CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pelajar Tingkatan Empat Dijumpai Mati Tergantung

2-1-2013 12:33 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10436| Komen: 59




GUA MUSANG – “Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu.” kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, yang mati tergantung, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.
Che Mat berkata, dia menyedari kejadian berkenaan ketika terdengar jeritan kuat daripada abang mangsa, Mohamad, 22, yang terkejut melihat adiknya tergantung dalam bilik tidur.
Katanya, ketika itu dia baru pulang dari bekerja sebagai tukang rumah dan mangsa bersama abangnya sahaja yang berada di rumah.
“Saya pulang dari kerja, terus menunaikan solat Asar dan keluar semula dari rumah untuk membersihkan kereta sambil memeriksa bateri kerana ingin ke luar lagi.
“Ketika sedang melakukan kerja, saya terdengar suara kuat abang mangsa yang menjerit, lalu saya bergegas naik ke rumah menuju ke bilik,” katanya.
Menurut Che Mat yang juga peneroka Felda, hanya beberapa minit selepas dia memotong tali yang menjerut leher anaknya, terus meninggal dunia dan gagal diselamatkan.
“Setahu saya, dia (arwah) tidak bercinta dengan mana-mana budak perempuan hingga sanggup bertindak demikian, tetapi yang saya tahu dia berkeadaan muram selepas kemalangan jalan raya sejak lima bulan lalu,” katanya.
Che Ma berkata, arwah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dan kepalanya terhantuk di permukaan jalan.
“Bermula dari situ, dia anak bongsu daripada 13 beradik, tidak lagi ceria dan kerap berkurung dalam bilik, tetapi dia memang bersedia untuk bersekolah semula di tingkatan lima apabila persekolahan dibuka Januari ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan motifnya dalam siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi semalam. – SINAR HARIAN

Kredit: http://ipanas.blogspot.com/


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jonlabu 2-1-2013 11:37 AM
mungkin ada kesan terhdp dirinya akibat eksiden itu yg tidak diketahui keluarga.
Quote cikatilia 2-1-2013 11:39 AM
ya Allah dik oi
kenapa bunuh diri.. huhu

takziah utk parents and keluarga
Quote tiewa 2-1-2013 11:41 AM
mungkin fikirannya terganggu..
al-fatihah utk arwah..
Quote lasagnaklcc 2-1-2013 11:41 AM
mula2 ingatkan perempuan tadi...

Quote siputsedut 2-1-2013 11:46 AM
takziah..sedihnya baca ayat first..
ada something kat kena ke kesan dr hantukan?
Quote maja07 2-1-2013 11:46 AM
Ada masalah yang tak di ceritakan kat suratkhabar kot ni...
Quote InVendeTTa 2-1-2013 11:51 AM
mungkin dia rasa x bersedia nak sambung masuk sekolah balik kot
kesian nyer idup tekanan mcm tu
Quote zorrro_03 2-1-2013 11:51 AM
Biar lah dia nak mati. Kalau betul dia mengalami masalah mental /depress akibat kemalangan moga Allah letak dia bersama org2 baik. Kalau mmg dia gatal2 gantung diri,  tunggu lah malaikat bedal.
Quote prettyuglybabe 2-1-2013 11:52 AM
takziah..



Quote geng_tx 2-1-2013 11:53 AM
gegaran otak boleh membuatkan sesorang itu menjadi pembunuh

samada bunuh orang, atau bunuh diri sendiri

kebanyakkan serial killer mempunyai sejarah kepala terhantuk.

Quote snipersnake 2-1-2013 11:55 AM
aku ada baca pasal concussion gak. harap2 Allah ampun kan dosa dia dan dosa kita semua
Quote asher 2-1-2013 11:56 AM
al-fatihah..
Quote johnazizul 2-1-2013 11:57 AM
Depression halusinasi dan lain2... Bersangka baik
Quote singajantan 2-1-2013 12:05 PM
alfatihah ..siannya
Quote solstice 2-1-2013 12:17 PM
Gangguan mental kut
Cerebral concussion
(Sangka baik)
Quote ctaz 2-1-2013 12:28 PM
takziah...
Quote TimahMulia 2-1-2013 12:59 PM
kesiannya.. kak tim pun rasa mungkin kerencatan otak sebab accident tu..
Quote ell768 2-1-2013 01:05 PM
takziah pd keluarga mangsa..
Quote kechikchomel 2-1-2013 01:06 PM
takziah

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.051834 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top