Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Wook@Murniyati A Rahman, 34, dari Perumahan Kos Rendah Kampung Bukit Tunggal, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. Wook didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik Arisah Abdullah, 62, sebelum mencuri barangan seperti sebuah televisyen Samsung 42 inci, ketuhar gelombang mikro jenama Vidigo, pengisar roti, pakaian dan beg pakaian, enam permaidani, set pinggan mangkuk, cadar dan langsir, kerusi lipat plastik, kain samping benang emas, mesin senaman jenama Osim dan pembesar suara. Dia yang mempunyai rekod lampau berkaitan kes curi didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Ibai, di sini, jam 11 malam pada 17 Februari lalu. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Wook tidak diwakili peguam. Mengikut fakta kes, mangsa meninggalkan rumahnya dalam keadaan baik pada jam 11 pagi, 1 Disember tahun lalu untuk ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, pada 17 Februari lalu, mangsa menerima panggilan daripada jiran memaklumkan rumahnya dipecah masuk dan mangsa yang tiba di rumah keesokannya mendapati pelbagai barangan hilang sebelum membuat laporan polis. Wook sebelum ini pernah digelar ‘Spiderwoman’ selepas tindakan nekadnya memanjat tingkat tiga sebuah asrama sekolah menengah di bandar raya ini semata-mata ingin mencuri kabel besi tembaga dan dia dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM1,500 kerana kesalahan itu.
|
norhaz posted on 28-2-2014 07:20 AM
Macamana dia angkut semua barang2 tu ya..takkan pakai lori kot..
ADVERTISEMENT