CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

2 Kanak-Kanak Mati Dikelar, Pembantu Rumah Bunuh Diri !

26-2-2014 01:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28742| Komen: 230

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun mati dipercayai dikelar pembantu rumah mereka sebelum dia membunuh diri di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritenden Junaidi Bujang berkata, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi hingga 6 petang ketika ibu bapa dan anggota keluarga lain tiada di rumah berkenaan.

"Kejadian itu diketahui kira-kira pukul 6 petang selepas nenek mangsa pulang ke rumah. Dia menjumpai mayat cucunya yang berusia setahun enam bulan dan pembantu rumah warga Indonesia di bilik pembantu rumah.

"Seorang lagi cucunya yang berusia lima tahun dijumpai di tingkat atas," katanya.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati pembantu rumah berusia 30 tahun yang bekerja hampir dua tahun itu dipercayai membunuh kedua-dua kanak-kanak itu sebelum membunuh diri dengan mengelar lehernya.

Junaidi berkata, tiada sebarang kesan pecah masuk dan empat anjing peliharaan keluarga berkenaan tidak menyalak ketika kejadian berlaku.

"Ketiga-tiga mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kita juga menjumpai tiga bilah pisau yang dipercayai digunakan untuk
membunuh," katanya. 


Bagus
1

Marah
3

Terkejut

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapp73 26-2-2014 12:24 AM
Ya Allah...maid mental, menakutkan  kesiannya kekuarga ni hilang anak 2 org sekaligus...disembelih. memang jahanam maid indon tu...takziah
Quote lavajeans 26-2-2014 12:26 AM
camner tak ramai ramli...

wa yg waras ni pun dorang kata sinting...

fitnah yg nyata...sampai kubur wa tak maafkan...





Quote cmf_blingblings 26-2-2014 12:31 AM
Ya Tuhanku....
Apalah dosa kanak-kanak tu....pembantu gila meroyan kot.
Quote slavehunter 26-2-2014 12:35 AM
Ni mesti maid ni dendam kot kat family tu...bila parents keluar dia kelar budak2 tu...
Quote lavajeans 26-2-2014 12:36 AM
cmf_blingblings posted on 26-2-2014 12:31 AM
Ya Tuhanku....
Apalah dosa kanak-kanak tu....pembantu gila meroyan kot.

dah ajal..sampai masa....

malaikat maut jalankan tugas..



Quote katak hijau 26-2-2014 12:39 AM
Parents pun serahkan 100% anak pada maid. Padahal 5 thn dah boleh hantar tadika. Tghari boleh ambik balik sekolah singgah lah d rumah. Boleh jengok anak sorang lagi. Kenapa mesti percaya bulat2 pd maid even maid dah lama bersama?
Quote tongkatwaran75 26-2-2014 12:41 AM
Quote mommymonster82 26-2-2014 12:43 AM
katak hijau posted on 26-2-2014 12:39 AM
Parents pun serahkan 100% anak pada maid. Padahal 5 thn dah boleh hantar tadika. Tghari boleh ambik  ...

Kan tulis situ kejadian antara 8pg-6pm... Nenek dia pon dtg jumpa pukul 6
Quote mommymonster82 26-2-2014 12:44 AM
Kesiaannya... Sewel betul....
Quote nurul_akmar 26-2-2014 12:45 AM
ya allah. apa kejam sgt maid tu. nak bunuh diri, bunuh la sensorg
Quote lemak_masin 26-2-2014 12:52 AM
Apalah masalahnya sampai bunuh anak orang.. Kelar diri sndiri cukup la.. Sian keluarga ni..
Quote Czaziq 26-2-2014 12:59 AM
siannya.. aku smpi bebila pun xkan amek maid. trauma dgr cite kawan aku maid dia tenyeh nasik kat anak dia yg umo 4 tahun. nasib baik terbongkar peel sewel maid dia. kawan aku pon da benti keje n jaga anak2 dia akhirnya.
Quote cmf_blingblings 26-2-2014 01:01 AM
Chinese house ni, ada kes lain kot
Quote siti_kus 26-2-2014 01:09 AM
Ish x tau nak cakap apa
Quote chazey 26-2-2014 01:15 AM
cmf_blingblings posted on 26-2-2014 01:01 AM
Chinese house ni, ada kes lain kot

Entah apsal, aku pun rasis fikir menda sama.
Quote clarizsa 26-2-2014 01:19 AM
kesian budak kecik... isk... sewel pnya maid.. ko nk mati, matila sorg... nape nk bunuh budak pulak?
Quote edee_91 26-2-2014 01:19 AM
siti_kus posted on 26-2-2014 01:09 AM
Ish x tau nak cakap apa

chinese dan layan maid mcm hamba abdi berpisah teda?

Quote katak hijau 26-2-2014 01:22 AM
mommymonster82 posted on 26-2-2014 12:43 AM
Kan tulis situ kejadian antara 8pg-6pm... Nenek dia pon dtg jumpa pukul 6

Itulah maksud aku. Bila the entire office hours digunakan parents utk ke ofis maka dia tak tau maid buat apa kat rumah. Plus, dia x call ke tanya anak2 buat apa?
Quote machiko 26-2-2014 01:31 AM
lemak_masin posted on 26-2-2014 12:52 AM
Apalah masalahnya sampai bunuh anak orang.. Kelar diri sndiri cukup la.. Sian keluarga ni..

Hati puas, mungkin? Maid tak ditreat dgn baik, so alang2 nak bunuh diri, bunuh sekali anak2 tu, mati pun puas hati.. But, that's only a speculation of mine

Lihat semua komen(230)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.055130 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top