CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pelan Damai Antara Anwar Ibrahim Dengan Datuk Seri Najib

30-1-2014 11:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7691| Komen: 37

Pelan Damai Antara Anwar Ibrahim Dengan Datuk Seri Najib



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mempertimbang cadangan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Barisan Nasional untuk bekerjasama dan bermuafakat ke arah ‘pelan damai’, dengan berunding bersama Jemaah Menteri.



Perdana Menteri berkata yang penting ialah negara sentiasa aman dan dapat menentukan kesejahteraan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.
“Biarlah saya berunding perkara ini dengan Jemaah Menteri nanti.


“Apapun ideologi politik atau kefahaman politik, yang penting kita bertindak mengikut lunas undang-undang dan menjaga sensitiviti kaum, agama dan menghormati hak masing-masing berlandaskan prinsip Perlembagaan negara dan undang-undang peringkat pusat dan negeri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress’ di sini hari ini.



Beliau berkata demikian ketika mengulas tawaran Anwar Ahad lepas yang dilaporkan mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.


Najib juga berkata selepas pilihan raya umum lalu, beliau telah membangkitkan mengenai permuafakatan nasional dan apabila pilihan raya selesai, kedua-dua pihak mesti menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat.



“Itu sebagai prasyarat untuk mencapai permuafakatan nasional tetapi kita tahu pihak pembangkang tidak mahu menerima keputusan tersebut yang telah membuat perhimpunan dan terus menuduh kita membuat penipuan melibatkan kononnya 40,000 pengundi warga Bangladesh. “Semuanya jelas terbukti fitnah dan tidak ada asas sama sekali. Sekarang timbul pula cadangan yang kita telah buat pada peringkat awal,” katanya.




1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anishacute 29-1-2014 05:40 PM
Hrmmm ape plak la kali ni...
Quote a_gen2 29-1-2014 05:42 PM




Quote hyie 29-1-2014 05:43 PM
drama drama drama
Quote kodokbawang 29-1-2014 05:44 PM
Errrrrrrrr...terkesima biler aku baca topik ni...adakah bakal menjadik kenyataan atau sekadar pentas samdiwara...
Quote munchkin 29-1-2014 06:04 PM
Ada kena mengena ngan dia nak bertanding ke?
Quote alesandra 29-1-2014 06:15 PM
munchkin posted on 29-1-2014 06:04 PM
Ada kena mengena ngan dia nak bertanding ke?

ade kot.aku ade baca kat artikel mana tah malaysiakini kot...rafizi kata anwar bertanding kat seat kajang antaranya nak menyelamatkan kerajaan PR selangor dari umno kalau najib jatuh.ini hanya metaphor je kotade kesinambungan kot citer neh  kat thread yg lagi yg najib sendiri dapat tekanan hebat nak ditendang dari UMNO sendiri



Quote munchkin 29-1-2014 06:19 PM
alesandra posted on 29-1-2014 06:15 PM
ade kot.aku ade baca kat artikel mana tah malaysiakini kot...rafizi kata anwar bertanding kat seat ...

I see. I see.
Quote abgboroi 29-1-2014 06:32 PM
apa kegilaan ni? sekejap plan damai...sekejap lagi ajak najib bertanding pulak...
Quote munchkin 29-1-2014 07:13 PM
abgboroi posted on 29-1-2014 06:32 PM
apa kegilaan ni? sekejap plan damai...sekejap lagi ajak najib bertanding pulak...

Hard to trust honesty of an inconsistent person.
Quote munchkin 29-1-2014 07:14 PM
Sekejap damai. Kat thread mana ntah tadi tulis 'lawan' kat twitter. Pembulit punya olang.
Quote abgboroi 29-1-2014 07:22 PM
munchkin posted on 29-1-2014 07:13 PM
Hard to trust honesty of an inconsistent person.

betul ker jadi MB boleh tawan putrajaya?  cer citer sikit....aku pun nak tahu...
Quote munchkin 29-1-2014 07:53 PM
abgboroi posted on 29-1-2014 07:22 PM
betul ker jadi MB boleh tawan putrajaya?  cer citer sikit....aku pun nak tahu...

Kata azmin ni strategi. Tak tahulah.
Quote alesandra 29-1-2014 09:23 PM
abgboroi posted on 29-1-2014 06:32 PM
apa kegilaan ni? sekejap plan damai...sekejap lagi ajak najib bertanding pulak...

takde gilanya  so called pelan damai neh.satu strategi biasa je..dlm bahasa mudah nk paham.. masing2 ade tekanan,masalah dalaman parti masing2.so.. ko tak kacau aku.aku tak kacau engkau..tekanan dari parti sendiri lagi kritikal dan sakit daripada tekanan dari pihak lawan.terutama najib la.silap haribulan ...rosmah jadi ex first lady la jawabnyaanwar cuma nak kata kalau tanak susah.. BN jgn bertanding di kajang atau bagi dia menang  free.sbb kalo bn tak bertanding tak semestinya calon bebas bukan proxy bn kann?mungkin aku terlepas pandang....tapi so far aku belum nampak lagi menteri kanan atau najib sendiri attack giler2 PKR psl hal kajang neh.yg byk kritik puak2 PR sendiri ngan taraf macai2 bn je byk.nampaknya ade respon yg positif dari najib.
Quote JokesCop 29-1-2014 09:59 PM
Adakah aku sorang je rase plan nie too obvious?

Memule ajak pelan damai, then bertanding kerusi dun.. BN akan menunjukkan resistance, ble anwar menang dun, die akan ambik jawatan menteri besar.. Khalid plak senang2 nak kasik seat beliau, sgtlah sesuatu..

Then, anwar menang menteri besar, pelan damai akan di push ke arah BN, and BN accept, after beberapa diskusi, anwar akan umum PKR join BN..

Malaysia jatuh kat state of emergency, rusuhan dimana2.. And anwar dan najib akan cube settlekan emergency nie utk tarik balik kepercayaan rakyat..

Adakah nie sume conspiracy theory didalangi Pak Lah yg membebaskan anwar tanpa sebab?

Hahahaha, adakah aku terlalu membaca? Wait and see..
Quote KUDABELANG 29-1-2014 10:05 PM
najib dh nk lost baru la nak damai...berenti jelah pak jib....perabis duit kjaan je naggung bini
Quote sahamboi 29-1-2014 10:44 PM
Ni pelan damai nak backup najib. Aku rasa takde ape yang nak di damaikan. Biasalah kerajaan buat silap pembabgkang mesti bangkang... ini semua nak damaikan tembolok sendiri je...
Quote Acong 29-1-2014 11:15 PM
anwar akan serahkan selangor kpd najib


Quote MomoKuntau 31-1-2014 03:04 PM
hmmmmm.. si cunning face ni??? boleh ke dia berdamai?
Quote SUHA 31-1-2014 11:15 PM
Kalau boleh buat pelan damai biarlah memberikan keuntungan maksima kepada Rakyat dulu... Baru tgk yang lain2. Kalau takde transparensi sama juga mcm skrg..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.150241 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top