CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Masjid Ini Dibina Oleh Jin ?

13-2-2014 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12398| Komen: 22

Masjid Ini Dibina Oleh Jin

Jika anda ke Malang, Indonesia dan anda mengajukan soalan kepada warga di sana mengenai di manakah masjid ‘ajaib’, pasti mereka akan menunjukkan sebuah masjid yang sedang dalam proses pembinaan ini. Menurut masyarakat setempat, masjid ini ajaib kerana pembinaannya secara tiba-tiba tanpa pekerja, material seperti pasir, simen dan lain-lain. Pendek kata ia tidak kelihatan seperti suasana biasa projek-projek pembangunan yg sedang dibina.

Namun desas-desus itu berakhir apabila ada pihak yg membina masjid tersebut memberi penerangan dengan membuat sepanduk yang menyatakan masjid itu di bina oleh murid dan ahli jemaah di mana ia adalah sebuah komplek ( sekolah pondok) pembelajaran Islam yang di panggil Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali Fadlaailir Rahmah.

“Apabila ada orang yang mengatakan ini adalah bangunan muncul dengan sendirinya dan dibangunkan oleh jin dan sebagainya itu tidak benar. Bangunan ini adalah Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali Fadlaailir Rahmah' yang murni di bina oleh para murid dan jemaah.”

Ajaib atau tidak, bangunan setinggi 10 tingkat itu ternyata mempunyai nilai arkitektur yg sangat unik dan pastinya memerlukan jutaan wang untuk membinanya.







2

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c_chubby 28-1-2014 06:28 PM
pernah tengok rancangan ape ntah, wardina jd host die...shooing kt masjid nie...
mmg student yg bina tempat ni tanpa gaji kalo xsalah...tp diorg dpt duduk dkt pesantren ni secara percuma..
diorg aje jugak jual2 kt kompleks masjid ni untuk dptkan duit utk pesantren...
kalo waktu azan diorg just tutup semua kedai untuk bersolat...
Quote hasniey 28-1-2014 07:17 PM
eh indon pon percaya benda2 cmni
ai igt org melayu je yg suke buat cerita karut
ngndung ank bunian la, masjid jin lah

nampak cm cantik je masjid ni
kiranye ni masjid+pesantren sekali la kan
Quote ikantemenung 29-1-2014 10:03 AM
org indon kan ramaiyg pandai kerja kerja tukang..jd senang aa nak buat design memacam...cuma byk gak duit dia org buat ni
Quote xtw 29-1-2014 04:09 PM
mcm pelik jer..
mcm2 org indonesia nie
Quote palmolive 29-1-2014 04:11 PM
manusia buat kerja,jin dapat nama..
Quote KimoraHakim 30-1-2014 05:48 PM
takde lah...mmg manusia yang buat..buat tanpa gaji dan fisabilillah....apa lah
Quote DianaSaksen 30-1-2014 07:18 PM
indahnya..........
Quote DianaSaksen 30-1-2014 07:19 PM
unik lain daripada yang lain
Quote kuriboh 30-1-2014 07:29 PM
murid contoh sedunia
Quote selipar_hijau 3-2-2014 11:31 AM
Kat area bromo-malang-surabaya ni aku penah nmpk iklan nk jual masjid. Aku tny supir knapa nk dijual? Supir jawab, kerana orang2 sini tak mau kan masjid tu.

Tak sempat nk snapp pic masa tu
Quote mimiera 4-2-2014 01:21 PM
Jadi, sapa yg bina ni sebenarnya?
Quote clarizsa 4-2-2014 01:29 PM
cantik... xkanla rajin sgt jin nk bina kt alam manusia...
Quote chinta89 4-2-2014 03:55 PM
palmolive posted on 29-1-2014 04:11 PM
manusia buat kerja,jin dapat nama..

baru je nak cakap cenggitu ..ahaks!
Quote JUSTcircle 4-2-2014 05:37 PM
nampak x betapa hebatnya pelajar2 tu..
sbb buat bangunan ni memerlukan byk pihak.. start bahagian arkitek, engineer, dan buruh2nya..
jadi kalau semua dorg buat.. giler ar.. bijak pandai.. x yah upah2...
Quote -electrifying- 13-2-2014 05:19 PM
palmolive: manusia buat kerja,jin dapat nama..


hahahaha dh betul la tu
Quote garyura 13-2-2014 08:47 PM
nampak mcm taman tergantung babylon pasal ada pokok2 kat masjid tu
Quote melissa~~ 14-2-2014 09:14 AM
hahaha..biar benar
Quote edoraixora 14-2-2014 12:45 PM
wowwww....masjid 10 tingkat, binaannye nmpak unik

Quote Shahreen74 14-2-2014 01:32 PM
selipar_hijau posted on 3-2-2014 11:31 AM
Kat area bromo-malang-surabaya ni aku penah nmpk iklan nk jual masjid. Aku tny supir knapa nk dijual ...

masjid nak dijual?  ada jugak mcm ni ye...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.088085 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top