CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Hormati Tempoh Edah, Aksi Intim Erra & Awie Dikurangkan

27-2-2014 12:47 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 34841| Komen: 159

Hormati Tempoh Edah, Aksi Intim Erra & Awie Dikurangkan




KL, 26 FEB 2014: Bahang pementasan konsert Teaterikal Suara Kita kian terasa dan kini keseluruhan produksi kini sibuk dan bertungkus lumus memenuhi jadual latihan bagi menampilkan persembahan mantap di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 Mac ini.

Semua maklum mengenai kisah penceraian salah seorang tunggak utama pementasan ini iaitu Erra Fazira menjadikan ia lebih hangat diperkatakan. Namun bagi pengarahnya iaitu Erma Fatima, dia akui terdapat kesukaran dan batas yang harus dia patuhi dalam adegan yang melibatkan aktres jelita tersebut bersama Awie.

“Keserasian diantara Awie dan Erra dilihat masih sama dan mereka dapat menjiwai watak masing-masing bagi adegan yang dipetik daripada filem Sembilu. Namun bagi menghormati status Erra kini dan juga batas norma kita saya terpaksa ubah semula beberapa babak intim di antara mereka. Ini adalah permintaan daripada Erra sendiri.

“Ini kerana ada yang mempertikaikan isu Erra yang masih dalam tempoh edah dan sebagainya tetapi secara hukumnya ia bukanlah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.  

“Kalau nak diikutkan, saya mempunyai hak untuk mempertahankan karya ini agar tidak lari daripada jalan cerita sebenar filem. Semua yang pernah menonton Sembilu pasti ingin mendapat gambaran yang sama di dalam pementasan ini,”ujarnya mengenai dakwaan sesetengah pihak mengenai babak intim Awie dan Erra yang dilakonkan sebagai teaser pementasan baru-baru ini.

Bercakap daripada sudut pandangan seorang pengarah, Erma akui bahawa sukar untuk merealisasikan mood yang sama didalam filem ke atas pentas setelah 20 tahun masa berlalu dan pelbagai kisah yang berlaku.

Atas permintaan Erra sendiri yang juga teman baik kepadanya, Erma akur dan cuba yang terbaik untuk tidak menghampakan penonton dan dalam masa yang sama menjaga nama baik Erra sendiri.

“Filem Sembilu adalah filem yang penuh dengan babak-babak intim. Ada di antara babak-babak tersebut yang menjadi kekuatan serta ingatan utama penonton terhadap filem itu.

“Tetapi bagi mengelakkan ia memberikan implikasi negatif pada pelakon, babak intim akan dikurangkan tetapi tidaklah sampai mengubah momentum asal yang dilakonkan mereka dalam filem tersebut.

“Ini adalah permintaan daripada Erra sendiri dan dia yang sudah saya anggap seperti adik saya sendiri, saya cuba untuk tidak mencemarkan nama baiknya,”tambah pengarah itu lagi ketika ditemui pada sesi latihan mereka di Istana Budaya,semalam.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 27-2-2014 12:26 PM
lepas edah leh buat apa saja la ek?
prfffftttt..
Quote peah311 27-2-2014 12:26 PM
la..kalau dah habis edah baru boleh nak menggatal ke...? adoi
Quote Meme_Lipton 27-2-2014 12:27 PM
lepas edah boleh la intim intimate..
Quote opie5662 27-2-2014 12:30 PM
alaaa...time edah kemain jage lagi..takmo peluk la...time jadi bini org peluk sane sini takpe plak..hai la doniya...terbalik sgt dah
Quote eira_gurl 27-2-2014 12:32 PM
tgh edah ke, dah abes edah ke.. ttp harammm erraa oiii
Quote Denco 27-2-2014 12:34 PM
pandai nye artis buat hukum sendiri
dlm syarak ada ke kata abes edah bole buat segala
Quote cloudy_83 27-2-2014 12:36 PM
habis la orang rumah awie ni tahan ke tak dengan tempias sembilu ni
Quote SiMontel 27-2-2014 12:37 PM
hmmmm ye ker...
Quote azanorehan 27-2-2014 12:41 PM
tgk dlm meletop baru2 ni..ada rasa meluat tgk erra..gedik2 kat awie
Quote aminsaniah 27-2-2014 12:42 PM
boleh tambah statement ni kt thread koleksi ststement bengap artis..
Quote fifie_olin 27-2-2014 12:46 PM
edah pon sbb cerai idop...
lain la cerai mati..
ye dakk
Quote Syd 27-2-2014 12:54 PM
sehari pas cerai, dah berpeluk kan?

ada jah gambar tu hari kat paper

kita tengok je laa sampai ke sudah nyer nanti
Quote Sayamama 27-2-2014 12:55 PM
Hadoi la .. hari tu peminat gak yg komplen... erra masih dalam edah dok intim2 sgt berlakon ngan awie atas pentas... so dia dgr cakap peminat.. so kurangkan la...... agar x jd cacian... masih salah jugak?? OMG..

teater ni dah dirancang lama sbl dia divorced.... abeh tu takkan sbb dia divorced nak kene batalkan pulak... byk pihak terlibat dowh.... dan takkan nak tunggu teater abis baru nak cerai pulak... date naik mahkamah bukan errayg tentukan... alahai fans oi....
Quote brookemcqueen 27-2-2014 12:56 PM
Kang kata artis msia ni bodo kang marah pulak
Quote AdamBillionaire 27-2-2014 12:57 PM
dosa tetap dosa...

betina bukit bintang tetap betina..

do i care?
Quote vutsi 27-2-2014 01:04 PM
kenyataaan oleh si dung dung dung
Quote kaseh80 27-2-2014 01:07 PM
dalam rancangan meletop nmpk kegedikan erra

tersengihsengih siap tepuk tampar peha awie
Quote F685 27-2-2014 01:08 PM
Sayamama posted on 27-2-2014 12:55 PM
Hadoi la .. hari tu peminat gak yg komplen... erra masih dalam edah dok intim2 sgt berlakon ngan awi ...

bagus la tu dia dgr pandangan/cakap orang tapi tak yah lah bagi statement cam tu
senyap2 je la nk kurangkan aksi intim tuu ..

"dan takkan nak tunggu teater abis baru nak cerai pulak"

tak de problem pun pasal teater tu .. continue je lah tanpa kira apa status pun isteri/janda
boleh je menyanyi tanpa bersentuhan

kalau berteater/berlakon masa status isteri org pun tetap kena jaga batas & hukum agama
lebih baik berhenti je jadi artis lagi senang ..
Quote F685 27-2-2014 01:09 PM
Statement Erma ni

“Ini kerana ada yang mempertikaikan isu Erra yang masih dalam tempoh edah dan sebagainya tetapi secara hukumnya ia bukanlah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.  


Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.113382 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top