CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kontroversi Afiq Muiz Tidak Jejas Imej Polis

23-1-2014 11:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19157| Komen: 45



PETALING JAYA: Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam memberitahu kontroversi yang melanda pelakon Afiq Muiz tidak menjejaskan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dia diberi kepercayaan memegang watak Inspektor polis dalam drama bersiri Gerak Khas musim baharu.


Yusof, 60, berkata, kontroversi Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 22, itu adalah berkaitan masalah peribadi dan tidak melibatkan kesalahan jenayah atau politik.


“Saya beri peluang kepada Afiq kerana saya percaya kepada bakat dia dan kontroversi yang dihadapinya adalah masalah peribadi dan perkara tersebut tidak menjejaskan imej pasukan polis.


“Jika nama yang sudah disenaraihitamkan oleh pihak PDRM, saya tidak akan ambil dia berlakon dalam produksi saya,” katanya kepada mStar Online .

Yusof berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pemilihan pelakon Afiq Muiz dalam drama kepolisan yang mementingkan imej bersih setiap pelakon bagi melambangkan agensi itu.


Pelakon Cinderella tersebut sebelum ini mencetuskan kontroversi berhubung pergaduhan dia dengan ibunya, Hasliza Mohd sehingga dikatakan sebagai anak derhaka.

Dalam pada itu, Yusof berkata, dia menyedari tentang kontroversi tersebut dan telah melakukan perbincangan dengan pihak RTM terlebih dahulu sebelum mengambil pelakon berkenaan menyertai Gerak Khas.

Sementara itu, Yusof berkata, dia juga banyak memberi nasihat kepada Afiq agar tidak terlalu mengikut perasaan terutama sekali berkaitan dengan ibu-bapa dan keluarga.

“Saya faham dengan perangai anak muda yang cepat panas baran dan cepat terasa hati itu, semasa penggambaran saya ada juga memberi nasihat kepadanya agar jangan berbuat demikian kepada keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata, bagi musim baharu ini, dia turut berharap anaknya iaitu Syamsul untuk tampil mengarahkan beberapa episod istimewa seperti yang pernah dijanjikan.

Beliau percaya, kerja tangan anaknya itu, bakal memberi kesan berbeza daripada episod biasa dan mampu menarik rating yang lebih tinggi.

“Dia (Syamsul) pernah berjanji dengan saya untuk buat satu siri istimewa dalam Gerak Khas ini, saya harap di tunaikan janji tersebut,” katanya.

Drama ini turut dibarisi pelakon popular Norman Hakim, Salina Saibi, Nizen Ayob, Shanorbiah Shamsir Alam, Zabri Ibrahim dan Mas Hidzir Khan.

Gerak Khas musim baharu akan mula ditayangkan pada 14 Februari depan setiap Jumaat, pukul 9 malam di TV2.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 23-1-2014 08:05 AM


Yusof Haslam (empat dari kanan) bersama barisan artis yang terlibat dalam Gerak Khas.

Quote tapibukanaku 23-1-2014 08:08 AM


BARISAN pelakon Gerak Khas musim baru.

“Sekalipun masih mengekalkan pelakon seperti Norman Hakim dengan watak Haris, C Kumaresan (Kumar) dan Salina Saibi (Salina), pembabitan bakat baru tetap wajar diketengahkan sebagai salah satu kelainan.

“Wajah baru dan masih segar dalam industri yang mendapat peluang menerajui drama Gerak Khas musim baru ini ialah Afiq Muiz sebagai Rosli, Nizen Ayob (Nizam), Shanorbiah Shamsir Alam (Tisya), Zabri Ibrahim (Zaidi) dan Mas Hidzir Khan (Kamal).
Quote maxim 23-1-2014 08:13 AM
mana senduk?
Quote annehuda 23-1-2014 08:14 AM
hidup lg gerak khas ni ye. plg tak boleh lupe wajib ade scene jalan2 smbl bercakap dlm citer ni
Quote tapibukanaku 23-1-2014 08:24 AM
maxim posted on 23-1-2014 08:13 AM
mana senduk?

senduk apa uols?
Quote sassy_girl82 23-1-2014 08:29 AM
bole la afiq ni bawa watak insp polis..dah la tinggi, tough..alah,polis pun ada mslh dgn parents jgk..
Quote Baiduri Othman 23-1-2014 08:30 AM
Zul Ariffin tak ada ke?
Quote achik2009 23-1-2014 08:35 AM
maxim posted on 23-1-2014 08:13 AM
mana senduk?

senduk kat dapur la....
Quote maxim 23-1-2014 08:37 AM
tapibukanaku posted on 23-1-2014 08:24 AM
senduk apa uols?

eina senduk
Quote tapibukanaku 23-1-2014 08:38 AM
maxim posted on 23-1-2014 08:37 AM
eina senduk

pegang senduk je kat rumah
Quote damian_lee 23-1-2014 08:41 AM
Releven lagi ke Gerak Khas neyh .... ????? .....
Quote tomet05 23-1-2014 09:13 AM
murah rejeki dtuk ys amek dia berlakon
Quote artcrime 23-1-2014 09:13 AM
annehuda posted on 23-1-2014 08:14 AM
hidup lg gerak khas ni ye.  plg tak boleh lupe wajib ade scene jalan2 smbl bercakap dlm citer n ...

hehehe.. baru terpikir tadi..
Quote epalgebuu 23-1-2014 09:15 AM
suka je aku nengok gerak khas ni
Quote BebeQ 23-1-2014 09:17 AM
i masih kompius muka dia ni dgn muka mr.arrogant.
Quote saGOO_Return 23-1-2014 09:30 AM
membasmi jenayah tanggungjawab bersamaaaa aaaaaaa
Quote budakshinchan 23-1-2014 10:33 AM
hope masokkan isu jenayah semasa.. dan cara panduan utk mengelakkan jenayah yak berkaitan.. ada elemen CSI.. jenayah koporat dan keparat.. org biasa atau org ternama.. jenayah x kira bangsa, agama, pankat ato rupa.. tp x yah la masukkan element polis kena kawen paksa pastu lelama sukaaaa
Quote RatuDunia94 23-1-2014 10:33 AM


yg kiri sekali tu Hisyam Hamid ke a.k.a Harith? mcm muka dia je...



btw, aku kire membesar dgn siri drama gerak Khas ni jugak.. dulu masa sekolah rendah mmg cite ni tgh pemes.. sampaikan Abby & Ac Mizal menang pelakon TV Popular gitu.. yg aku ingat kat sekolah kalau cikgu tanye pasal cite2 rata ckp nak jd polis.. masa tu pun mmg ramai yg nak jd polis.. kuat pengaruh cite ni... tp tu la cite ni skrip lbh kurang sama.. org jd bosan..

mula2 cite tayang la scene kelab malam pastu pompuan/lelaki berjalan menuju ke kereta pastu kena culik & mati kena bunuh...pastu terus ke scene di pejabat bukit aman pepagi buta inspektor2 atau sarjan baru masuk pejabat & berbual sesama sendiri dgn dialog sebegini "saya dengar malam td ada kes seorang perempuan mati dibunuh, mangsa didapati dibunuh selepas pulang dr kelab malam... motif pembunuhan masih dlm siasatan.. saya dan inspektor _______ akan ke lokasi kejadian.. sarjan sila kumpulkan barang2 bukti untuk siasatan lanjut"....pastu muncul scene 2 org inspektor keluar dr pejabat berbual sambil berjalan menuruni tangga membincangkan tentang kes jenayah yg sedang berlaku... then terus ke scene di tempat kejadian.. inspektor tengok2 mayat sambil berbincang dgn rakan sekerja & org atasan.. tuan mangsa didapati dirogol sebelum dibunuh..terdapat juga kesan lebam & luka pada badan mangsa... motif pembunuhan adalah dendam.... lalu c pihak atasan menjawab, baiklah saya arahkan awak & inspektor _______ pergi ke rumah mangsa utk dapatkan maklumat.... selepas hampir 40 minit jalan cerita... muncul la scene pegawai polis ketuk pintu rumah sambil menunjukkan kan kad "kami polis anda ditahan kerana disyaki terlibat kes sekian..sekian..."... kalau gempak sikit pun ada la scene kejar mengejar atau tembak menembak dgn tertuduh... pastu scene dlm bilik soal siasat pulak.. tertuduh disoal dgn soalan yg basic2 seperti "apakah hubungan anda dgn mangsa, dan bilakah kali terkahir anda menghubungi mangsa dan bla bla bla.... then di akhir 10 minit cerita tertuduh didapati bersalah sambil tayang gambar tertuduh dibawa keluar dr mahkamah sambil bergari... pastu balik semula ke scene pejabat di mana inspektor mazlan mengusik inspektor aliza dgn loghat nogori nye tu.. pastu dua org sarjan india & china pun join sekaki sambil perli2 inspektor aliza...inspektor aliza pun tersenyum2 malu.. then keluar la lagu Gerak2 khas... Gerak2 khassss.. Gerak2 khassssssss asssssss...." HABIS!

Quote dejure 23-1-2014 10:59 AM
Dato x nk oper Ustajah Arbaiyah ke?br nmpk islamik ckit..hihi

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.052057 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top