CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Alyah Tolak Jemputan Beri Ceramah Agama

12-2-2014 04:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13903| Komen: 70


Alyah Tolak Jemputan Beri Ceramah Agama

PETALING JAYA: Penyanyi Alyah menjelaskan dia terpaksa menolak banyak jemputan ceramah berkaitan agama apabila membuat keputusan memakai tudung selepas kembalinya daripada mengerjakan umrah pada April 2013.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, berkata, dia tidak bersedia untuk bercerita hal-hal agama selepas menukar imej kerana bimbang akan timbul tafsiran negatif yang akan merosakkan dirinya.

“Saya dapat banyak tawaran untuk berceramah tetapi saya terpaksa tolak dengan baik. Saya mengaku ilmu agama saya masih cetek dan tidak wajar untuk saya bercerita hal-hal agama yang mungkin nanti akan menyebabkan banyak salah faham,” katanya kepada mStar Online.

Alyah memberitahu, langkahnya memakai tudung adalah untuk menjadi manusia yang lebih baik secara berperingkat dan bukannya menjadikan ia sebagai satu trend gaya wanita Muslimah.

Malah kata Alyah, ada juga segelintir pihak yang menjemputnya untuk bercakap mengenai perubahan dirinya itu di pentas politik.

“Kalau nak suruh saya bercakap soal kerjaya dan bagaimana untuk memperbaiki imej, insya-Allah saya boleh tetapi kalau sentuh bab-bab politik, saya terpaksa tolak. Itu bukan cara saya,” katanya.

Ditanya apakah perubahannya selepas memakai tudung Alyah berkata, dia menjadi dirinya yang sebenar dan masih seperti dulu.

Malah Alyah akui, mereka yang berusaha untuk berubah menjadi baik akan diuji dengan macam-macam ujian sehingga boleh menimbulkan perasaan riak dan takbir dalam diri.

Untuk itu jelas Alyah, dia perlu berjaga-jaga daripada segi tutur kata dan pergaulan di khalayak agar imej yang dibawa itu seiring dengan perubahan yang sedang dilakukannya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaharu Alyah berkata dia bakal muncul dengan single berjudul Sesal Separuh Nyawa.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 12-2-2014 08:11 AM
Pakai turban pun dh dikira berhijrah skrg ke? Kalau diana amir logik jugak kt berhijrah sbb baju tudung dia semua longgar and labuh siap pakai sarung tangan
Quote mea 12-2-2014 08:17 AM
Turban tu tutop pala noks..kira hijrah gak..dr nampak rambut ke x nampak rambut
Quote chinta89 12-2-2014 08:22 AM
apesal rse kelakar tgk pakai turban gtu ek... x boleh ke pakai tudung btl2...
Quote enchikfitz 12-2-2014 08:40 AM
Alyah belum layak lg. Maybe sbb dia blom berhijrah dr segi pemakaian yg betul2 islamik. Doakan dia berubah ke arah yg lebih baik.

Encik K mana encik K? Lewlz
Quote hasniey 12-2-2014 08:43 AM
bgoslah dia pon sedar diri
yela ilmu mseh blom cukup nak bg ceramah agama,
kang hujung2 org plak pertikaikn, dia juga yg disalahkn
moga2 alyah akan brtudung pnuh lepas ni
no more bju ketat, no more turban
Quote damian_lee 12-2-2014 08:57 AM
baguslah  dia masih sedar .... xmcm sesetengah artis ... berhijrah terus merasa maksum ....
Quote mea 12-2-2014 09:03 AM
Bebybebadi harus contohi si liyah ni...
Quote September14 12-2-2014 09:07 AM
Setuju dgn alyah..
Quote wookiehoney 12-2-2014 09:08 AM
ye tahu pun
dia sekadar tak tayang rambut, bukan berhijab pun
Quote twins 12-2-2014 09:13 AM
pada aku Alyah ambil langkah bijak dengan menolak tawaran2 tu... aku pun tak faham pihak2 yg meng offer retis2 ni bagi ceramah agama... kalau sekadar bertudung/berhijab belum lagi melayakkan seseorang tu beri ceramah agama..sedangkan ustaz2 yg ada ilmu agama pun belum tentu lagi sanggup nak beri ceramah..kalau tersilap ceramah, tersilap cakap nanti orang2 yg mendengar tu terpesong disebabkan mulut si penceramah pulak... infact si Wardina pun belum layak berceramah.. apatah lagi Alyah ...  kalau sekadar nak bercerita mcm mana dia terbuka hati untuk bertudung..itu mungkin ok... mcm Dato' Malek Nor  dulu ... dia sekadar bercerita mcm mana terdetik hati untuk berubah... tapi kalau melibatkan hal2 ugama...baiklah cari yg betul2 arif..
Quote tomet05 12-2-2014 09:31 AM
semoga berterusan
Quote achik2009 12-2-2014 09:36 AM
mea posted on 12-2-2014 09:03 AM
Bebybebadi harus contohi si liyah ni...

mohon @dino  masuk sini....
Quote dino 12-2-2014 09:50 AM
achik2009 posted on 12-2-2014 09:36 AM
mohon @dino  masuk sini....

beza ngan org sedar diri ngan yg perasan bagus
Quote Tresta 12-2-2014 09:57 AM
CAN she?....l doubt it. Kalu dia bg ceramah ugama jadi mcm corny ajer..
Quote blackred99 12-2-2014 10:01 AM
bodoh btol org yg jemput dia, asal pakai tudung je, jemput bg ceramah.

Quote eira_gurl 12-2-2014 10:15 AM
x phm aku..asal ade retis dh berhijab je terus jd ala lindungan kaabah smpai pnggil utk bg ceramah agama bagai...
Quote jaa139 12-2-2014 12:28 PM
pelik gak zaman skarang ni, orang baru berhijrah tang imej sudah layak beri ceramah agama..kalau setakat berkongsi pengalaman, ok lah..tapi klau tahap nak berceramah tidak sesuai..
Quote amyainsamad 12-2-2014 12:31 PM
sedar pn diri...
Quote damian_lee 12-2-2014 12:31 PM
Tresta posted on 12-2-2014 09:57 AM
CAN she?....l doubt it. Kalu dia bg ceramah ugama jadi mcm corny ajer..

Sbb tu dia tolak ... xpasl2 jadi mcm sesetengah artis ... pungpang2 pkai emosi dan kesesuaian diri ...
By the way,napa artis "berhijrah" je nk jmput buat ceramah ... sila la jmput dgr ceramah dulu ... kan??

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.052833 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top