Kuala Terengganu: Mahligai yang dibina selama 12 tahun akhirnya terputus angkara sihir ibu mentua. Itu nasib malang dialami seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Maznah, 38, dari bandar raya ini. Menurut Maznah, ibu mentuanya sanggup menjadikan anak lelakinya ibarat kekasih dengan memberi layanan ‘kelas pertama’ supaya dia cepat cemburu. Katanya, dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya kira-kira 12 tahun lalu, namun selepas tiga tahun melayari alam rumah tangga, ibu mentuanya mengambil alih peranan sebagai isteri. “Dia melayan suami tidak ubah seperti mereka pasangan kekasih dengan memberi panggilan manis kepada suami saya. “Walaupun mempunyai anak lain, ibu mentua tetap memberi lebih perhatian kepada suami dalam pelbagai hal,” katanya. Katanya, ibu mentuanya didakwa mengamalkan ilmu sihir bagi memisahkan dia dengan suami. Menurut Maznah, secara tidak sengaja melihat ibu mentuanya meludah ke dalam makanan yang dimasak sebelum diberi kepada suaminya, selain beras yang belum dimasak berada di bawah kangkangnya. “Dengan menggunakan ilmu sihir, ibu mentua sanggup menundukkan anaknya supaya mematuhi arahannya, mengakibatkan hidup kami sekeluarga kucar-kacir. “Sememangnya ibu mentua saya mempunyai ilmu kebatinan kerana pada usia 70 tahun dia mampu tampil dengan wajah seperti berusia 40 tahun,” katanya. Menurut Maznah, dia pernah melihat wajah sebenar ibu mentuanya ketika terlantar sakit dan mereka sekeluarga mengambil inisiatif mengerjakan solat hajat bagi memohon keselamatannya. “Namun usaha yang kami lakukan ketika itu dikatakan amalan karut oleh ibu mentua, sedangkan ia perbuatan yang tidak melanggar syarak. “Saya tidak tahu kenapa ibu mentua sanggup melakukan perbuatan memisahkan kami sekeluarga, sedangkan saya bersama suami tidak pernah menyakiti hatinya,” katanya. Menurutnya, dia menceritakan kisah itu sebagai renungan bersama dan untuk dijadikan iktibar dalam melayari alam rumah tangga kerana banyak berlaku perceraian akibat campur tangan orang ketiga. “Namun saya tetap memaafkan ibu mentua walaupun memusnahkan kehidupan berumah tangga yang dibina sejak 12 tahun lalu,” katanya.
|
5
Bagus |
11
Marah |
5
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
farah.noty posted on 12-1-2014 07:53 AM
umur dah 70 tapi berwajah mcm 40? wahhhh dah bole jadi model utk produk kak ton dah ni
kambeng_masam posted on 12-1-2014 07:50 AM
Variasari ke Mastika punya artikel nih?
kambeng_masam posted on 12-1-2014 10:01 AM
tang nasi kangkang tu bukan ke kena menangkang atas nasi yg masih panas2 berwap?
Tapi bila sebu ...
ADVERTISEMENT