CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tnb Nasihat Setkan Suhu Aircond 23°C O- 25°C

21-2-2014 10:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17565| Komen: 66


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengeluarkan panduan penggunaan pendingin hawa secara bijak ketika cuaca panas dan kering melanda negara bagi pengurusan elektrik yang baik.

TNB dalam satu kenyataan berkata, antara langkah yang boleh diamalkan ialah dengan menyelaraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 hingga 25 darjah selsius serta kerap menukar atau membersihkan penapis pendingin hawa.      

Ia turut menyarankan pengguna supaya menutup semua pintu dan tingkap serta lubang udara bagi memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik selain mencadangkan untuk membuka kipas dan menetapkan masa pendingin hawa untuk ditutup pada waktu malam.      
      
      
Dalam kenyataan itu, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata pendingin hawa mewakili sebahagian besar penggunaan elektrik sebilangan pengguna TNB.

Turut disarankan ialah penggantian pendingin hawa yang berusia lebih 10 tahun dengan yang baharu kerana pada tempoh berkenaan unit itu tidak lagi efisien untuk digunakan.

Turut disertakan ialah tip membeli pendingin hawa baharu iaitu memilih unit yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi.

"Pilih saiz dan jenis yang tepat bagi menepati kehendak yang diperlukan. Penghawa dingin yang besar bukan saja lebih mahal malah menyebabkan bil elektrik lebih tinggi kerana alat pemampatnya perlu berputar dan berhenti secara berulang," katanya. 


Bagus
10

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 20-2-2014 10:40 PM
Sokong !!!!
Quote sup@rm@n 21-2-2014 12:05 AM
Monopoli pehtu tekan rakyat dengan harga tinggi.

Orang gile je leh terima modus operandi yg menyusahkan rakyat ni
Quote najib888 21-2-2014 12:49 AM
Apsal aku rasa advice TNB ni cam bangsat saja?  aku rasa kebanyakkan org dah tau kot..
Quote mikasa 21-2-2014 12:53 AM
23? aku pasang 16 baru ilang bahang ..tu pun selepas 5 jam pasang pada suhu 16
Quote harizs 21-2-2014 02:30 AM
TNB berniaga letrik suruh org jimat letrik.  mcm pelik bunyinya.
Quote Czaziq 21-2-2014 03:02 AM
hidung aku berdarah je musim panas ni tnb lagi nk suh setkan aircond 23-25? adei Last edited by Czaziq on 21-2-2014 03:05 AM

Quote din_atos 21-2-2014 03:34 AM
Xcely btul advice tu. Aku da start lama dpt la jimat cket letrik.
Quote hanakikan 21-2-2014 03:40 AM
Aku pasang 20. Tp set 2 jam je. Sekadar utk bagi selesa masa mula2 nak tido. Lepas tu kipas yg jalan kan tanggungjawap. Bilik dah sejuk set 2 jam. Aman2 aje sampaj ke pagi
Quote hanakikan 21-2-2014 03:41 AM
Yg set 2 jam ni pun bil rm60 time musim hujan rm20 jerrrrr. Bulan ni rm60
Quote pakwetizzaqyah 21-2-2014 08:26 AM
tak payah airkond2 ni..lol
Quote Changa 21-2-2014 08:28 AM
Aircond bilik akak memang akak on kan econavi mode so by default mmg dia set 25 degree

Kalau econavi mode tak payah nak selimut. Kalau constant kena selimut Last edited by Changa on 21-2-2014 08:29 AM

Quote jengkoil 21-2-2014 08:28 AM
TNB hanyalah mangsa...ouchh!!!  
Quote JUSTcircle 21-2-2014 09:02 AM
23-25 derajah? panas la oi...
tutup semua lubang??? giler.. walopun ada aircond.. still x elok tok pengundaraan..
boleh mati kalu letrik x der.. udara x masuk..  x dok oksigen.
Quote neotoxin 21-2-2014 09:05 AM
aku set kat auto/smart je.. ntah berapa suhu pun tak tau
Quote nanie 21-2-2014 09:11 AM
aku set 20. dr kol 12am sampai bangun
Quote namirulmukminin 21-2-2014 09:12 AM
din_atos posted on 21-2-2014 03:34 AM
Xcely btul advice tu. Aku da start lama dpt la jimat cket letrik.

Aku praktik set suhu 26 ja... Tapi dalam masa sama bukak kipas siling jugak... on sampai pagi... Aman2 ja rasa macam tido musim hujan dengan hanya kipas siling tanpa aircond... Bil elektrik bulan2 araund RM80 ja... series beb...

Last edited by namirulmukminin on 21-2-2014 09:13 AM

Quote batman_2007 21-2-2014 09:14 AM
Iols 19. Dulu dan selamanya.. Period
Quote annehuda 21-2-2014 09:16 AM
nasib baik tak suggest suruh pakai kipas je nak jimat
Quote shiro82 21-2-2014 09:17 AM
aku ltk suhu 16 dari 6.30 sampai 2 pg lepas tu baru 27 sampai subuh.

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.063616 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top