau berkata, tiga kereta yang hangus termasuk jenis Honda CRV, Peugeot dan Audi.

Api dikatakan bermula dari bahagian depan dan marak membakar ketiga-tiga kereta berkenaan tetapi hanya bahagian depan rumah tingkat bawah dan atas kediaman dua tingkat yang hangus dalam kejadian itu.
        
“Bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian dan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan,” katanya.
        
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua memberitahu Sinar Harian, polis menolak wujudnya unsur khianat yang menyebabkan kejadian berlaku.
        
Beliau berkata, penghuni rumah memaklumkan ia berkemungkinan terjadi akibat masalah pendawaian yang berlaku di salah sebuah kenderaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 3-1-2014 02:48 PM
Elohim bayar cash aja, selayak nya lah. Bedah senyum sinis!
Quote fifie_olin 3-1-2014 02:57 PM
pakcik ni buat salah pe ...songlap duit rakyat gak ke
Quote BelovedTaeyeon 3-1-2014 02:59 PM
Salaam.

A'aa ek?

Apa dosa pakcik ni?
Quote kucingTomey 3-1-2014 03:00 PM
elohim x bayar cash tapi dengan ansuran bulanan....interest 2.9 ....tanpa rebat
Quote Kara 3-1-2014 03:03 PM
siapa tu tetek labuh??
Quote Babai 3-1-2014 03:08 PM
Lembu mana yang tulis ni? Bodoh benar.
Quote kudajantan77 3-1-2014 03:09 PM
kereta terbakar dalam kejadian macam ni boleh claim insurans tak?
Quote BurningTimes 3-1-2014 03:10 PM
selayaknyalah dik, memang Elohim sudah lama tulis di loh mahfuz resit bayaran cash ini.
tak perlu nak tunggu timbang di akhirat pelbagai, di buku bank pun beliau sudah siap cop lagi
Quote annehuda 3-1-2014 03:10 PM
wah seb baik tak tersebar ke rumah jiran. nampak marak gak api tu
Quote Sagun36 3-1-2014 03:22 PM
annehuda posted on 3-1-2014 03:10 PM
wah seb baik tak tersebar ke rumah jiran. nampak marak gak api tu

kenalah, kan jiran dia ckap kereta dgn motor dia kena sebab api marak smp rmh dia.
Quote sweetmi09 3-1-2014 03:23 PM
errrr... TT ke yang benar tek labuh tu..
Quote KelisaSilver 3-1-2014 03:24 PM
kenapa ngan pakcik ni?
Quote haryatie 3-1-2014 03:33 PM
kesiannyer..
sekejap jerk..hilang mcam tu..
bertabah la..tp x jadi masalah kut..dia org..org kaya2
insuran, saving..x abis makan
Quote mrseller 3-1-2014 03:40 PM
Gua buka pasal tetek labuh jer...pe citer bakar bakar lak ni..adusssss:@
Quote adm1n_car1 3-1-2014 03:43 PM
Abam speku Eloah x bayar cash,tapi jiran keling tu yg wat pedajal.
Quote little_sis 3-1-2014 03:58 PM
aku x paham nape title ada Tet*k labuh jer..
Quote tehherba 3-1-2014 04:06 PM


bayar cash apa. pelik lah aku.
Quote yenil95 3-1-2014 04:07 PM
Beliau berkata, penghuni rumah memaklumkan ia berkemungkinan terjadi akibat masalah pendawaian yang berlaku di salah sebuah kenderaan.




macam pelik jer ..
Quote prettyuglybabe 3-1-2014 04:09 PM
takziah.. mujur tiada yang hilang nyawa..

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.059410 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top