CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Game `Bomoh' Diperkenalkan

17-3-2014 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6605| Komen: 21


Kuala Lumpur: Di sebalik kekecohan aktiviti perbomohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, timbul pula permainan video yang dinamakan Bomoh diterbitkan kelmarin.

Permainan yang hanya boleh diakses melalui platform Android itu memerlukan pemain mencari pesawat yang hilang dengan cabaran musuh bernama ‘Black Garuda’.

Individu yang bermain berlakon seakan-akan bomoh terbang dengan permaidani sakti dan hanya membawa ‘senjata’ seperti air suci, kelapa dan kayu.

Pemain perlu mencari pesawat yang tersembunyi di dua kawasan iaitu udara dan darat bagi mendapatkan markah untuk peringkat seterusnya. Pemenang akan dikira dengan jumlah pesawat dijumpai.

Mengulas tindakan pihak tertentu cuba mengaut keuntungan daripada usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang Sabtu lalu itu, pegawai psikologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Jalan Semarak, Zulfikar Ahmad berkata, individu berkenaan ‘sakit’ dan hanya mementingkan diri.

Beliau berkata, kegiatan mengambil untung di atas kesusahan orang ramai seperti menawarkan khidmat mencari pesawat MH370 dengan sejumlah upah atau menjual domain www.mh370.com di laman lelong e-Bay adalah perbuatan tidak bermoral dan mementingkan diri.

“Jika usaha bagi mengisi tabung membantu misi SAR ia tindakan mulia, namun apabila hanya masuk poket sendiri, itu dikategorikan sebagai mementingkan diri,” katanya.

Zulfikar berkata, penggunaan bomoh dalam usaha mencari dan menyelamat itu juga disifatkan sebagai tidak relevan, bertentangan dengan syarak dan memberi kesan negatif kepada masyarakat.

“Segelintir masyarakat percaya insiden kehilangan pesawat ini atas faktor luar biasa. Namun, majoriti menganggap kaedah bomoh itu tidak rasional seolah-olah mempersendakan senario yang kini mendapat perhatian dunia,” katanya.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 16-3-2014 11:10 AM
tujuan nak mencari kapal terbang ke game ni? patut anak i semalam bagitau dah ada game bomoh...
Quote tongkatwaran75 16-3-2014 11:11 AM

PERMAINAN dinamakan Bomoh diterbitkan kelmarin.
Quote gogo2 16-3-2014 11:12 AM
Abe Tong hanya TT bebenang serpihan MH370
Quote boyagombak 16-3-2014 11:30 AM
macam2 org ambik kesempatan atas bencana org lain
Quote bfemmamaembong 16-3-2014 11:36 AM
tongkatwaran75 posted on 16-3-2014 11:11 AM
PERMAINAN dinamakan Bomoh diterbitkan kelmarin.

hahahahahaha...macam2
Quote SUHA 16-3-2014 11:59 AM
Lps ni budak sekolah bolehla jadikan bomoh sbg profesion... Syarat kelayakn kena tampa boya tembaga smpi mati dlu, bru leh join akademi bomoh Last edited by SUHA on 16-3-2014 12:00 PM

Quote ajinomotonosuga 16-3-2014 12:41 PM
[youtube]xDOK3i89pk8[/youtube]
Quote mziskandar 16-3-2014 12:52 PM
game tampor buaye x de?
Quote johndoe17 16-3-2014 12:55 PM
Camne nak main tu? Goyang2 buah kelapa..?.
Quote eragon 16-3-2014 01:39 PM
Bomoh kena minta royalti bi. Ceduk idea dia buat game.
Quote munchkin 16-3-2014 01:43 PM
Berjaya cari publisiti gok moh ni
Quote Radzor 16-3-2014 02:31 PM
0 download
Quote tongkatwaran75 16-3-2014 02:38 PM
noor2 posted on 16-3-2014 11:10 AM
tujuan nak mencari kapal terbang ke game ni? patut anak i semalam bagitau dah ada game bomoh...

Adeban anak ko noor...
Cam maknye juga...
tapi jgn tang game jer la...
Quote noor2 16-3-2014 02:43 PM
tongkatwaran75 posted on 16-3-2014 02:38 PM
Adeban anak ko noor...
Cam maknye juga...
tapi jgn tang game jer la...

bebudak biasala...

Quote gadget 16-3-2014 02:47 PM
ha'ah....ada...i just checked my tab...tp malas nk download...serve him right kena tangkap...betul2 memalukan...stupid
Quote zorrro_03 16-3-2014 03:26 PM
gogo2 posted on 16-3-2014 11:12 AM
Abe Tong hanya TT bebenang serpihan MH370

itu lah selayaknya bagi beliau yg hanya tahu buka thread tajuk bodoh tahap tong sampah.  
Quote gogo2 16-3-2014 03:27 PM
zorrro_03 posted on 16-3-2014 03:26 PM
itu lah selayaknya bagi beliau yg hanya tahu buka thread tajuk bodoh tahap tong sampah.

Takde lah. Ai respek Abe Tong. Jgn ckp camtu. Nanti sakit hati.
Quote zorrro_03 16-3-2014 10:30 PM
gogo2 posted on 16-3-2014 03:27 PM
Takde lah. Ai respek Abe Tong. Jgn ckp camtu. Nanti sakit hati.

Masalahnya perbuatan beliau juga sakitkan hati. Memalukan.  Harap mod @perang_sivil potong kredit mamat tu juga sebab selalu buka thread hread melambak dan buat tajuk melencong aka memualkan.  ol:
Quote Muntz 16-3-2014 10:37 PM
Dah lama tak dengar istilah "video game".

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.667726 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top