CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Plus: 1.5 Juta Kenderaan Balik Kampung CNY

28-1-2014 12:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6015| Komen: 25


KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meminta orang ramai merancang perjalanan pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihaknya.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad Mohammad Fuad Khusairi berkata, ini kerana sebanyak 1.5 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara-elatan setiap hari menjelang cuti perayaan itu nanti.

Jumlah itu juga merupakan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari pada hari biasa.

"TTA dikeluarkan untuk mengelak mereka menuju ke destinasi secara serentak selain mengagihkan trafik," katanya pada taklimat mengenai TTA sempena perayaan Tahun Baru Cina 2014 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid.

Berdasarkan TTA, pengguna yang menuju ke Johor, Perak Utara dan Bandaraya Melaka dan Jasin (Melaka) dari Lembah Klang pada 29 hingga 31 Jan ini disaran memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sekitar 6 pagi hingga 1 petang.

Mohammad Fuad berkata, pengguna ke destinasi seperti Perak Tengah, Alor Gajah (Melaka), Perak Selatan dan Negeri Sembilan pula dinasihatkan memulakan perjalanan antara 1 petang hingga malam.

"Untuk pulang ke Lembah Klang iaitu antara 1 dan 9 Feb, PLUS sarankan orang ramai bergerak seawal 6 pagi hingga 2 petang bagi kawasan seperti Johor, Alor Gajah (Melaka), Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Tengah," katanya.

Perjalanan dari Perak Utara, Perak Selatan, Melaka (Jasin dan Bandaraya Melaka) serta Negeri Sembilan ke Lembah Klang pula antara 6 petang dan 12 tengah malam, katanya.

PLUS juga mengambil langkah lain untuk membantu melancarkan perjalanan orang ramai termasuk membuka lebih 1,100 kaunter tol untuk memudahkan urusan pembayaran tol.

PLUS juga menempatkan lebih 3,200 kakitangan tambahan di semua plaza tolnya, menugaskan 171 pasukan PLUSRonda membuat rondaan 24 jam sehari di lebuh raya, memantau pergerakan trafik melalui bantuan PLUSLine serta menghentikan seketika kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya.

Maklumat terkini mengenai trafik sempena Tahun Baharu Cina boleh diperoleh menerusi laman Twitter www.twitter.com/plustrafik, talian bebas tol PLUSLine 1800-88-0000 dan papan tanda elektronik PLUS yang dipasang di lokasi-lokasi terpilih.

Terdahulu, Mohammad Fuad memperkenalkan aplikasi pintar "PLUS Mobile Apps' untuk pengguna lebuh raya yang boleh dimuat turun secara percuma melalui 'Google Play Store' bagi mengguna gajet Android dan 'App Store' untuk pengguna iPhone/iPad.

Aplikasi itu yang dibangunkan sejak setahun lepas, bertujuan menyalur maklumat trafik lebih pantas, mudah serta jelas. 

4

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 27-1-2014 10:22 PM
aku tak balik kampung CNY ni
Quote Al-Patih 28-1-2014 07:53 AM
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meminta orang ramai merancang perjalanan pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihaknya.Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad Mohammad Fuad Khusairi berkata, ini kerana sebanyak 1.5 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara-elatan setiap hari menjelang cuti perayaan itu nanti.

PLUS Perkenal Sistem Aplikasi Telefon Pintar
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=782764
PLUS Perkenal Sistem Aplikasi Telefon Pintar - Bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan memudahkan pengguna merancang perjalanan mereka, syarikat konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, Plus Expressways Berhad memperkenalkan sistem aplikasi telefon pintar, 'Plus Expressways'.
dan dan ado keluar bondo ni .....
Quote Dunhill. 28-1-2014 09:59 AM
Jawa johor balik indon
Quote mybluegetz 28-1-2014 10:05 AM
sehari 1.2 juta average guna PLUS

katakan average guna rm20x1.2juta=RM24Juta

RM24Juta x 30hari x 12 bulan = RM8.64 Billion setahun

Mahu naik tol lg?

Quote R2D2 28-1-2014 10:08 AM
hari ni jalan lenggang sikit
Quote blackred99 28-1-2014 10:09 AM
kena balik mlm.
Quote harimau76 28-1-2014 10:14 AM
tiap2 tahun dok kuarkan menda yg sama ja.. brp percent la yg nak ikut jadual dorang tu...takder perubahan langsung.. cuba la carik option yg lebih bagus...
Quote carly_lah 28-1-2014 10:17 AM
carly antara penyumbang statistik tersebut....
Quote mamasaffiya 28-1-2014 10:20 AM
sekolah banyak cuti awal .. mcm sekolah anak2 saya hari Khamis 30hb dah cuti
tp cuti CNY ni memang tak ke mana2 pun
duduk rehat kat rumah ajelah
tak payah nak sesak2kan diri kat hiway
tahun lps balik Kedah time CNY
pukul 8 pagi dari KL smpai kedah 7 malam
R&R ke hentian sebelah semuanya penuh
Quote R2D2 28-1-2014 10:21 AM
bersedia hadapi jem teruk extra 3 jam dari masa perjalanan biasa
Quote Anden 28-1-2014 10:23 AM
mybluegetz posted on 28-1-2014 10:05 AM
sehari 1.2 juta average guna PLUS

katakan average guna rm20x1.2juta=RM24Juta

Kena tolak bayar kat sorang2 kroni..umngok...berapa je yg tinggal
Quote Anden 28-1-2014 10:23 AM
Penang..dah start jem...semua cina luar balik kandang
Quote MengkuduMasam 28-1-2014 10:26 AM

PLUS: 1.5 kenderaan balik kampung CNY Khamis ni .


tajuk tertinggal perkataan JUTA....
Quote R2D2 28-1-2014 11:10 AM
MengkuduMasam posted on 28-1-2014 10:26 AM
tajuk tertinggal perkataan JUTA....

TQ. noted
Quote Bell 28-1-2014 11:27 AM
Aku balik Alor Star khamis petang. memuga tak jemm...
Quote R2D2 28-1-2014 11:27 AM
Quote kluangman 28-1-2014 11:29 AM
mybluegetz posted on 28-1-2014 10:05 AM
sehari 1.2 juta average guna PLUS

katakan average guna rm20x1.2juta=RM24Juta

Jgn Bimbo sangat.
PLUS tak terlibat dalam kenaikan harga sebab EPF dah beli.
Maksudnya kebanyakan rakyat Malaysia yg makan gaji merupakan pemilik PLUS.
Hasil keuntungan PLUS sedikit sebanyak dapat jugak ke rakyat Malaysia

Kecuali tokey-tokey besat, warga asing dan yg malas taknak kerja.
Quote rashiman 28-1-2014 11:41 AM
Anden posted on 28-1-2014 10:23 AM
Kena tolak bayar kat sorang2 kroni..umngok...berapa je yg tinggal

49% saham PLUS milik KWSP.
bayar tol kat PLUS , keuntungan dpt kat KWSP, lepas tu diagihkan kat pencarum KWSP.
Lepas tu...pencarum KWSP guna lebuhraya PLUS...begitulah seterusnya...
Quote saGOO_Return 28-1-2014 11:53 AM
harap2 dorg x beraya kt cameron ke genting ke..town ke...
soping mall ke...

g beraye kt umah je dah laaa

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.315516 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top