CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalanraya Ditutup Kerana Katak !

3-3-2014 10:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6697| Komen: 24

LINCOLNSHIRE, England - Sebatang jalan di bandar ini akan ditutup selama sebulan bagi membolehkan kodok melintas untuk tujuan pembiakan
Jalan berdekatan Sleaford di sini akan ditutup kepada semua kenderaan supaya spesies amfibia tersebut boleh melintas dengan selamat.

Beberapa sukarelawan turut diperlukan untuk membantu haiwan kecil ini melintas jalan.

Penyelaras operasi katak tersebut, Fiona Cousland berkata, pada tahun lepas kira-kira 40 pasang kodok jantan dan betina mati ditemui mati akibat digilis kenderaan pada setiap hari.

"Saya mencari sukarelawan untuk membantu kodok-kodok ini melintas dari hutan berdekatan untuk membiak," kata wanita itu.
"Pada tahun lalu, beribu-ribu ekor kodok mati digilis di jalan ini," tambahnya.

Kodok-kodok menyeberangi jalan berkenaan pada waktu malam sekali gus menyebabkan haiwan itu sukar dilihat oleh pemandu terutamanya ketika hujan. 


AGENSI PAPAN tanda mengingatkan pemandu berhati-hati melalui jalan berkenaan.


KODOK di Sleaford menyeberang jalan untuk mengawan pada waktu malam


Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 1-3-2014 05:19 AM

AGENSI PAPAN tanda mengingatkan pemandu berhati-hati melalui jalan berkenaan.


KODOK di Sleaford menyeberang jalan untuk mengawan pada waktu malam


Quote marine_admiral 1-3-2014 05:35 AM
lamanya tutup sampai sebulan,, untungla jadi katak kt England
Quote jazaa 1-3-2014 07:00 AM
marine_admiral posted on 1-3-2014 05:35 AM
lamanya tutup sampai sebulan,, untungla jadi katak kt England

iya lorrrr.....
tak le katak tu mati katak.......
Quote sahamboi 1-3-2014 07:07 AM
Ni mesti diorg nak cari katak jelmaan raja england ni. Si puteri tengah menunggu di istana untuk mencium katak2 yg melintas jalan.
Quote ultra78 1-3-2014 07:34 AM
Syumul sungguh negara ini

Quote True-X 1-3-2014 07:40 AM
Kenape diorg x watkan terowong kecik bawah jalan tuh utk katak2 tuh melintas...
Quote AdamBillionaire 1-3-2014 07:57 AM
True-X posted on 1-3-2014 07:40 AM
Kenape diorg x watkan terowong kecik bawah jalan tuh utk katak2 tuh melintas...



katak tu tak pandai guna kemudahan awam..


dah di bini jejantas sibuk nk cross jalan raya..
Quote faraway1 1-3-2014 08:23 AM
AdamBillionaire posted on 28-2-2014 06:57 PM
katak tu tak pandai guna kemudahan awam..

sebenarnya katak reti melintas dalam terowong,
sekali kami kat hemer, jerman, my friend penduduk situ
tunjuk ada satu area situ ada jalan untuk katak...
dan katak semua lalu situ bukan kat jalan raya.

Quote AdamBillionaire 1-3-2014 08:25 AM
faraway1 posted on 1-3-2014 08:23 AM
sebenarnya katak reti melintas dalam terowong,
sekali kami kat hemer, jerman, my friend penduduk  ...

urm.. ok..
Quote airfilterrezza 1-3-2014 10:13 AM
tongkatwaran75 posted on 28-2-2014 09:19 PM
AGENSI PAPAN tanda mengingatkan pemandu berhati-hati melalui jalan berkenaan.

wa bukan apa..

wa tengok je katak..

wa tingat cite peberet gua..

ali setan...

gelak guling2 wa gitau lu orang suma..


Quote -electrifying- 3-3-2014 04:33 PM
airfilterrezza: wa bukan apa..wa tengok je katak..wa tingat cite peberet gua..ali setan...gelak guling2 wa gitau lu orang suma..


nk gelak jugak boleh? ;p
Quote yenil95 3-3-2014 04:37 PM
kaki katak banyak jer aku jumpa kat pasar..
lagi banyak bikkan katak, lebih banyak supply kaki katak...
Quote Zamzari 4-3-2014 12:18 AM
usaha agar kejadian mati katak dapat dikurangkan...
Quote pinksarah 4-3-2014 02:00 AM
faraway1 posted on 1-3-2014 12:23 AM
sebenarnya katak reti melintas dalam terowong,
sekali kami kat hemer, jerman, my friend penduduk  ...

oh..

now i understand these signs..

kekadang nampak ada tanda haiwan rusa then dlm red triangle sign,bwh tu tulis 'calming area',slow down..

kekadang haiwan lain pun ada..hahaha

tp i jumpa dkt country side,dkt bandar2 besar x de lah
Quote munchkin 4-3-2014 02:51 AM
faraway1 posted on 1-3-2014 08:23 AM
sebenarnya katak reti melintas dalam terowong,
sekali kami kat hemer, jerman, my friend penduduk  ...

comelnya... katak pun reti ikut undang2.
Quote clarizsa 4-3-2014 02:54 AM
euww katak.. ish..
Quote esbok 4-3-2014 10:34 AM
bagusnya.


malaysia ni, anjing kucing orang langgar buat bodoh je. ingat bile kene langgar binatang ni takde perasaan sakit ke. penah tengok depan mata, kereta tak nak slow down, assuming anjing tau berhenti gamaknya. Dia langgar anjing yg nak melintas jalan yg lebar setakat mana je. Bodoh. Kalau dia tak sengaja dia tak bodoh, tapi kalau sengaja memang bodoh sekali lagi.
Quote kenarikelabu 4-3-2014 10:48 AM
Nasib baik katak ni dok England nu....kalu kt Malaysia sini, dah lama kena bedal buat sup ngn Vietnam Thai Myanmar....
Quote haryatie 4-3-2014 10:49 AM
waaa...istimewa nya katak..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.067508 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top