CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Sejarah Ghana

14-2-2014 04:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4288| Komen: 3



Republik Ghana dinamakan sempena Empayar Ghana zaman pertengahan di Afrika Barat. Nama sebenar empayar ini adalah Ouagadouogu. Ghana merupakan gelaran raja-raja yang memerintah kerajaan berkenaan. Ia telah dikawal oleh Sundiata dalam 1240 M, dan telah diserapkan ke dalam empayar Mali yang lebih besar. (Empayar Mali telah mencapai kemuncak kejayaan di bawah Mansa Musa di sekitar 1307.)

Secara geografi, Ghana lama terletak kira-kira 500 batu dari utara Ghana kini, dan menduduki kawasan antara Sungai Senegal dan Nigeria. Sesetengah penduduk Ghana moden turun dari nenek moyang yang berhubungan dengan Ghana zaman pertengahan. Ini boleh dijejaki hingga ke orang-orang Mande dan Voltaic di Ghana Utara—Mamprussi, Dagomba dan Gonja. Bukti anekdot mengaitkan kaum Akan dengan Empayar ini. Bukti tersebut terletak pada nama-nama seperti Danso yang dikongsi kaum Akan di Ghana zaman sekarang dand kaum Mandika di Senegal/Gambia yang kuat pertaliannya dengan Empayar ini. Ghana juga merupakan tapak Empayar Ashanti yang mungkin sekali negeri kulit hitam yang paling maju dalam sejarah Afrika sub-Sahara. Adalah dikatakan bahawa pada zaman kemuncaknya, Raja Ashanti mampu mengerah 500,000 orang askar.
Sehingga Mac 1957, Ghana dikenali merata dunia sebagai Pantai Emas. Orang Portugis yang tiba di Ghana pada abad ke-15 menemui banyak emas di antara sungai-sungai Ankobra dan Volta lalu menamakan tempat itu Mina, iaitu bererti "lombong". Pantai Emas kemudiannya diterima oelh penjajah Inggeris. Pihak Perancis yang tertarik dengan barang hiasan yang dipakai penduduk pesisiran, menamakan kawasan di barat Ghana sebagai "Cote d'Ivoire," atau Pantai Gading.


Kubu Inggeris dan Belanda yang berjiranan di Sekondi
Pada tahun 1481, Raja João II dari Portugal menugaskan Diogo d'Azambuja untuk membina Kastil Elmina yang lengkap pada tahun berikutnya. Tujuan mereka adalah untuk berdagang emas, gading dan hamba, lalu menyatukan kuasa mereka yang berkembang di rantau ini. Mereka turut disertai pihak Belanda pada tahun 1598, di mana Belanda mendirikan kubu di Komenda dan Kormantsi. Pada tahun 1637 Belanda menawan Kastil Elmina dari Portugis dan Axim pada tahun 1642 (Kubu St Anthony). Pedagang Eropah lain turut serta menjelang pertengahan abad ke-17, terutamanya bangsa Inggeris, Denmark dan Sweden. Di sepanjang garis pantai Ghana didirikan 30 buah kubu dan kastil oleh saudagar Belanda, British dan Denmark. Pantai Emas menjadi tumpuan terbesar seni bina ketenteraan Eropah di luar Eropah. Menjelang akhir abad ke-19 hanya pihak Belanda dan British yang masih menetap di situ dan setelah Belanda mengundur pada tahun 1874, Britain menjadikan Pantai Emas sebagai naungan.

Di kebanyakan kawasan tengah Afrika sub-Sahara, zmaan sebelum tahun 500 menyaksikan peluasan pertanian. Pertanian bermula di kawasan paling di selatan gurun Sahara, lalu terbinanya perkampungan. Menjelang akhir zaman klasik, kerajaan serantau yang lebih besar didirikan di Afrika Barat, salah satunya ialah Negeri Ghana yang terletak di utara negara Ghana zaman sekarang. Setelah tumbangnya pada awal abad ke-13, kaum Akan pindah ke selatan lalu mendirikan beberapa negeri termasuklah empayar Akan agung pertama bernama Bono yang kini dikenali sebagai rantau Brong Ahafo di Ghana. Negeri-negeri Akan yang menyusul seperti persekutuan Ashanti dan negerui-negeri Fante dipercayai timbul dari petempatan Bono asal di Bono Manso. Kebanyakan kawasannya disatukan di bawah Empayar Ashanti hingga abad ke-16. Kerajaan Ashanti bermula sebagai satu rangkaian yang longgar lalu beransur-ansur menajdi kerajaan berpusay dengan birokrasi yang maju berpusat di Kumasi.

Hubungan terawal antara orang-orang Ghana, kaum Fante di kawasan pantai dan pihak Eropah terjalin pada tahun 1482. Pihak Portugis mula-mulanya mendarat di Elmina, sebuah bandar pesisir yang diduduki negeri Fanti pada tahun 1482. Sepanjang beberapa abad seterusnya kuasa-kuasa British, Portugis, dan Scandinavia menguasai beberapa tempat di kawasan itu, dan akhirnya British mendominasi. Negeri-negeri ini menjalinkan pelbagai perikatan dengan kuasa-kuasa penjajah dan dengan satu sama lain, lalu tercetusnya Perang Ashanti-Fante 1806, dan juga pergelutan Empayar Ashanti menentang British. Gerakan menuju berakhirnya penjajahan serantau bermula pada tahun 1946, maka perlembagaan pertama kawasan itu diisytiharkan pada tahun 1951.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellenzex 18-2-2014 12:04 PM
sejarah ghana pon ada kat sini yer..
Quote miss_baby 20-2-2014 08:08 AM
mcm kain batik
Quote thessailly 21-2-2014 09:25 AM
nape laa namanya Ghana...ce kalau Ghani....kan melayu sikit bunyinye.. lol

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.096694 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top