CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Stesen Bas Jadi Rumah

9-1-2014 04:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6261| Komen: 40



ALOR SETAR - Seorang orang kurang upaya (OKU) yang turut menghidapi pelbagai penyakit merayu untuk mendapatkan tempat tinggal setelah beliau dan suaminya dihalau dari rumah sewa kerana gagal membayar sewa.

“Dah seminggu akak dan abang duduk dekat Stesen Bas Shahab Perdana lepas kena halau keluar dari rumah sewa. Sebelum ini akak menyewa di Kampung Aman Timur di Pokok Sena tapi terpaksa keluar kerana gagal membayar duit sewa selama dua bulan.

“Kami dah menyewa di situ selama tiga bulan. Sebulan kami perlu bayar RM200 tapi kami tak ada duit sebab akak tak boleh kerja dengan keadaan akak yang tak boleh melihat dan abang pula sudah berhenti kerja,” kata Sazlina Salleh, 38, ketika ditemui di stesen bas tersebut di sini semalam.

Beliau yang hilang penglihatan akibat menghidap diabetes turut menghidap penyakit darah tinggi.

“Bukan sahaja tak berumah, duit untuk makan pun kami tak ada. Kami hanya makan kalau ada orang yang sudi tolong kami, kalau tak ada kenalah tahan lapar sehingga esok,” kata Sazlina.

Suaminya Zainudin Zainun, 49, berharap ada pihak yang sudi membantu mereka mendapatkan rumah.

Beliau berkata sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai tukang kebun dan bekerja di kedai makan tetapi mengambil keputusan berhenti kerana mahu memberi perhatian kepada isterinya.

Zainudin berkata duit bantuan daripada Jabatan Zakat sebanyak RM400 dan Bantuan OKU Tak Bekerja daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 tidak mencukupi.

Penolong Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Kedah, Hassan Ahmad berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu dan mencari jalan  bagi membantu pasangan berkenaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 8-1-2014 04:47 PM
kesian plak bila baca kesusahan org ni.
Quote annehuda 8-1-2014 04:59 PM
mane pusat zakat??? mana baitulmal??? kutip zakat je tp kutipannye pegi mane???
Quote Irwan-Ahmad 8-1-2014 06:08 PM
takde anak ke,  atau dah ikut geng lepak rempit ke negeri lain
Quote lizaliza 8-1-2014 06:27 PM
annehuda posted on 8-1-2014 04:59 PM
mane pusat zakat??? mana baitulmal??? kutip zakat je tp kutipannye pegi mane???

Pusat zakat ada...
kat bulatan teluk wanjah kat bangg KWSP lama
pegawai zakat pulak sedang sibuk cek fail permohonan....
eerrr...tak der permohonan pun...camana nak bagi zakat..
gitu ler skrip deme tu

Quote mak_wa95 8-1-2014 08:49 PM
ala takat xnampak je..boleh urus diri lagi
perlu ke sampai berenti keje nak jaga isteri..
umo pun muda lagi...
Quote rdzaccess 8-1-2014 08:55 PM
permohonan zakat dalam pertimbangan ...
Quote arasham 8-1-2014 09:20 PM
  1. Zainudin berkata duit bantuan daripada Jabatan Zakat sebanyak RM400 dan Bantuan OKU Tak Bekerja daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 tidak mencukupi.
Copy the Code
Quote arasham 8-1-2014 09:21 PM
mak_wa95 posted on 8-1-2014 08:49 PM
ala takat xnampak je..boleh urus diri lagi
perlu ke sampai berenti keje nak jaga isteri..
umo pun  ...

kan..saya dah baca kat atas tu ada bantuan zakat n OKU..

Quote cmf_herrhughie 8-1-2014 09:23 PM
bukan ke ada org tidur bawah jambatan kat penang...tapi ni kedah?
Quote mak_wa95 8-1-2014 09:28 PM
arasham posted on 8-1-2014 09:21 PM
kan..saya dah baca kat atas tu ada bantuan zakat n OKU..

alasan...malas nak keje..
nak harap semua di bantu...oku dah dapat,,zakat pun dapat..
harap ada bagi rumah dia dok free pula...
Quote nebulagazer 8-1-2014 09:28 PM
Bengapnyela 150 je..dr dlu tak naik naik ke...arghhhh da la tax  kiri kanan depa  belakang...cmne org tu nk idup...bangang bahalol btol la
Quote chaintea 8-1-2014 10:32 PM
Inshaa Allah dh disebarkn..maka mncurah la bantuan nnti. Politician turun..tup tup dpt rumah n pekerjaan..
Quote little_sis 8-1-2014 10:44 PM
kesiannya x berumah.. harap2 ada yg sudi bantu utk buat sesuatu psl tempat tinggal ni, sedara mara ke..
Quote sahamboi 8-1-2014 10:53 PM
setakat rm400 dgn rm150 tu sebulan memang tak cukup pun. Sekarang ni kalau takde rm1.5k sebulan tu dikira miskin tegar tu bagi yg tiada tempat tinggal dan dalam kesakitan.

Jgn suka2 hina orang tu malas ke ape ke, kita tak tau sebab musababnya... Org miskin ni jarang nak bercerita pasal masalah diorg, tapi kebanyakan org sederhana dan org kaya memang suka bercerita pasal kesusahan mereka dan mendiamkan diri bila dapat hasil lebih, takut orang mintak ler tu....

Quote tinker_bell 8-1-2014 10:53 PM
dr bagi br1m dkt rmai org and duit rm100 dkt semua pelajar..better la bagi br1m rm500 tiap2 bulan kt pasangan mcm ni..krajaan kte ni knapa tolol sgt??anak org yg gaji 5 angka pon dpt rm100..dr bagi dkt org bduit..ptt lah bgik dkt org yg mmerlukn..rm100 tu takat makan sekali jah kt manhattan nun..tp untuk anak org susah byk ok..katanya belanja untuk lebih sebulan..
Quote anishacute 9-1-2014 02:46 AM
400+150 = rm550 - rm200 = rm350
Ok je kot.. sampai bila nak harapkan bantuan ye? Umo laki masih berdaya cari kerja lagi.. lain la kalo lakinya juga oku.
Quote GhostWalking 9-1-2014 08:31 AM
annehuda posted on 8-1-2014 04:59 PM
mane pusat zakat??? mana baitulmal??? kutip zakat je tp kutipannye pegi mane???

Derang tau goyang tolor jee
Quote nanliez 9-1-2014 08:55 AM
anishacute posted on 9-1-2014 02:46 AM
400+150 = rm550 - rm200 = rm350
Ok je kot.. sampai bila nak harapkan bantuan ye? Umo laki masih ber ...

betul tu..
suaminya pun masih sihat..
anak pula tak ada..
boleh sangat cari kerja..



Quote gogo2 9-1-2014 08:57 AM
Org susah camni. Tapi ada org yg mengeluh sbb takleh beli rumah mewah.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.218843 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top