CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Burung Helang Jadi Penumpang Kapal Terbang

6-3-2014 03:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11173| Komen: 43

Lazimnya, syarat yang ditetapkan untuk menjadi seorang penumpang dalam sebuah kapal terbang komersial, seseorang itu mestilah seorang manusia..Bagi penumpang haiwan pula, mereka akan ditempatkan di ruangan kargo..Namun, dalam sebuah penerbangan ini, terdapat beberapa ekor haiwan seperti diberikan kebenaran khas untuk duduk di tempat duduk penumpang manusia..Nak tengok? Meh usha kat bawah ni..

Sebuah laman web rangkaian sosial yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Reddit telah berkongsi beberapa keping gambar yang telah diambil oleh seorang penumpang yang terkejut dan berasa pelik apabila dia sebenarnya duduk bersebelahan dengan 12 ekor burung helang dalam penerbangannya. Walaupun begitu, kesemua 12 ekor burung helang berkenaan tidak menganggu penumpang lain dan bersikap baik sahaja sepanjang penerbangan. 

Penumpang tersebut berkata penerbangan dengan penumpang haiwan ini berlaku ketika perjalanan dari Casablanca menuju ke Abu Dhabi. Dia turut berasa hairan kerana sepatutnya haiwan perlu diempatkan di ruangan kargo dan bukan bersama penumpang lain. Kesemua burung ini milik kepada seorang lelaki berketurunan Arab yang juga penumpang kapal terbang tersebut.


Menurut atendan penerbangan, lelaki Arab itu telah menempah 3 kerusi tempat duduk dalam pesawat itu bagi menempatkan burung helangnya, manakala si lelaki Arab duduk di kerusi kelas pertama. Lelaki Arab berkenaan turut menggunakan pengaruhnya di dalam syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan hak istimewa berkenaan.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AdamBillionaire 5-3-2014 09:04 PM
adam fikir burung lelaki arab tu terbang sekali..
Quote mnaa 5-3-2014 09:51 PM
Dia letak pelapik la kot ek, takut berak lak
Quote Artemesiaa 5-3-2014 10:16 PM
Wah falcon duduk kat passenger seat akten tak nak masuk cargo
Quote imransulaiman 5-3-2014 10:41 PM
ingatkan sekor saja...segerombolan rupanya! hahahaha
Quote cmf_Kimmy 5-3-2014 11:17 PM
selama ni dia asyik terbang je...sekali dia dpt naik kapal terbang.....tak payah susah2 nak terbang...
Quote fizarahman 5-3-2014 11:37 PM
rehatkan sayap la tuuuuu...hihihi...
Quote ida88 6-3-2014 12:26 AM
Agaknye brp la dorg cas utk sekor burung saje
Kaye bebenar org arab ni
Kelasss gitu
Quote keladi_merah 6-3-2014 12:48 AM
kenapa x terbang je. kan ada sayap original takpayah guna sayap kapal terbang tu
Quote shernazz 6-3-2014 02:20 AM
burung tu saje dh mahal
ape ade hal na beli tiket untuk depa2 neh
Quote saladin780 6-3-2014 07:20 AM
hehe lucu plak..tp tgk macam berdisiplin je burung2 tu..dok tegak je
Quote supernaturalee 6-3-2014 08:18 AM
over sgt aih

tingat iklan kopi
bos kt kargo, parcel kt seat penumpang

fokus!fokus!
Quote cikatilia 6-3-2014 08:25 AM
wah wah wah
mewah gitu bebird tuh
Quote yusra 6-3-2014 08:42 AM
ada pengaruh katakan....biasaklah tu...
hewan tu tak kaco orang lain pon kira ok lah tu...
cuma bukan di tempatnya je..
Quote saladin780 6-3-2014 10:25 AM
pramugari: excuse me mr helang..would you like something to eat..we have daging tikus, anak ayam n daging arnab served with biji jagung or kuaci

agak2 camni ke dialog pramugari ngan burung2 tu
Quote shuk_one 6-3-2014 10:29 AM
cam mana burung ni boleh dok diam je....
ke memang nature diorang dok diam tegak cam tu?
Quote amikie 6-3-2014 10:35 AM
caya lah helang....

relax je tegak kat seat memasing..

janji x kacO yg lain kira ok la tu..
Quote prettyuglybabe 6-3-2014 10:35 AM
bagus la dia sayang binatang peliharaan dia. sanggup berhabis nak bagi mereka selesa
Quote stillen 6-3-2014 11:05 AM
Kalau aku kaya pun leh buat..tp susah lak xde pengaruh yg kuat
Quote mrsT 6-3-2014 11:18 AM
amboi..amboi...amboi.. kelass ko eagle..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.114278 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top