CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nelayan Hanyut Di Lautan Lebih Setahun

4-2-2014 11:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10863| Komen: 69


ALBARENGO dibantu seorang jururawat lelaki semasa dia tiba di Majuro semalam. 

MAJURO, Kepulauan Marshall - Seorang nelayan El Salvador yang terkandas di laut bersyukur kepada Tuhan kerana dia masih hidup sejurus tiba dengan sebuah bot polis di sini semalam setelah dia hanyut di atas bot lebih setahun.

Nelayan berusia 37 tahun itu, Jose Salvador Albarengo berkata, dia minum darah penyu dan menangkap ikan dan memakannya mentah- mentah serta burung dengan tangan kosong untuk terus hidup.

Albarengo memberitahu pemberita akhbar MailOnline, dia juga meminum air kencingnya sendiri kerana ketiadaan air bersih.

Albarengo ditemui dalam keadaan kusut masai dan berambut panjang di sebuah pulau terumbu karang dekat sini pada Khamis lalu. Dia dipercayai hanyut selama 16 bulan.

Dua orang lelaki menemuinya selepas bot Albarengo sepanjang 7.3 meter terdampar di pulau tersebut yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Ebon Atoll.

Dia kemudian dihantar ke sini dengan menaiki sebuah bot polis.

Wajah nelayan itu mirip aktor Tom Hanks yang berjambang semasa dia berlakon dalam filem Cast Away yang ditayangkan pada tahun 2000.

Dalam cerita itu, Hanks yang berlakon sebagai seorang kakitangan syarikat penghantar surat dan bungkusan, terdampar di sebuah pulau di Lautan Pasifik selepas pesawat yang dinaikinya terhempas.

Albarengo memberitahu pihak berkuasa, dia keluar belayar untuk menangkap ikan jerung pada penghujung Disember 2012 dari Mexico yang terletak sekitar 10,000 kilometer dari sini.

Namun, dia dan seorang rakannya yang berusia antara 15 hingga 18 tahun telah dihanyutkan ombak selepas bot yang dinaikinya ditiup angin dan mereka kemudiannya sesat di lautan.

Namun, rakannya itu telah meninggal dunia sebulan selepas mereka hanyut di lautan.

Seorang pembikin filem yang berpangkalan di sini, Jack Nieden- thal memberitahu agensi berita Reuters, Albarengo turun dari bot tersebut dengan mukanya dipenuhi janggut.

"Dia mengalami kesukaran untuk berjalan, kedua-dua kakinya amat kurus. Saya tidak bersedia untuk menganggap kisahnya itu sebagai satu penipuan," tambahya.

Seorang jururawat lelaki kemudian membantunya menuruni tangga bot tersebut sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani rawatan.

"Dia sepatutnya keluar menangkap ikan selama sehari sahaja tetapi dihanyutkan ombak akibat tiupan angin utara," kata Duta Amerika Syarikat (AS) ke Kepulauan Marshall, Tom Armbruster kepada media.

Nelayan itu memberitahu Armbruster, dia berasal dari El Salva- dor tetapi telah menetap di Mexico selama 15 tahun.

Armbruster menjadi penterjamah kerana nelayan tersebut hanya boleh berbahasa Sepanyol.

Nelayan itu tinggal di Tapachula dekat sempadan Mexico dengan Guatemala dan bekerja untuk syarikat Camoronera Dela Costa.

Albarengo berkata, dia mahu menghubungi keluarganya iaitu isteri dan seorang anak perempuan- nya di El Salvador.

Namun begitu, dia tidak dapat mengingati nombor telefon rumahnya itu.

Edidor Marshall Islands Journal, Giff Johnson berkata, semasa ditemui dua orang penduduk, nela- yan tersebut hanya memakai sepasang seluar dalam.

Menurutnya, terdapat air di dalam bot gentian kaca yang dinaiki- nya itu.

Ketua Imigresen Kepulauan Marshall, Damien Jacklick berkata, pihak berkuasa akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripadanya.

Menurutnya, Jabatan Luar kepulauan itu merancang untuk menghubungi beberapa pegawai di luar negara bagi membolehkan dia dihantar pulang.

Namun, nelayan itu menyatakan, dia tidak dapat mengingati semua kejadian yang berlaku semasa botnya hanyut. 

7

Bagus
25

Marah
2

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lucky_peace 4-2-2014 10:42 AM
dasyatnya... bertuah betol dapat survive keadaan extreme camtu....
Quote intriQue 4-2-2014 10:45 AM
kalau belum ajal.......
Quote cunnye 4-2-2014 10:46 AM
uish... giler la... seminggu pun dah hazab rasanya.. die smpi 16bulan
Quote shamsadis 4-2-2014 10:46 AM
perghhhhh hebat
Quote xtahumenahu 4-2-2014 10:47 AM
org biasa buat filem based on true story...ni dah ada filem baru jadik...xleh jd modal laaa
Quote Perkele 4-2-2014 10:47 AM
semangat nak hidop yg sgt tinggi !
Quote queen_aurora 4-2-2014 10:50 AM
wahhh ... keliru aku dia masih idop ...
Quote genchi 4-2-2014 10:54 AM
erkkk cara tuk survive dia sgt menggelikan tekak.. tp smangat idop dia mmg tinggi..
dia sggp mkn apa saja yang ada.. dmi tuk trus idop.. msti byk pngalaman dia.. sonot kalo soh dia bercerita ni
cuma bab mknn tayah cite kot huhuh geli
Quote wanzulina 4-2-2014 10:56 AM
Kesian. dan mmg ajal dia belum sampai.
Quote qislea 4-2-2014 10:57 AM
kesiannya....sampai minum air kencing sendiri,darah penyu utk survive....semangat dia utk terus hidup sangat tinggi..
tapi rupa dia dh tak mcm 37 tahun...dh mcm 60 tahun pulak..
Quote pittjie 4-2-2014 10:57 AM
fuhhh. kalah la rekod Pi. bravo la brader ni. semangat survival dia sgt tinggi dan mengkagumkan la. tapi dia terdampar kat pulau kut kan. tak la macam cerita Life Of Pi tu yang hanyut dan hanyut je. stop kat pulau pun just one night.
Quote hanakikan 4-2-2014 11:05 AM
Life of pi pun x sampai setahun. 200+hari jer.
Quote azharuchan 4-2-2014 11:10 AM
cast away...best cite tu..
Quote Nape?Tak caye? 4-2-2014 11:18 AM
cam cerita arrow
Quote Nape?Tak caye? 4-2-2014 11:19 AM
entah entah rakanya di makan sama
Quote dahliateck 4-2-2014 11:21 AM
survivornya dia, kagum dgn semangat juang dia, kalau iols mau seminggu dah serender

hebat dr pi
Quote supernaturalee 4-2-2014 11:23 AM
jgn kwn yg mati tu die pi melantak jgk sudah


ni baru btl cast away/lost
Quote ell768 4-2-2014 11:25 AM
perrghhh...setahun..cekal betul dia..sorang2 pulak tu...
Quote fazzrules 4-2-2014 11:26 AM
masyuk la mamat ni pasni bila ada director nak wat film berdasarkan pengalaman dia...

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.120827 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top