CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Artis 90an Aishah Disamun Di Lampu Isyarat !

29-1-2014 10:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12550| Komen: 100



Ampang: Penyanyi wanita popular era 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah berusia 48 tahun kerugian lebih RM1,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 9.15 malam itu, dua lelaki menaiki motosikal dilapor memecahkan cermin bahagian penumpang kereta jenis Mercedes Benz milik penyanyi terbabit sebelum melarikan beg tangan mangsa.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berhampiran bersama anaknya dilapor memberhentikan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar merah.

Katanya, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki kemudian berhenti bersebelahan kereta milik mangsa sebelum pemboncengnya memecahkan cermin penumpang dipercayai menggunakan topi keledar.

“Suspek  merampas beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang,” katanya.     Menurutnya, hasil siasatan awal dilakukan pihak berkuasa mendapati penyanyi itu tidak mengecam wajah kedua-dua suspek.

“Malah, polis yang melakukan pemeriksaan di tempat  kejadian juga dilaporkan tidak mempunyai petunjuk jelas mengenai kejadian itu apabila semakan mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di persimpangan lampu isyarat berkenaan tidak berfungsi,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa juga gagal mendapatkan saksi bebas  mengecam dua penjenayah terbabit tetapi siasatan lanjut masih dilakukan.

Difahamkan, penyanyi berkenaan dan anaknya tidak cedera dalam kejadian itu.    Beliau berkata, selain wang tunai RM1,000, kad pengenalan, lesen memandu dan kad kredit milik mangsa  dilarikan penjenayah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dilakukan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 29-1-2014 06:50 AM
Suspek  merampas beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang,

kenapolah ...lotak tompek duduk penumpang ...
Quote nurul_akmar 29-1-2014 06:58 AM
20x dah bg nasihat jgn letak handbag dekat kerusi penumpang. still ada yg x dgr kata lg
Quote peYno 29-1-2014 07:05 AM
melayu la tu
Quote tongkatwaran75 29-1-2014 07:28 AM
Al-Patih posted on 29-1-2014 06:50 AM
kenapolah ...lotak tompek duduk penumpang ...


tu la pasal...
tapi mmg pantang terleka, pencuri mmg cekap...

Quote pelukis.plan 29-1-2014 07:31 AM
habis la duit upah bagi ceramah..
Quote Bell 29-1-2014 07:52 AM
Dah berapa ribu kali benda mcm nie berlaku tp tak pernah nak belajar. Bubuh beg tgn di tempat duduk penumpang mcm kasi lauk kat kucing laa...
Quote xtahumenahu 29-1-2014 07:53 AM
cctv x berfungsi???bagussssss
Quote blackred99 29-1-2014 08:30 AM
malas nak ckp pasal handbag ni, tak baca berita ke aisyah ni?
Quote tobby 29-1-2014 08:45 AM
blackred99 posted on 29-1-2014 08:30 AM
malas nak ckp pasal handbag ni, tak baca berita ke aisyah ni?

fokus hari ni menyalahkan org awam sbb tak ubah cara hidup instead of nak banteras jenayah.

why la ummah don't tell those fella don't be peragut! why la we are force to change our lifestyle with a small number of culprit . same as the warning in bus & lrt. Beware of pick pocket! why they don't put signage let catch the pick pocket & belasah them till nyawa2 ikan?

Quote cmf_kunyit 29-1-2014 08:48 AM
asal bila buat laporan polis je, mesti cctv rosak dan tak berfungsi...adoiii..
Quote Czaziq 29-1-2014 08:48 AM
kesian aishah...harap bertabah
Quote kaseh80 29-1-2014 08:50 AM
hati hati kat jln ampang

pernah tgk kejadian yg sama dua kali di jln ampang

smpai takut nak lalu kat ampang ni
Quote munchkin 29-1-2014 08:53 AM
Tajziah kpd beliau. Tak silap dulu mizz nina pun kena kat lampu isyarat kat ampang juga
Quote blackred99 29-1-2014 08:53 AM
tobby posted on 29-1-2014 08:45 AM
fokus hari ni menyalahkan org awam sbb tak ubah cara hidup instead of nak banteras jenayah.

why ...

bukan kita salahkan orang awam, tapi kita pun leh baca cerita macam ni selalu kan, kalo kita pentingkan keselamatan dan takmo jadi mangsa mudah pencurik, kita kena aware la sket, jumlah pencurik peragut semua pun bukan semakin berkurang kat negara ni. at least kita amek langkah berjaga2 la, kalo kita nak tangkap mmg tak mampu, bukan kerja kita pun.

tapi artis bukan ke cermin kereta tinted?
Quote tobby 29-1-2014 08:56 AM
blackred99 posted on 29-1-2014 08:53 AM
bukan kita salahkan orang awam, tapi kita pun leh baca cerita macam ni selalu kan, kalo kita penti ...

patut kempen tukar kerajaan yg ada sbb gagal banteras jenayah.
Quote CincinKristal 29-1-2014 09:05 AM
sendiri salah ler tuh....
Quote poyohabis 29-1-2014 09:07 AM
Biasa la perempuan beli handbag pon ribu2 berjenama mn leh letak kat tempat tersorok syg nanti rosak handbag tu..
Quote novlin 29-1-2014 09:09 AM
tobby posted on 29-1-2014 08:45 AM
fokus hari ni menyalahkan org awam sbb tak ubah cara hidup instead of nak banteras jenayah.

why ...

stuju sesgt...

aku rasa rerata kita ni dh puas dh berhati2... mcm2 usaha dibuat sbb tak nak kena samun rompak bagai... jenuh dh org dok hantar keter ke kedai cermin utk buat window glass protector... sedia kan kayu besbol or steering lock dlm keter utk hantam penyangak... pepper spray for ladies... kalo kat rumah tu pasang 2 3 cctv... pagar tinggi mcm penjara... pintu tingkap pasang grill, solex sikit punya gedabak... srupa dok dlm penjara... balik2 kita plak yg kena extra hehati... penyangak makin lama makin melambak... so apa initiatif pihak berkuasa utk kurangkan jenayah samun bagai ni
Quote biggirlduncry 29-1-2014 09:09 AM
ayoyo, lagi2 letak itu beg atas krusi penumpang..
kak esah oii..

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.080338 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top