CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Institusi Wakaf Dan Zakat Kurang Bekesan Di Malaysia

8-1-2014 05:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5145| Komen: 14

Mohamad Sahar Mat Din



SHAH ALAM - Konsep Islam yang terbukti mampu menjana ekonomi negara, wakaf dan zakat dilihat kurang berkesan di Malaysia.

Kelemahan ini dikesan kerana tiada pelaksanaan yang menyeluruh dalam perkara itu.

Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Mohamad Sahar Mat Din berpendapat zakat dapat menyelesaikan masalah masyarakat manakala wakaf mampu membina tamadun.

"Kita kena belajar daripada sejarah. Mesir pun diselamatkan oleh wakaf Universiti Al-Azhar. Jadi, kita boleh lihat betapa kukuhnya institusi wakaf itu.

"Ingat yang membina tamadun itu wakaf. Zakat pula menyelesaikan masalah masyarakat. Tapi di negara kita wakaf dan zakat kurang berkesan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau menyarankan kerajaan menubuhkan institusi wakaf ekoran inisiatif kerajaan dilihat kurang dalam mengusahakan perkara tersebut selepas menyebutnya dalam bajet sebelum ini.

"Selain daripada satu entiti di bawah Johor Corporation (Jcorp), Wakaf Annur Corporation Berhad, kita ketandusan.

"Kerajaan tidak usahakan inisiatif Bajet 2013 sebelum ini yang ada sebut nak bangunkan wakaf korporat.

"Kerajaan perlu segera wujudkan institusi wakaf untuk selamatkan aset seperti Felda selain elak ketirisan," katanya.

Mengulas mengenai manfaat institusi wakaf, beliau menekankan melalui institusi wakaf beban kerajaan dapat diringankan.

"Beban kerajaan akan ringan. Perbelanjaan negara dah berpuluh tahun defisit. Kerajaan tanggung semua perkara.

"Jadi, apabila diagih tugas kepada institusi wakaf, ringanlah sedikit," katanya.

Malah menurutnya beberapa institusi seperti pendidikan juga perlu diwakafkan ekoran universiti di negara ini tiada usaha untuk menjana pendapatan sendiri.

"Universiti kita sekarang tak produktif. Ada tanah, bahan kajian dan bangunan tapi tak guna.

"Apa-apa minta daripada kerajaan. Jadi, kalau dah wakafkan, kerajaan tak perlu tanggung lagi," katanya.

Menyentuh soal situasi ekonomi negara, katanya tiada perubahan dalam sistem ekonomi meskipun transformasi sudah diuar-uarkan sejak dulu.

"Kalau ekonomi sekarang ini diteruskan... tak transformasi pun. Kita masih guna sistem lama, yang kaya terus kaya. Jurang antara kaya dan miskin makin jauh.

"Bank islamik di negara ini pun berorientasikan keuntungan. Kalau diwujudkan bank wakaf, boleh berikan margin yang lebih rendah daripada bank yang sekarang ini beri," katanya.


10

Bagus
8

Marah
26

Terkejut
3

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dualchicks 8-1-2014 02:47 PM
Bank Islam di Malaysia hanya dunia lakonan semata-mata...
Quote tobby 8-1-2014 03:03 PM
baru tau ka?
Quote unhas 8-1-2014 03:18 PM
setuju......
Quote kucingTomey 8-1-2014 03:28 PM
dulu lagi saya dah cakap pasal bende ni....saya bukan baca dari tenet,dengar org cakap..saya terlibat dengan hal2 sukarelawan bantuan pada golongan2 asnaf ni....pusat zakat tak de masa nak amek tahu hal2 asnaf ni....yang dorang tahu kita umumkan kutipan kita juta2 bilion2 ..kita buat kempem kesedaran bayar zakat...sambel muka pegawai agama tersebut mengharap dapat masuk syurga sebab dah bantu islam mesia mengumpulkan duit zakat yang berjuta.....

tapi bila nak agih kenapa susah??mana pergi duit bilion2 juta2 tu...??dulu saya pernah bagitahu dalam forum ci ni..tapi org tuduh saya macam nak hina islam....dekat mana saya hina islam pun tak tahu....ada budak belajar dekat u masa saya jumpa dia dekat warong ayah dia ...dia cakap pusat zakat macam tak ikhlas nak tolong je...macam2 mintak ...lepas tu proses lama...kadang2 kita pulak kena tepon dorang tanya status permohonan....lepas tu perangai org pusat zakat yang lepas tangan..ape salah dia memudahkan kerja org yang mohon zakat....kenapa bende ni terjadi dekat umat islam sedangkan mereka memegang harta amanah org islam...dan kenapa bila ada oihak gereja tolong...kita jadi marah...kita mengmuk...padahal salah kita sendiri....baru2 ni ada kes org islam melayu kurang upaya dibantu pihak bukan islam.....mana pergi maruah kita org islam ?...malulah sket wahai pusat zakat
Quote obelisk 8-1-2014 03:28 PM
tak ikhlas, tu puncanya sebenarnya.. term islamik hanya digunapakai untuk menutup kepentingan duniawi semata
Quote zzola 8-1-2014 04:19 PM

berbuih la mulut kamu
orang membebel kepada
parti pemerintah yang
sibuk dengan hal hal
perkauman lebih dari hal
keugamaan


masih tak nampak ?
Quote wickedcat 8-1-2014 04:22 PM
Islam kt mesia ni dh tenat...
Quote Al-Patih 8-1-2014 04:26 PM
cadangan ini nak buwek ..untuk pembelanjaan sendiri kot ...
Quote atai 8-1-2014 04:31 PM
time solat jemaat bersusun orang mintak derma..derma banjir la..derma buat masjid la..derma buat madrasah la..dorang ni tak refer pusat zakat ke..
Quote snipersnake 8-1-2014 04:53 PM
sepatutnya KPI Pusat Zakat ialah zakat disbursement, bukan zakat collection. bila diumumkan PKZ kutip billion, nampak sgt depa tak buat kerja. sepatutnya takder birokrasi dlm pengagihan zakat. pada saya, pkz memainkan peranan penting dlm aktiviti dakwah negara, bukannya en Amran Pekida Pipit . lagik satu, mana buleh senang2 laburkan kutipan zakat tanpa kebenaran orang ramai. saya pernah utarakan benda nih pada org pkz, sedap je depa kata sultan sebagai ketua agama islam benarkan. saya tanya balik, yg aku tau ketua agama islam sorang je, rasulullah. diam jek.

kalau zakat distribution nih adil dan bersungguh2, percayalah, org islam takder yg hidup susah dan sampai jadik hamba hutang bank. kalo nak meniaga misalnya, buleh2 je mintak zakat. nak belajar, mintak je zakat. lg satu, ada org pusat zakat kata, kalo nak tau bila amil agihkan zakat, kena selalu pi masjid. saya cakap balik, sepatutnya amil yg carik org miskin, bukan org miskin carik amil. zaman khalifah umar dulu, sampai umar sendiri carik org miskin.
Quote rikiruj 8-1-2014 05:08 PM
Depa spend more money for collection marketing than disbursement marketing... memang confirm ramai yang nak menipu nak dapatkan duit bantuan tapi pegawai kena la turun padang... kalau setakat tengok form & fokopi dokumen sekian2 takkan dapat hidu penipuan... kadang2 buat physical background check pun boleh kena tipu inikan lagi kalau tak buat... kena mantapkan disbursement team la..

Lagi satu aku rasa ramai fakir miskin tak tau pun pasal zakat ni.. ye lah nama pun fakir miskin, mana ada access to info & ada yg tak tau baca pun.. the only way is to find them, not expecting them to find you... macam budak bayar duit yuran pakai duit syilling tu.. zakat pun dia tak tau, nenek kerja partime basuh mana nak tau, atuk yg sakit lagi la tak tau.. Last edited by rikiruj on 8-1-2014 05:12 PM

Quote rikiruj 8-1-2014 05:18 PM
Dec 2013 hari tu zakat wilayah dah hantor surat peringatan + borang tambah potongan zakat.. bukan main efficient & pro-active. macam tau2 je gaji aku nak naik bulan Jan.. .. bole lah aku tambah tapi harap2 duit tu salur terus kat fakir miskin & asnaf... hari ni ambik dari gaji aku besok lusa dah sampai ke tangan orang yg emerlukan... bukan untuk korang bagi fund manager rolling dan buat long term investment...
Quote zzola 8-1-2014 05:35 PM


pura pura terkejut
sahaja lah dan
teruskan perjuangan
kamu orang dalam
memartabatkan institusi
melayu korup agar mereka
tetap berdiri teguh bukan


Quote Al-Patih 11-1-2014 05:25 AM
Apa yang PPZ dan Baitulmal buat?
Apa sebenarnya berlaku pada adik Nur Khatijah yang tidak mempunyai wang cukup oleh penjaganya membayar yuran sekolah KAFA yang menjadi bualan hangat masyarakat ketika ini selain dari kisah tuntutan Sultan Melaka.
Kenapa perkara sebegini boleh berlaku lagi sedangkan tiap bulan kita dipotong cukai pendapatan dan membayar zakat.Apa yang pihak PPZ dan Baitulmal buat? Adakah mereka hanya goyang kaki tunggu orang miskin datang ke pejabat mereka merayu untuk memohon bantuan?Bukankah tanggungjawab pegawai-pegawai yang berkenaan dari PPZ dan Baitulmal sepatutnya turun padang cuba mengesan warga miskin ini semua dengan melakukan bancian?.
Perkara begini sepatutnya tidak berlaku di mana kita semakin hampir menuju ke tahun 2020 di mana negara Malaysia akan menjadi negara maju.Pemerintah sepatutnya perlu lebih peka dengan masalah kemiskinan sebegini dan mengambil tindakan pro aktif iaitu turun padang dan kesan mereka-mereka ini untuk diberikan bantuan.
Bantuan kewangan yang diberi pula harus dikaji semula kerana mungkin sudah tidak relevan lagi disebabkan kenaikan kos sara hidup semakin mahal.Saya yakin bahawa pendapatan yang diperolehi dari PPZ dan dana diuruskan oleh Baitulmal amat mencukupi untuk diberi kepada mereka yang fakir miskin ini semua,saya juga yakin ramai anak-anak mereka mahukan dapatkan peluang pendidikan yang baik termasuklah harapan ibu-bapa dan penjaga mereka.
Harapan agar semua yang berkenaan dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka dengan baik dan jujur supaya perkara begini tidak berlaku lagi.Memang betul masyarakat setempat harus bantu golongan ini tetapi harus diingat bahawa apa fungsi sebenar dana yang dapat dipungut dari rakyat semua melalui PPZ dan Baitulmal?Saya juga yakin semua rakyat sedang mengalami kesempitan juga untuk membantu kerana semua sedang mengalami tekanan kos sara hidup mereka sendiri.
Akhir sekali,selamatkan Malaysia dari jadi sebuah negara miskin dari segi amanah dan kejujuran.
Syed Rosli ialah bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia 2013.
http://www.freemalaysiatoday.com

Last edited by Al-Patih on 11-1-2014 05:26 AM

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.075312 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top