CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Dukacita Dimaklumkan, Warrior Ditutup Sementara Waktu Berkuatkuasa 20 May 2020

30-8-2012 02:24 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 15438| Komen: 85


Kepada WARRIORS yang dikasihi,

Tujuan asal penubuhan WARRIOR adalah untuk berkongsi keuntungan bersama antara CARI dengan penulis freelance. Kami menggunakan trafik di laman sesawang cari.com.my untuk membantu penulis menjana pendapatan sampingan melalui pengiklanan. 


Disamping itu, penulis juga dapat berkongsi informasi melalui artikel menarik untuk pengguna CARI dan secara tidak langsung telah memberi faedah bersama.

Namun disebabkan pandemik Covid-19, aliran wang yang kami terima semakin membimbangkan dengan kadar bayaran dari Google yang semakin menurun. Ini berlaku kerana penyusutan seluruh pasaran dunia yang secara tidak langsung telah menjejaskan pendapatan iklan dalam talian.

Jadi kami tidak dapat lagi menanggung kerugian jika Warrior masih diteruskan.

Disebabkan itu, dukacita ingin kami maklumkan berkuatkuasa 20 May 2020 Warrior ditutup untuk sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.

Anda tidak perlu lagi menghantar artikel namun artikel yang telah ditulis sebelum tarikh 20 May 2020 akan kami bayar seperti yang dijanjikan sebelumnya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penulis Warrior yang setia dan sentiasa menghantar artikel sepanjang Warrior mula diperkenalkan. Semoga jika ada rezeki dimasa hadapan dapat kita meneruskan kembali projek Warrior ini jika keadaan sudah kembali normal.

Sama-sama kita doa kan.

Sekian terima kasih.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Loxlaxman 27-8-2012 01:08 PM
Suami tak makan, suami sedih, suami tekanan perasaan, suami tension ... tak de bini yang tau. Bila suami tak lalu makan, mungkin dia sakit tekak, mungkin dia senak perut sebab angin dah masuk akibat tunggu bini masak dari pagi subuh sampai mata hari terpacak belum siap2 lagi ... so janganlah kaum ibu rasa sedih kalau suami tak jamah makan ok..
Quote auntieagony 27-8-2012 01:26 PM
Salam.

Kesiannyalah bila auntie baca keluh-kesah sebegini....

- Kaum wanita di Msia secara umum dan wanita Melayu secara khasnya, telah dibudayakan bhw tugas2 pengurusan rumahtangga seperti memasak, membasuh, mengemas, menjaga anak2, dsbnya adalah di bwh bidang kuasa isteri2 yg sempurna.... Adakah sesiapa yg sempurna di dunia ini @ wonderwoman? Di sebalik tu, semakin ramai kaum wanita bekerja utk membantu ekonomi rumahtangga.... So mengambilalih sebhgian drp tanggungjawab si suami pulak. Tetapi "tugas2" yg dipertanggungjawabkan ke atas wanita tidak pula diambilalih oleh si suami, walaupun hanya 30-50%... Adil @ aci tak? Kecuali si suami bertimbangrasa dan prihatin dgn kemampuan terbatas si isteri, maka sudilah mereka menurunkan ego dan mencemar duli utk membantu isteri....

- Kalau si isteri rasa tidak berkeupayaan utk menghadapi segalanya tanpa bantuan si isteri, kenapa tidak dibincangkan permasalahan ni bersama suami? Why do you hv to suffer in silence? Kenapa dibenarkan perkara ini berlanjutan... Berbincang dgn si suami adalah lebih baik kerana mereka adalah pihak2 yg berkenaan.

- Next time, tanya dulu si suami samada nak makan di rumah atau kat luar. Then barulah sediakan makanan utknya. Kalau tak, buat penat bdn dan membazir jer... Latihlah si suami, kalau nak makan di luar, sila telefon isteri utk memberitau.

- Kalau penat bekerja, menjaga anak2 yg masih kecil dan menguruskan rumahtangga, ambillah pembantu rumah jika berkemampuan. Ataupun part-time helper....

- Ataupun pandai2 lah buat family planning utk kesejahteraan rumahtangga... It's not the no of children that makes one happier but it's the quality of life that your family enjoy...

- Ajaklah si suami sama2 membuat household chores. Mula2 bagilah tugas2 yg mudah dan lebih digemarinya... Seperti sidai baju ker, atau masukkan baju kotor dlm washing machine atau mop lantai atau jaga anak2 sementara anda masak...

- In case your friend or sedara tak tahu, di dlm Islam, tugas si isteri adalah melayan suami dan anak2... Jika berkemampuan, tugas suami ialah utk menyediakan pembantu utk melakukan tugas2 rumahtangga yg lain... So, go figure....

Auntie faham, jika kita, kaum wanita, tidak melakukan urusan rumahtangga, siapa lagi akan melakukannya... Tambahan pula, kita telah di besarkan secara sedemikian di mana anak2 lelaki bersenang lenang dan anak2 perempuan bertungkus lumus menolong ibu....

Do we still want the same culture to continue? Perhaps if I ask the guys, they probably say yes! And the ladies, sbb cinta maut semasa bercinta dan mula2 berkahwin, sanggup buat apa saja utk menggembirakan hati si suami sampai suami naik manja....



Quote midori888 27-8-2012 01:32 PM


kesiannyer.....lenkali sebelum masak, tanya lah suami dulu....nak makan ker tak...kalu dia nak makan, baru lah masak...kalu tak, takyah buang masa dan tenaga masakkan tuk dia, pastu bila dia tak makan, rasa sakit hati plak....
Quote mamaezah 27-8-2012 02:46 PM
Loxlaxman posted on 27-8-2012 01:08 PM
Suami tak makan, suami sedih, suami tekanan perasaan, suami tension ... tak de bini yang tau. Bila s ...

pulok dahhhh.........haishhhhh
Quote mamaezah 27-8-2012 02:55 PM
auntieagony posted on 27-8-2012 01:26 PM
Salam.

Kesiannyalah bila auntie baca keluh-kesah sebegini....

auntie, mama ada tanya cousin, awat dia tak tanya dulu hubby dia nak makan atau tak, dia kata dah dua tiga hari hubby dok sindir...haiii bila la nak rasa air tangan ibuuuu...so dia paham paham sendiri la...tu yg dia masak...mama pun sound, len kali kalau dia tak nak makan suh dia gtau jgn buat lagu ni....cian dia....pas tu semalam kakak ipar dia ckp konon nak dtg rumah berhari raya, dah kawan tu pun masak la, buat rendang, masak ayam, nasik minyak bagai...sampai isya tunggu punya tunggu, gagak pun tak sampai!!! dia call mama, menangis...tensen...mama nak kata apa, just jadi good listener ja lah...hubby dia pulak jenis, lauk semalam sorry la nak makan hari ni....ohhh tidakkkkk!!!!....mama setuju pendapat auntie...keja rumah kena sama sama rasa...ni tak, kadang kadang hubby tangkap rileks depan tv, bini yg tengah bawak perut, duduk bangun duduk bangun...terkangkang buat kerja...moga moga Allah bagi sejuta rahmat pada isteri isteri mcm itew....insyaallah
Quote carly_lah 27-8-2012 03:20 PM
selalu sgt berlaku kat carly... sebabnya.. carly masak sayur, tempoyak, petai... itu adalah bukan makanan yang dimakan oleh hubby... tp ada carly kesah??? masak ler lauk lain untuk dia, tp mengikut permintaan la.. contohnya, ayam masak kicap ker... ikan masak kicap ker... x pun daging masak kicap... sbb kicap adalah febret hubby...
Quote carly_lah 27-8-2012 03:23 PM
Loxlaxman posted on 27-8-2012 01:08 PM
Suami tak makan, suami sedih, suami tekanan perasaan, suami tension ... tak de bini yang tau. Bila s ...

sian lox... terseksa jiwa raga menunggu wife masak... apakata lox ringankan beban wife lox, carikan seorang org gaji untuk bantu dia kat dapur... maklum ler... wife lox masak mengikut permintaan lox.. sbb tu ler amik masa lama....
Quote auntieagony 27-8-2012 03:34 PM
mamaezah posted on 27-8-2012 02:55 PM
auntie, mama ada tanya cousin, awat dia tak tanya dulu hubby dia nak makan atau tak, dia kata dah  ...

Kalau auntie di dlm keadaan sepupu mamaezah, perkara2 yg auntie akan bincangkan@komplain dgn suami:-

- kenapa tak beritahu bhw dah makan di luar dan tak nak makan di rumah?
- Kenapa 2/3 hari lepas, bagi hint2 nak rasa masakan isteri?
- discuss how I felt when he didn't touch the food that I had cooked (misalan jer!). Wastage of money, time, effort, lost opportunity costs dan create unhappiness between spouse.
- then suruh si suami cadangkan bagaimana nak mengelakkan drp keadaan ini drp berulang di masa hadapan. Then bagi idea sendiri.

Pasal kakak ipar tu, senang jer.... Lain kali, bila dia dah datang, baru masak.... Dia mesti faham keadaan cousin mamaezah yg ada beberapa anak yg masih kecil. Kalau auntie, senang jer, auntie order PHD (bukan perasaan hasad dengki tapi Pizza Hut Delivery)... Ataupun borak lebih kurang di rumah, then ajak pegi makan kat cafe atau restoran berdekatan... Kdg kala, auntie ada gak jamu my siblings mcm tu, diaorg sporting jer dan takder hal langsung... Sbb tujuan diaorg utk berjumpa, berborak dan kunjung mengunjungi tanpa membebankan auntie...

Life is easy, why makes it difficult..... Kalau piawaian yg kita set pd diri sendiri tu amat tinggi, kita hanya akan menyiksa diri kita shj... Ada byk alternatif dlm hidup, fikirkan semua cara2 yg dpt memudahkan kehidupan berumahtangga utk mencapai kualiti kehidupan yg lebih bahagia....

Dont try to be a superwoman.... mmg tak boleh sbb kita tak pakai pantie kat luar!

P/s Pernah terjadi, en suamiku dah makan di luar dan bila balik dia nampak mknan dah tersedia atas meja.... Terkulat2 biji mata dia dan tersengguk2 dlm cubaannya utk menjamah juga mknan yg tlh ada... Auntie buat relax jer tapi gelak dlm hati... Padan muka dia sbb dia lupa nak call auntie beritau dia dah keluar makan dgn customer!
Quote Loxlaxman 27-8-2012 04:13 PM
carly_lah posted on 27-8-2012 03:20 PM
selalu sgt berlaku kat carly... sebabnya.. carly masak sayur, tempoyak, petai... itu adalah bukan ma ...

Kicap jua kefeveretan ku....
Quote faraway1 27-8-2012 08:55 PM
jangan sesedih dan jangan masak lagi smapai apa u masak tu habis di makan,
biarlah u hidangkan sampai 5 hari sekalipun lauk yang sama,
kata tak baik membazir dengan laki u...



Quote cmf_blingblings 27-8-2012 09:23 PM
Dah 15 tahun hidup bersama, tak pernah jadi hal-hal yg gini. Setiap kali masak mesti licin. Satu aja yg kita kena belajar, masak makanan yg suami SUKA, jgn sesekali masak macam ujian kat makmal ala-ala try test. Somi, kebanyakannya tak begitu thrill. Kalu mak dia org pandai masak kari maknanya bini pun perlu belajar utk buat kari yg jauh lebih sedap walaupun di mulut Somi kari mak dia lagi sedap. Asal licin tu kira A+lah..

Somi ni mmg leceh, kalau makanan yg dia org tak berapa suka atau tak pernah makan dia org tak nak try so jadilah kdg3 tu bila bini peluh2 cuba buat kek belang-belang dia tanya selamba.."Ini mcm kuih bengkang mak saya di kampung aja"

Kalau kita masak tapi suami tak nak makan bg aja pada anak2 jiran, bersedekah, bila budak2 ucapkan Bismillah, bertambah berkat rezeki utk kita.
Quote carly_lah 28-8-2012 10:04 AM
Loxlaxman posted on 27-8-2012 04:13 PM
Kicap jua kefeveretan ku....

patut ler wife lox malas nak masak laju2... dah boring dgn kicap ler tue...  cer tukar fevret kepada sos cili pulak... mungkin lepas ni laju jer wife lox masak...
Quote pot_pet 28-8-2012 11:18 AM
sy jarang masak n agak kurang pndai memasak,, bile sy masak wlpn x sesedap rase suami slu puji,, sedapnye ayg masak,, padahal amik ati jer tue,,, hahaha
Quote juita 28-8-2012 01:38 PM
faraway1 posted on 27-8-2012 08:55 PM
jangan sesedih dan jangan masak lagi smapai apa u masak tu habis di makan,
biarlah u hidangkan samp ...

yup...me pun buat gini ...selagi lauk tak habesss....tak dek masak lauk laen....huhuuu sambal sotong kering MIL masak ada lagik...tetiap kali makan me hidang...makan tak makan laen kira...selagik tak habes dan tak basi..me akan hidangkan gak.....

bab kakak ipar tuh.....klau umah dia dalam sejam, gigih me akan anto ke umah dia...kabo ni hidangan yg dia tak dpt jamah..kalu umah jauh ...sedekah je la pada jiran jemiran

Quote belita 28-8-2012 03:17 PM
Selalunya suami makan bila saya masak.  Cuma yg buat saya tension apabila saya dah siap masak n kelaparan tapi tak makan coz tunggu suami balik keje nak makan sama2.  Tup2 bila suami balik, dia ckp dia dah mkn kat luar tadi...(tak kiralah ada jamuan ke atau kwn ajak mkn kat luar ke...apa2 lah).....PErgggghhhhhh!!! Mmg bengang giler lah masa tu.  Dah ler kita masak bagai, menahan lapar lak tu.  Kan elok kalau kalau suami call ke sms ke bgtau dah mkn kat luar n tak pyh tunggu dia balik?

Sabar jer lah.  En. Suami mmg kena sound ler bila terjadi mcm tu.
Quote chenta_dewi 28-8-2012 11:35 PM
Suke bace komen aunty....aunty ni mesti baik...
Quote cikenet 29-8-2012 12:47 PM
penah alami situasi yg sama.....
bila dh penat2 msk,tetiba en suami kata xmor makan...
rs nak campak jer smua makanan msuk tong sampah...
Quote Hana 29-8-2012 03:54 PM
Ohhh..tak penah rasa situasi begini sebab malas nak masak.
aku sendiri pun lupa bila last aku masak.

solution paling senang - takyah masak.

Quote mamaezah 29-8-2012 05:04 PM
belita posted on 28-8-2012 03:17 PM
Selalunya suami makan bila saya masak.  Cuma yg buat saya tension apabila saya dah siap masak n kela ...

geramkan bila jadi lagu ni....len kali kita suh dia masak plak, pas tu kita kata tak lalu, suh dia oder pizza!!
tengok, muka dia bertukaq jadi muka pramlee atau ahmad nispu lepas tu lepas tu?

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058329 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top