CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Cuaca Panas Bukan Kemarau

24-2-2014 10:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11636| Komen: 59


Kuala Lumpur: Cuaca panas dan kurang hujan yang berlaku hampir di seluruh negara ketika ini bukan perkara luar biasa dan belum dianggap musim kemarau.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata rekod suhu tertinggi yang dicatat setakat ini masih berada pada julat biasa iaitu 36 darjah selsius berbanding tempoh sama satu ketika dulu, Chuping di Perak mencatat suhu lebih 40 darjah selsius.      

Beliau berkata, keadaan itu akan berterusan sehingga April berikutan penghujung musim Monsun Timur Laut.      
      
Katanya, Februari mengalami taburan hujan paling sedikit dan suhu purata maksimum yang dialami Malaysia agak tinggi sehingga April nanti.

“Keadaan panas sekarang tidak akan bertukar kepada sejuk seperti mana yang kita alami Januari lalu berikutan pengaruh angin sejuk dari Siberia. Kita sekarang berada pada penghujung musim Monsun Timur Laut, yang mana keadaan kekurangan hujan serta suhu agak tinggi pada waktu siang adalah biasa disebabkan kurang awan.

Alami cuaca panas

“Bagaimanapun, kita tidak anggap negara mengalami kemarau kerana keadaan itu ada kriteria tertentu dari segi meteorologi untuk kita sahkan situasinya. Namun, kita mengakui cuaca panas sekarang menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia yang mengalami catuan air.      
“Justeru, saya menasihatkan penduduk   bertahan dan melakukan langkah penjimatan air,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau mengulas keadaan cuaca panas sekarang yang menjejaskan kehidupan rakyat   berikutan empangan kering sekali gus langkah penjimatan air terpaksa dilakukan di kawasan tertentu menerusi catuan.

Air empangan kering

Ada kawasan yang tidak mengalami hujan sehingga sebulan menyebabkan air sungai dan empangan kering kontang di beberapa kawasan, termasuk di Sungai Sembrong, Kluang, Johor; Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor; Balakong, Selangor; Durian Tunggal, Melaka; Pasir Puteh, Kelantan dan Seremban, Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, Muhammad Helmi berkata, dalam tempoh empat hingga lima hari akan datang, tiada awan kumulus yang besar dan berada di kawasan tadahan air sesuai untuk menurunkan hujan.

Katanya, sistem cuaca tropika seperti Malaysia menyukarkan untuk membuat ramalan peratusan hujan turun berbanding di negara empat musim.

“Kita tidak boleh meramal secara tepat hujan turun di mana atau berapa banyak cuma secara am saja ikut peratusan. Lebih mudah untuk meramalkan hujan di negara empat musim,” katanya.                                

8

Bagus
19

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 22-2-2014 08:00 AM
no worries tempat me pun panas gila
Quote AbukRokok 22-2-2014 08:06 AM
sueism posted on 22-2-2014 08:00 AM
no worries tempat me pun panas gila

nu kat negara negara arab syumul...sepanjang tahun panas ja...ok ja dorang hidup

masalah kat mesia ni bukan takat itu saja...tambah lagi lambakan pendatang anak haram sampai berjuta juta.

Quote pakwetizzaqyah 22-2-2014 08:09 AM
AbukRokok posted on 22-2-2014 08:06 AM
nu kat negara negara arab syumul...sepanjang tahun panas ja...ok ja dorang hidup

masalah kat m ...

pergi la balik arab!!!!!
Quote dualchicks 22-2-2014 08:14 AM
komen org yg duk dalam opis tatau hal situasi sebenar...TV3suku dah tunjuk tanah padi kering hutan2 kat mesia pun byk terbakar dan kering...tatau apa istilah sebenar kemarau bagi org yg duk dlm opis meteoroloji neh
Quote ninja boy 22-2-2014 08:35 AM
muskil chuping di perak kah bukan di perlis kah
Quote LavaConcubine 22-2-2014 08:56 AM
ingat duduk kat negara 4 musim ker.... sedar sedarlah diri tu duduk katnegara tropika ...
Quote sueism 22-2-2014 08:57 AM
AbukRokok posted on 22-2-2014 08:06 AM
nu kat negara negara arab syumul...sepanjang tahun panas ja...ok ja dorang hidup

masalah kat m ...

tu yg bikin panas tu hahaha

Quote purpledesire 22-2-2014 08:58 AM
sampai dah hampir kering air sungai still bkn musim kemarau ker.?
Quote Artemesiaa 22-2-2014 09:08 AM
Tokey kedai air con tersenyum lebar dalam cuaca panas sebegini order banyak masuk
Quote ultra78 22-2-2014 09:17 AM
Lepas tu suruh rakyat jimatkan elektrik. Kalau kipas dan aircond on 24 jam mcm mana mahu jimat
Quote AbukRokok 22-2-2014 09:45 AM
purpledesire posted on 22-2-2014 08:58 AM
sampai dah hampir kering air sungai still bkn musim kemarau ker.?

spt di dalam artkel utk isytihar musim kemarau... ada kriteria...
kalau genting highland sebulan 20 hari hujan tapi Nilai sebulan hujan sehari je...nk kata musim kemarau gak ker

Quote purpledesire 22-2-2014 09:51 AM
AbukRokok posted on 22-2-2014 09:45 AM
spt di dalam artkel utk isytihar musim kemarau... ada kriteria...
kalau genting highland sebulan  ...

mmg musim kemarau pun..
Quote purpledesire 22-2-2014 10:00 AM
semalam keluar berita pasal sg kat kelantan hampir kering..kalo bkn kemarau kita nak definisi kan sbg apa erk.?
Quote Peterpan17 22-2-2014 10:16 AM
AbukRokok posted on 22-2-2014 08:06 AM
nu kat negara negara arab syumul...sepanjang tahun panas ja...ok ja dorang hidup

masalah kat m ...

Klu ko pergi negara Arab skrg ni, panas tp berangin. Jalan2 pun tak berpeluh. Sejuk anginnya.
Quote NAT_11 22-2-2014 10:50 AM
Kat negeri Arab, walaupun panas, tapi tak kering macam di Malaysia.
45 hari aku duduk di Mekah, tiap-tiap hari keluar, tapi bila balik Malaysia,
sumenya cakap, kulit aku putih dan muka berseri-seri................
Quote nolya 22-2-2014 12:09 PM
Artemesiaa posted on 22-2-2014 09:08 AM
Tokey kedai air con tersenyum lebar dalam cuaca panas sebegini order banyak masuk

Tokey tnb pun senyum ga, sebab bil letrik semua tinggi2.  
Quote xtahumenahu 22-2-2014 12:13 PM
Pukul 8 pagi da terik mcm tghr
Quote nolya 22-2-2014 12:17 PM
NAT_11 posted on 22-2-2014 10:50 AM
Kat negeri Arab, walaupun panas, tapi tak kering macam di Malaysia.
45 hari aku duduk di Mekah, tia ...

kalau balik dari Mekah dn ada perubahan wajah, itu ertinya anda dpt ibadah yg mabrur.  Alhamdulillah..... Saya suka tengok wajah2 orang yg mukanya berseri2 dgn aura imannya.  Mostly pd orang lelaki.  Kalau wajah orang perempuan, kebanyakan aura imannya terlindung dek mekap.
Quote cmf_rambutan 22-2-2014 12:18 PM


cuaca panas sampai jadi camni tempat paling lembab kat malaysia

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.067538 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top