CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Detik Akhir Saddam Hussein Di Tali Gantung Oleh Tukang Gantung

8-1-2014 04:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16740| Komen: 33

Saddam Hussien, seorang bekas presiden Iraq yang mengakhiri kehidupannya di tali gantung pada tahun 2006 setelah di dakwa bersalah atas dakwaan kejahatan perang, kejahatan terhadap kemanusiaan, dan genosida. Pasti korang sudah pernah lihat gambar saat beliau di tali gantung, kini tukang gantung diktator tersebut mengkongsikan detik-detik akhir sewaktu saddam di tali gantung.




Mowaffak al-Rubaie duduk di pejabatnya dengan patung Saddam Hussein dibelakang, tali yang digunakan untuk menggantungnya melilit leher patung itu.


Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Iraq itu yang menyaksikan bekas diktator berkenaan dihukum gantung pada 2006, berkata, Saddam tabah hingga detik akhir kehidupannya dan tidak pernah kesal.

“Penjenayah? Benar. Pembunuh? Benar. Kejam? Benar. Tetapi dia tabah hingga ke akhir hayat,” kata Mowaffak.

“Saya menyambutnya di pintu. Tiada siapa masuk ke situ. Tiada warga asing dan tiada pegawai Amerika,” katanya. kepada media di pejabatnya di Kadhimiyah, utara Baghdad berdekatan penjara tempat hukuman itu dijalankan tujuh tahun lalu.

“Ketika saya membawanya masuk, tangannya yang bergari memegang al-Quran.

“Saddam yang memakai jaket dan kemeja putih kelihatan tenang dan bersahaja.

“Ada yang berkata dia pengsan. Ada yang kata dia diberi dadah. Tetapi sebenarnya tidak.

“Tiada tanda takut pada wajahnya. Tiada tanda kesal. Tiada doa mohon keampunan.

“Orang yang akan mati biasanya akan berkata, Tuhan, ampunkan dosaku. Tetapi Saddam tidak berkata demikian,” katanya.

“Saya membawanya ke kamar hakim dan senarai tuduhan dibacakan kepadanya. Saddam berkata: ‘Pergi mati dengan Amerika! Pergi mati dengan Israel! Hidup Palestin!”

Mowaffak kemudian membawa Saddam ke dalam bilik tempat hukuman dijalankan.

“Dia berhenti seketika, melihat bilik itu sebelum memandang saya.

Apabila tiba waktu hukuman, kakinya masih digari. Mowaffak dan beberapa kakitangan lain menariknya menaiki tangga.

Katanya, dia menarik tuil menggantung Saddam, tetapi tak berfungsi! Kemudian seorang lagi kakitangan menariknya untuk kali kedua dan barulah Saddam jatuh ke bawah pelantar dan mati.

Sebelum digantung, Saddam sempat mengucap syahadah.

“Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad…,” tetapi dia tidak sempat menghabiskannya.

“Dia melakukan begitu banyak jenayah dan dia patut digantung beribu kali,” kata Mowaffak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeMax 8-1-2014 02:36 PM
Setuju dia pengganas gred A
Quote surfinv 9-1-2014 12:51 AM
apa keganasan yang dia buat?
Quote AbukRokok 9-1-2014 07:13 AM
surfinv posted on 9-1-2014 12:51 AM
apa keganasan yang dia buat?

Pembunuhan beramai2 puak kurdish
pembunuhan puak shia
melancarkan serangan gas beracun
serangan keatas kuwait dan arob saudi
serangan keatas Iran selama 8 tahun (start dulu)






saddam baik orgnya sbb bunuh shia

Quote HannahMontana 9-1-2014 07:32 AM
propa sgt

gang syiah cukup takut dgn Saddanm

mulut lancang dan tindakan berani mati dia mmg sgt2 menakutkan Amerika ,bezanya ,

masa dia diburu atas sebab pengaruhnya berkurangan kerana pengaruh2 tu ditangkap dan dibunuh dan puak2 syiah di beri  senjata oleh amerika utk membuas

dan habis rakyat saddam dirogol dlm abu ghareb dan lelaki di didera oleh gang syiah...gang2 syiah yg rogol dan tentera us pun rogol


org yg sedar dia x bersalah xkan gentar sebab berani2 dgn manusia bila dgn kematian a.k.a Tuhan mana2 manusia metsi takut melainkan dia sgt bersedia utk mati.
Quote ais_kosong 9-1-2014 07:34 AM
ooooo leh tahan gak kekejaman beliau
Quote yanasan21 9-1-2014 07:39 AM
sbb tu la puak2 syiah berleluasa skg ni.......
Quote asher 9-1-2014 10:36 AM
tuhan jer yg tau sama ada dia benar2 salah atau tak..
Quote Artemesiaa 9-1-2014 10:47 AM
Seorang yang masih terus diperkatakan mengenainya walaupun dah meninggal
Quote fifie_olin 9-1-2014 01:19 PM
tu la aku pon konpius dia ni baik ke x sbnr nya....
Quote RedClip 9-1-2014 01:43 PM
ooo... baru aku tau
Quote alphawolf 9-1-2014 02:14 PM
Masa hidup mungkin dia diktator kejam tapi di saat kematian nampak tenang dan bersih aje air muka dia
Quote newyork 9-1-2014 02:39 PM
apa2 pun tgk lah Iraq skrg ni..hancuss teruss
Quote surfinv 9-1-2014 10:58 PM
Pembunuhan beramai2 puak kurdish
pembunuhan puak shia
melancarkan serangan gas beracun
serangan keatas kuwait dan arob saudi
serangan keatas Iran selama 8 tahun (start dulu)

itu la yg aku tau
dia mmg lancarkan perang

tapi kepada puak syiah
syiah ni kan puak islam yang menyeleweng
Quote sktg 9-1-2014 11:38 PM
Serah kan pd Allah. Jgn komen lebih2
Quote cikatilia 10-1-2014 08:42 AM
hanya Allah je tau sama ada dia baik atau jahat..


Quote Simunggu 10-1-2014 09:25 AM
Saddam dah nampak masalah syiah ini dari dulu lagi...malaysia baru nampak kesannya skg....

syiah ini nampak mcm yahudi dalam Islam....menghancurkan akidah dari dalam.....
Quote papadomku 10-1-2014 11:13 AM
aku pun confused dia ni baik ke jahat.
Quote kintan 10-1-2014 05:15 PM
semuga roh nyer di cucuri rahmat... al-fatihah

salah atau tidak hanya Allah yg mengetahui..
Quote paneytriton 10-1-2014 06:51 PM
Simunggu posted on 10-1-2014 09:25 AM
Saddam dah nampak masalah syiah ini dari dulu lagi...malaysia baru nampak kesannya skg....

syiah  ...

bukan nampak macam yahudi...memang yahudi pun..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.161960 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top