CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asia Tenggara Kekurangan 26,000 Juruterbang

21-2-2014 05:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7255| Komen: 24


Gambar hiasan


PERMINTAAN untuk juruterbang di seluruh dunia semakin meningkat, dengan 26,000 juruterbang diperlukan bagi memenuhi keperluan syarikat penerbangan di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Prinsipal Akademi Penerbangan Malaysia (MFA), Kapten Stephen Michael Terry berkata, berdasarkan situasi ekonomi kini, keperluan juruterbang di Malaysia dijangka meningkat berdasarkan peningkatan jumlah pembelian pesawat baharu oleh syarikat penerbangan utama seperti Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Bhd.

“Bagaimanapun peningkatan bagi keperluan juruterbang agak perlahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini memandangkan industri penerbangan baharu pulih daripada krisis ekonomi yang berlaku pada 2008.

“Berikutan krisis itu, hampir kesemua syarikat penerbangan terpaksa mengurangkan kos operasi termasuk menutup laluan penerbangan sedia ada,” katanya kepada media di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Terry, bagi memenuhi permintaan terhadap juruterbang, MFA akan meningkatkan pelaburan dengan menambah peralatan baharu serta kemudahan latihan termasuk pembelian lapan pesawat iaitu empat pesawat PA 28-161 berenjin tunggal dan empat pesawat PA44-180 enjin berkembar selain dua simulator penerbangan.

Katanya, MFA akan membelanjakan kira-kira RM15 juta bagi pembelian itu.

Pada masa ini, akademi itu memiliki 23 pesawat dan dua simulator.

Selain itu, MFA turut mengintai peluang memberi latihan pengendalian jet serta berhasrat mengubah status semasa sebagai Flight Training Organization (AFTO) kepada Type Rating Training Organization (TRTO) dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Sijil ini akan membenarkan kami mengendalikan latihan bagi penerbangan pesawat komersial dan kapal terbang yang lebih besar,” katanya.

MFA yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka merupakan akademi perintis di negara ini yang menyediakan latihan profesional kepada bakal juruterbang untuk syarikat penerbangan seperti MAS, Singapore Airlines, Silk Airlines, Jetstar Airways, Air Mauritius dan Polis Diraja Malaysia.

Beroperasi sejak 1983, MFA turut menerima pelajar dari negara luar antaranya Singapura, Australia, Iran, India, Indonesia dan Taiwan.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gogo2 21-2-2014 03:36 PM
Aku tengah belajar terbang dgn Xplane10 dan FSX gold.
Quote shernazz 21-2-2014 03:38 PM
pasni banyak la kolej2 swasta yang offer kos ni
Quote Bell 21-2-2014 03:42 PM
Yuran RM280,000 skrg nak ambik pilot course. Rasa-rasa mampu boleh la. Takkan nak harap MARA ajer. Bank-bank lagi la - kena interest. Mak ayah jual tanah belum tentu mampu. Anak-anak pilot lain la. Bapak gaji besar.
Quote nizam49 21-2-2014 03:58 PM
kena dowload game pilot ni dkt play store....hehehe
Quote AbukRokok 21-2-2014 04:04 PM
saya mampu memandu pesawat F-22.... berkat latihan di PC game
Quote qislea 21-2-2014 04:15 PM
lol...hari tu kata sekarang banyak lambakan pilot ....

ooohhh...sekarang yang terlebih...

lg 10 tahun baru permintaan tinggi
Quote mjla 21-2-2014 04:23 PM
Tapi berlambak pilot Msia yg tak bekerja tu apa kes...
Quote blackred99 21-2-2014 04:23 PM
org kaya boleh la, satu lagi vision kena cemerlang, kalo rabun sket pun susah kot rasanya nak masuk course ni.
Quote batu_bergolek 21-2-2014 04:46 PM
Pelik la pulak, bukan tahun lepas banyak kes pilot takda kerje ke ?
Quote AdamBillionaire 21-2-2014 05:07 PM
mjla posted on 21-2-2014 04:23 PM
Tapi berlambak pilot Msia yg tak bekerja tu apa kes...

ada ke pilot menganggur?

belum pernah jumpa lg?
Quote pakwetizzaqyah 21-2-2014 05:14 PM
anak2 cina pandai matematik sepatutnya grab the opportunity...ini asyik nak main badminton sahaja
Quote sup@rm@n 21-2-2014 07:21 PM
Ketuanan melayu sibok buat kolej perubatan aje dengan alasan pengikut ketuanan melayu ni kurang bijak, tak layak jadik doktor dan pilot. Pengikut dan penyokong ketuanan melayu layak jadik nurse aje. Ini la mentaliti ketuanan melayu, yg menjahanamkan org melayu sendiri
Quote freebird 21-2-2014 07:34 PM
mjla posted on 21-2-2014 04:23 PM
Tapi berlambak pilot Msia yg tak bekerja tu apa kes...

paham2 je lah, tektik sekolah2 memandu kapalterbang ni yang dah tak laku disebabkan ramai lulusan mereka menanam anggur...
Quote masa_lalu 21-2-2014 07:44 PM
AdamBillionaire posted on 21-2-2014 05:07 PM
ada ke pilot menganggur?

belum pernah jumpa lg?

memang takde sebab diorang dah keje buruh
Quote AdamBillionaire 21-2-2014 07:47 PM
masa_lalu posted on 21-2-2014 07:44 PM
memang takde sebab diorang dah keje buruh

tngok kt airport klia rasanye staf dia org tak efficient ..

tak dpt bayangkan cmne lah pilot boleh menganggur?
Quote raxief 21-2-2014 09:13 PM
dan para engineers akan berusaha mencipta pilotless airliner
Quote munchkin 22-2-2014 12:29 PM
ha apa lagi. nilah peluangnya!
Quote cmf_rambutan 22-2-2014 12:38 PM
aritu kata lebihan pilot.... mungkin kemasukan budak baru makin skit sbb cerita tu.. jadi kena keluar statement barulah... kekurangan pilot 10 tahun lagi

....................................

KAMI ibu bapa kepada graduan juruterbang komersial persendirian yang masih menganggur pada ketika ini, ingin membuat sedikit teguran kepada pihak yang berkenaan mengenai punca permasalahan ini.

Kami juga ingin mencadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan mereka.

Masyarakat sudah jelas mengenai betapa kroniknya tahap pengangguran juruterbang pada ketika ini. Hampir setiap minggu ada sahaja berita atau artikel mengenai juruterbang menganggur. Tetapi bagaimanakah permasalahan ini berpunca?

Ini adalah kerana munculnya lambakan sekolah penerbangan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sejak tahun 2005, sekolah penerbangan berkenaan telah menghasilkan ribuan juruterbang muda yang telah melebihi permintaan syarikat penerbangan.

Ini berlaku kerana akademi latihan penerbangan ini merupakan sebuah perniagaan yang cukup lumayan apabila setiap seorang pelajar dikenakan yuran melebihi RM220,000 seorang. Anak muda berpendidikan pula berpusu-pusu menyertai walaupun yuran tersebut tersangat mahal.

Walaupun begitu, pihak yang menubuhkan sekolah penerbangan tersebut tidaklah boleh dipersalahkan begitu sahaja. Ini kerana pihak yang sebenarnya memantau pertumbuhan sekolah penerbangan adalah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).

Sesebuah sekolah penerbangan tidak boleh dibuka begitu sahaja tanpa kelulusan dan pemantauan teliti daripada DCA.

Jadi, yang menghairankan ialah bagaimana pihak DCA meluluskan begitu banyak pembukaan sekolah penerbangan tersebut sehingga wujud lambakan juruterbang yang menganggur?

Bukankah sepatutnya mereka membuat kajian dan pemantauan terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan? Di sini, DCA yang sepatutnya memainkan peranan penting untuk menyelesaikan permasalahan ini walaupun sudah agak terlewat.

Baru-baru ini, pihak DCA khabarnya telah mengarahkan setiap sekolah penerbangan menghentikan pengambilan kadet juruterbang buat sementara waktu bagi mengurangkan penghasilan graduan yang menganggur. Juga untuk memberi laluan kepada graduan juruterbang ini mendapat tempat di syarikat penerbangan dan sebagainya.

Tetapi sayangnya tindakan yang diambil oleh pihak DCA tidak begitu serius dan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ini kerana menurut maklumat, terdapat sebuah sekolah penerbangan di Pantai Timur Semenanjung masih lagi mengambil kadet juruterbang baru pada awal Julai 2012 lepas.

Itu belum dikira lagi pelajar dari sebuah universiti yang mengambil jurusan sarjana kejuruteraan aeronautik (pilot profesional) juga akan menyertai sekolah penerbangan tersebut untuk menjadi juruterbang juga. Bayangkan hampir 1,000 lebih juruterbang sedang menganggur dan ini akan bertambah ramai.

Bukan itu sahaja. Sejak dahulu lagi, bilangan kadet juruterbang yang diambil oleh salah sebuah sekolah penerbangan sudah melebihi garis panduan yang ditetapkan oleh DCA, tetapi pihak DCA hanya pejam sebelah mata membenarkan perkara ini dilaksanakan.

Kini jumlah keseluruhan kadet yang masih meneruskan latihan di sekolah tersebut sudah melebihi 400 orang, jauh lebih banyak daripada yang ditetapkan oleh DCA iaitu 200 orang pada satu-satu masa. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?

Mengenai peluang pekerjaan di syarikat penerbangan tempatan pula, diharapkan DCA juga memainkan peranan untuk mencadangkan supaya syarikat tersebut mengambil juruterbang persendirian selain daripada mengambil kadet sendiri.

Pihak syarikat penerbangan AirAsia sudah memaklumkan bahawa mereka akan terus menghantar sekurang-kurangnya lima kumpulan kadet mereka untuk dilatih oleh sekolah penerbangan, dan hanya akan mengambil sedikit sahaja daripada juruterbang persendirian.

Yang lebih mengejutkan syarikat penerbangan kebangsaan, Penerbangan Malaysia (MAS) tidak mengambil walau seorang pun juruterbang persendirian. Sekiranya amalan ini berterusan, bagaimanakah krisis pengangguran juruterbang muda di negara ini dapat dikurangkan?

Sewajarnya kita perlu memberi pertimbangan kerana kebanyakan mereka bukan sahaja menjalani kursus melalui pinjaman Mara malah ada juga yang meminjam dengan pihak bank. Sekiranya mereka menganggur, bagaimanakah mereka ini ingin membayar kembali pinjaman tersebut? Kepakaran mereka ini tidak boleh digunakan untuk sektor lain.

Anak muda berkelayakan ini dalam keadaan tertekan sekarang kerana mereka tidak punya banyak pilihan untuk menceburi bidang kerjaya lain. Lulusan universiti atau kolej lainnya boleh mencari alternatif untuk membina kerjaya tetapi bagi mereka hanya lesen juruterbang sahajalah yang dimiliki.

Adalah amat malang tenaga mahir ini dibazirkan dan ini juga secara tidak langsung telah membazirkan sumber tenaga negara.

Mohon jasa baik pihak yang berkuasa campur tangan bagi menyelamatkan tenaga muda berkemahiran tinggi ini daripada terus menjadi penganggur.

Ibu Bapa Prihatin
Puchong, Selangor
Quote mommymonster82 22-2-2014 12:42 PM
Bagilah statistik pelesu pastu nanti melambak yg gi amik course ni kt kolej swasta pastu jd plak kes xdiiktiraf...
Yg kaya korang jugak

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076570 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top