CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Juta Pendatang Asing Di Malaysia, Hanya 3 Ribu Berjaya Ditahan

4-2-2014 04:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7603| Komen: 31

Gambar fail pada 21 Jan antara pendatang tanpa izin warganegara Bangladesh yang ditahan dalam satu operasi bersepadu 6P Jabatan Imigresen di Taman Mutiara Rini Skudai.

KUALA LUMPUR: Hampir 3,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 18 majikan yang melindungi mereka ditahan dalam Operasi Bersepadu (6P) Fasa 2.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, K.M. Saravana berkata penahanan dilakukan menerusi 334 operasi di seluruh negara sejak 21 Jan sehingga Ahad lepas.

"Daripada seramai 2,959 pendatang asing tanpa izin yang ditahan itu, 2,390 daripadanya adalah lelaki, 443 wanita dan selebihnya kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Bernama.

Saravana berkata Pati dan majikan tersebut ditahan mengikut Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

"Kami menjalankan pemeriksaan ke atas 14,008 warga asing dan daripada jumlah itu, 2,959 pendatang tanpa izin ditangkap. Mereka terdiri daripada warganegara Indonesia (1,154 orang), Myanmar (411), Bangladesh (404), Filipina (208), Nepal (204), India (177), Pakistan (116), Kemboja (114) dan bakinya lain-lain warganegara," katanya.

Operasi melibatkan 4,503 anggota Jabatan Imigresen, Pasukan Sukarelawan Malaysia, polis, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta pihak berkuasa tempatan.

Operasi 6P Fasa 2 dimulakan pada 21 Jan lepas bagi membersihkan Pati selepas tempoh yang diberikan kepada mereka dan majikan mereka untuk mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan Pendatang Tanpa Izin (PKPP) berakhir.


17

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluemenx 4-2-2014 04:11 PM
satu org punya makan dlm tahanan rm 25 x 3,000,000 = berapa ?

dari simpan dorang dalam tahanan, elok biarkan je dorang memeriahkan lg cash flow RM ringgit, beli arak air sirap letak alkohol, topup hp, donload lagu indon,nepal,bangla, lakukan kedai  MAIDEEN ..   Last edited by bluemenx on 4-2-2014 04:13 PM

Quote chaoyunjie 4-2-2014 04:12 PM
mohon di tangkap habis2an PATI ini...
Quote dino 4-2-2014 04:14 PM
bluemenx posted on 4-2-2014 04:11 PM
satu org punya makan dlm tahanan rm 25 x 3,000,000 = berapa ?

dari simpan dorang dalam taha ...

itu klau ambik rm25 satu kepala
Quote the_killer 4-2-2014 04:16 PM
ini mcm hangat2 tahi ayam ja
Quote bluemenx 4-2-2014 04:21 PM
dino posted on 4-2-2014 04:14 PM
itu klau ambik rm25 satu kepala

puak2 kapitalis bukan bodoh

kunta-kinte moden

Quote bluemenx 4-2-2014 04:22 PM
penuhkan bas RapilKL, komuter dg kunta kinte ni pun satu perniagaan menguntungkan
Quote dino 4-2-2014 04:24 PM
bluemenx posted on 4-2-2014 04:21 PM
puak2 kapitalis bukan bodoh  

kunta-kinte moden

nak benteras pendatang ni benteras la punca dulu...takyah gigih buat tak tahu sgt
mcm kes dadah.... menda simple je pun... solution depan mata.... nak taknak je....

ni skrg ni tangkap la skit2... nak nmpk serius.... mcm la org budus sgt
Quote kodokbawang 4-2-2014 04:25 PM
Kayu ukur keefisienan penguatkuasa....
Quote niceghost2005 4-2-2014 04:35 PM
dino posted on 4-2-2014 04:14 PM
itu klau ambik rm25 satu kepala

Kl RM25 sehari.................
Baik rakyat Malaysia jadi PATI kat negara sendiri.

X yah kerja..................dapat makan RM25 sehari.

Itu Operasi tangkap PATI hanya nak mengelabui mata rakyat.
Bersepah PATI kat Malaysia.
Semua oghang ada mata.................bley nmpk.

Ini kes nak caber line...............

Kl nak ibaratkan PATI kat Malaysia nie.....
Bagaikan di cedok beras dgn sudu, sudah pasti 10% adalah arang/batu.

Quote dino 4-2-2014 04:37 PM
niceghost2005 posted on 4-2-2014 04:35 PM
Kl RM25 sehari.................
Baik rakyat Malaysia jadi PATI kat negara sendiri.

mmg jelas pun skdr nak tunjuk depa wat keje... pdhl punca tu dah jelas.... klau tangkap perasuah yg stok2 kambing hitam
Quote R2D2 4-2-2014 04:37 PM
cuba tgk bila polis tahan PATI
rasa syak somthing wrong
Quote ogata 4-2-2014 04:39 PM
R2D2 posted on 4-2-2014 04:37 PM
cuba tgk bila polis tahan PATI
rasa syak somthing wrong

pernah perhati ker??polis tahan PATI mata tajam je jenguk wallet mereka..nak tau isi berkepuk ka idak!
Quote niceghost2005 4-2-2014 04:41 PM
R2D2 posted on 4-2-2014 04:37 PM
cuba tgk bila polis tahan PATI
rasa syak somthing wrong

Ada FULIH bagitau aku, kalau nak extra income................pi melawat kat ladang.
Surely dapat $$$

Itew lah tahap RASUAH di Malaysia ini.

Dulu kat Slim RIver, POT emas utk FULIH.
Setiap hari/malam ada jer ROADBLOCK.

Sampai terkenal hingga ke KB.
Slim River jugak adalah tempat 'oghang buangan'.
Quote freebird 4-2-2014 04:44 PM
334 operasi, dapat tangkap 2959. Average tak sampai 9 orang ditahan setiap operasi.
ni operasi main2 ke?
bak kata macai felda pprt, hanya ameno je yang pandai memerintah..
Quote fealefea 4-2-2014 04:50 PM
da tu kita gak yg perlukan mereka ni sume. takde maid mati la. takde bangla takde la mamak. lapar tau. sape nk wat keje2 macai angkat tong taik bagai. kalau kene tangkap tgn sape yg nk buat tu. rakyat meleis tau komplen2, pastu lebih baik jadi penagih dadah dari angkat tong taik. korang nk yg cemane sebenarnya.
Quote cucumberkl 4-2-2014 09:21 PM
Tara apa lg 2.7 juta tu pengundi umNGOK
Quote kentutmanis 4-2-2014 09:36 PM
cucumberkl posted on 4-2-2014 09:21 PM
Tara apa lg 2.7 juta tu pengundi umNGOK

bukan 2.7jt tp 2.997jt, 3ribu je kan tangkapan yg x ikhlas tu, tangkap muat sajork, sekadar nak tunjuk penguatkuasa bkerja keras la
Quote pelukis.plan 4-2-2014 09:55 PM
Bangladesh (404)


ada lagi 39,596 pengundi bangla be end
mohon lebih telus dan tangkap baki

cadangan sila la buat operasi di kawasan kajang
pilihanraya akan diadakan di sana
kemungkinan besar mereka akan mengundi sekali lagi untuk be end
Quote AbukRokok 4-2-2014 09:58 PM
Nk bg mkn buat ape... tembak mati je mcm kt myanmar

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.040841 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top