Dikesan di Pulau Perak “Kali terakhir pesawat itu dikesan berada berhampiran Pulau Perak, di perairan Selat Melaka, pada jam 2.40 pagi oleh menara kawalan udara berhampiran sebelum isyarat hilang tanpa sebarang petunjuk,” katanya. Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 kru itu kemudian dilaporkan memasuki ruang udara Selat Melaka sebelum isyaratnya kali terakhir dikesan ketika berada berhampiran Pulau Perak, yang masih dalam perairan negara. Kemungkinan itu disokong dengan laporan polis oleh beberapa penduduk yang mendakwa melihat kelibat cahaya lampu besar dan pesawat terbang rendah, dengan anggaran ketinggian 1,000 meter dari paras laut di Kota Bharu, Kelantan. Sejak kelmarin, ATM dan Tentera Nasional Indonesia dengan dibantu pasukan keselamatan yang terbabit dalam SAR, menjalankan gerakan mengesan pesawat berkenaan di perairan Selat Melaka dengan skop kawasan dibahagikan kepada lima zon pencarian membabitkan pelbagai pasukan.
|
ADVERTISEMENT