CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fatwa Uae Haramkan Misi Ke Marikh

24-2-2014 10:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11225| Komen: 83


DUBAI - ARAB BERSATU. Pihak Berkuasa Hal Ehwal Islam dan Wakaf (GAIAE) di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan fatwa mengharamkan mana-mana individu terlibat dengan program yang cuba untuk mewujudkan koloni manusia di planet Marikh menjelang 2023.

Ketua jawatankuasa itu, Profesor Dr Farooq Hamada menyifatkan misi itu sebagai tindakan 'membunuh diri'.

“Perkara tersebut dijelaskan dalam Ayat 4, Surah An-Nisa yang bermaksud: Janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.

“Program jelajah sehala dikendalikan Mars One terbabit sememangnya mendatangkan risiko kepada kehidupan dan perkara tersebut tidak dibenarkan dalam Islam," jelasnya kepada DailyMail.

Menurutnya, ada kemungkinan seseorang itu tidak dapat menyesuaikan diri di planet merah tersebut dan terdedah kepada kematian.  

Difahamkan, fatwa berhubung pengharaman itu adalah antara dua juta keputusan yang diluluskan GAIAE sejak ia ditubuhkan pada 2008.

Khaleejtimes.com melaporkan, lebih 200,000 orang termasuk 500 warga Saudi dan negara rantau Arab telah mendaftar untuk menyertai program bernilai berbilion ringgit itu.

8

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanacinta 21-2-2014 03:44 PM
kenapa nak haram pulak...mane tau manusia boleh tinggal di planet lain...tak cuba tak tau...
Quote mehmet 21-2-2014 03:47 PM
tak pe aa,,biar aa sukses dulu...pastu dunia ni ada wabak kasi mati semua org...pastu tunggu aa diorg nak kasi fatwa camne lakk
Quote gogo2 21-2-2014 03:48 PM
“Perkara tersebut dijelaskan dalam Ayat 4, Surah An-Nisa yang bermaksud: Janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.

Bodohnya dia. Dia tak faham Surah An-Nisa yg ckp berbunuhan sesama diri dan bukannya bunuh diri. Lagipun pergi Mars bukan bunuh diri.
Quote nizam49 21-2-2014 03:55 PM
itu pendapat diorng....mazhab pnya ada 4..sbb lain pendapat...
Quote AbukRokok 21-2-2014 03:58 PM
nampaknya kapir laknat akan dpt menduduki planet marikh sepenuhnya ...dan planet marikh akan jadi planet kapirun
Quote AbukRokok 21-2-2014 04:01 PM
sib baik profesor sunni ni belum lahir pada zaman awal islam
klu x misi dakwah islam ke nusantara pun dia kata haram sebab iklim nusantara yg membiakkan byk nyamuk aedes dan parasit umpama membunuh diri.
Quote miss_pooh 21-2-2014 04:02 PM
bab nyawa bole pulak try n error ek
Quote AbukRokok 21-2-2014 04:03 PM
teringat plak sebelum zaman christopher columbus...ummah christian ckup takut seberang lautan atlantik sbb gereja kata dunia ni ada penghujung dunia...takut jatuh kat waterfall
Quote baulu 21-2-2014 04:04 PM
Tak pe... fatwa boleh bertukar.
Quote kentutmanis 21-2-2014 04:04 PM
lain negare lain fatwa, kat mesia lain negeri lain fatwa,yg pecahbelahkan org melayu islam bukannye org nasrani kristian tp sesame islam,ancaman tu dtg dr pak2 ustaz mufti yg perasan bagus sgt,JAKIM pon makin merepek2 lately,org agame kat negare ni bgaduh sesame sendiri tp rakyat biase rilex je
Quote pakwetizzaqyah 21-2-2014 05:12 PM
setuju dengan fatwa...buat apa??? baik tolong kayuh turbine..boleh gak jana kuasa elektrik..goyim oh goyim
Quote Badut.Sarkas 21-2-2014 06:58 PM
Sape kite nak persoalkan hukum Allah?
Quote pittjie 21-2-2014 07:03 PM
AbukRokok posted on 21-2-2014 03:58 PM
nampaknya kapir laknat akan dpt menduduki planet marikh sepenuhnya ...dan planet marikh akan jadi pl ...

rasa2nya kan, kalau ada umat islam duk kat marikh nnt, dia solat ngadap kiblat tu mcamana ek?
Quote cicicumel 21-2-2014 07:34 PM
Baru tgk GRAVITY...superb sangat view angkasaraya sana nun..tpi sgt2 scary la....
Quote Badut.Sarkas 21-2-2014 07:39 PM
pittjie posted on 21-2-2014 07:03 PM
rasa2nya kan, kalau ada umat islam duk kat marikh nnt, dia solat ngadap kiblat tu mcamana ek?

Kan dah ckp haram g marikh.. fatwa dah kuar. . Kite kena terima
Quote perang_candu 21-2-2014 07:42 PM
agaknya pegi ke marikh ni macam one way ticket je la kan..
Quote AbukRokok 21-2-2014 09:54 PM
pittjie posted on 21-2-2014 07:03 PM
rasa2nya kan, kalau ada umat islam duk kat marikh nnt, dia solat ngadap kiblat tu mcamana ek?

tanyalah angkasawan negara pertama cana dia solat dalam keadaan mengorbit bumi

Quote chazey 21-2-2014 10:00 PM
AbukRokok posted on 21-2-2014 09:54 PM
tanyalah angkasawan negara pertama cana dia solat dalam keadaan mengorbit bumi



Btw ada tak Muszaphar cakap tentang solat dalam kajian beliau? Bab makan roti canai sambil terapung2 aku ingat la.
Quote Irwan-Ahmad 21-2-2014 10:02 PM
di mintak mod @mbhcsf utk beri penjelasan fatwa tu betul ke tak...aku saja2 tak nak tulis english dgn mod ni pasal nak uji BM dia  

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.094749 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top