CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ajai & Soo Wincci Nyanyi Lagu Coca-Cola Untuk Piala Dunia.

26-3-2014 12:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10639| Komen: 39

Description: Jelas Lim Yvette Lagi, Menerusi Lagu Gabungan Sejagat Berkenaan, Peminat Setia Piala Dunia Disarankan Untuk ‘Makan Bola, Tidur Bola Dan Minum Coca-Cola’ Sambil Menikmati Kehebatan Lagu The World Is ...

AJAI & SOO WINCCI NYANYI LAGU COCA-COLA UNTUK PIALA DUNIA.

KUALA LUMPUR, 25 MAC 2014: Tiga penyanyi  terkenal tanah air, Soo Wincci, Ajai dan Mista G telah bergabung tenaga merealisasikan lagu tema produk minuman Cola-Cola yang dibuat khas untuk kempen Piala Dunia 2014 di Brazil berjudul The World Is Ours.


Bukan itu sahaja, mereka turut berpadu vokal dengan finalis rancangan realiti X-Factor, David Correy dalam mendendangkan lagu tersebut agar kedengaran lebih variasi yang bertaraf antarabangsa.

The World is Ours memperlihatkan vokal pop David Correy yang bertenaga dan bernada tinggi dengan adunan ritma samba, baile funk, hip-hop dan technobraga dalam suatu irama unik ala Brazil kepada peminat bola sepak serta pencinta muzik di seluruh dunia.


Pengurus Kumpulan Komunikasi Pemasaran Bersepadu Serantau dan Pengaktifan Coca-Cola di Malaysia, Singapura dan Brunei, Lim Yvette dalam kenyataannya berkata, lagu itu digubah terutama bagi menarik perhatian golongan muda untuk menghagai muzik asli kelahiran Brazil.

"Kebanyakan orang di luar Brazil, terutamanya golongan muda, tidak berapa kenal akan muzik asli negara itu oleh sebab ia tidak termasuk dalam aliran utama kontemporari.
“Kini, dengan gandingan suara artis tempatan dalam lagu tema yang bermakna ini, mesej kesatuan pelbagai budaya dapat dimantapkan lagi melalui kejohanan Piala Dunia tahun ini," katanya.

Jelas Lim Yvette lagi, menerusi lagu gabungan sejagat berkenaan, peminat setia Piala Dunia disarankan untuk ‘Makan Bola, Tidur Bola dan Minum Coca-Cola’ sambil menikmati kehebatan lagu The World Is Ours.

David Correy berasal daripada kawasan penempatan di Brazil yang agak mundur. Nasibnya kian berubah cerah apabila dipilih sebagai finalis X-Factor dan seterusnya dilantik untuk menyampaikan lagu tema Coca-Cola dalam kempen Piala Dunia.

Dia cukup  teruja dengan pelantikannya sebagai duta lagu tema Coca-Cola dan tawaran untuk bekerjasama dengan Coca-Cola adalah satu penghormatan yang luar biasa dan dapat menjunjung wawasannya.




2

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
4

Sedih

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyrara 26-3-2014 11:45 AM
kihkih ajai sejak ubah hidung terus mara ke international!! omputih terus.
Quote alesandra 26-3-2014 11:47 AM
lagu tema coke utk world cup dengan lagu tema rasmi fifa WC lain kan?
Quote ahmad_dhani91 26-3-2014 11:49 AM
prettyrara posted on 26-3-2014 11:45 AM
kihkih ajai sejak ubah hidung terus mara ke international!! omputih terus.

choyyyyyy! ajai hidung dulu pun pernah menang retis lelaki paling popular tahun 2002 tau berbekalkan satu single jah. retis lain mampu? ni bukan soal hidung operate kew tak k
Quote ahmad_dhani91 26-3-2014 11:51 AM
alesandra posted on 26-3-2014 11:47 AM
lagu tema coke utk world cup dengan lagu tema rasmi fifa WC lain kan?

lagu resmi world cup pitbull banjingan dengan jennifer lopez tetek lazatttttttt
Quote clarizsa 26-3-2014 11:55 AM
ajai..... huhuhu.... hmmmm
Quote cmf_premierleag 26-3-2014 11:58 AM
Oklah tu....drpd deyols pilih Dato Dr Fazley Yaacob
Mau ummah bumi ni muntah
cukup2 la dgn cokolat kek tu
Quote bedahmulutpuaka 26-3-2014 12:01 PM
nak dengar lagunya..

Quote berancuk 26-3-2014 12:19 PM
hidungmu mancung bagai seludang, rambut mu hitam ikal mayang, berseluar yankee berkaki ayam, lihatlah muka adinda yang putih melepak
Quote duniaku85 26-3-2014 12:20 PM
huh..ajai kembali menyanyi.lagu 'Aduh' ape ntah tu pun bukan sedap pun..naik geli geleman den mendengarnye..plis la
Quote alesandra 26-3-2014 12:25 PM
ahmad_dhani91 posted on 26-3-2014 11:51 AM
lagu resmi world cup pitbull banjingan dengan jennifer lopez tetek lazatttttttt:dr ...

owhh dah keluar ke?kasi link utube ke hapa..nak tengok
Quote whadda 26-3-2014 12:53 PM
what..!! ajai...?? why oo why...

lagu die aduh tu pon geli aku dengar... lagu 70an ke hape...??
Quote mohdael 26-3-2014 01:00 PM
Huuuuuu..international sungguh
Quote kikuri 26-3-2014 01:08 PM
ajai...???dengar lagu aduh..aduh tu aku rasa nak terajang je radio
Quote berancuk 26-3-2014 01:39 PM
kikuri posted on 26-3-2014 01:08 PM
ajai...???dengar lagu aduh..aduh tu aku rasa nak terajang je radio

lepas terajang radio kaki pun sakit lalu menyebut "aduh!"
Quote MistrezHermanaz 26-3-2014 02:21 PM
x caya je ajai terpilih..sebut s pon x betul
Quote tomet05 26-3-2014 02:26 PM
world cup apa ? bola ke yang gosok2 lantai tu ? kui3 ..
Quote amyainsamad 26-3-2014 03:15 PM
internasional sgt.............
Quote wanawina 26-3-2014 03:19 PM
mista who?
Quote roti_naan 26-3-2014 03:32 PM
kikuri posted on 26-3-2014 01:08 PM
ajai...???dengar lagu aduh..aduh tu aku rasa nak terajang je radio

sama lah.
bila kuar lagu dia je aku rasa nk muntah, nk lempang muka ajai.
lagu pondan!


Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.232580 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top