CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Sejarah Tshirt

7-4-2014 12:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6004| Komen: 4

Description: Lengan Kemeja-T Menjangkau Sekurang-Kurangnya Sehingga Bahu Tetapi Tidak Melitupi Siku (Dalam Versi Lengan Pendek). Baju Dengan Lengan Yang Lebih Panjang Atau Lebih Pendek Daripada Itu Tidak Tergolong ...



Kemeja-T

Kemeja-T ialah baju yang dipakai dengan menyarungnya dari kepala ke bawah untuk melitupi sebahagian besar badan manusia. Ia biasanya tidak berbutang, tidak berkolar, atau tidak bersaku, dan memiliki leher bulat serta lengan pendek. Lengan kemeja-T menjangkau sekurang-kurangnya sehingga bahu tetapi tidak melitupi siku (dalam versi lengan pendek). Baju dengan lengan yang lebih panjang atau lebih pendek daripada itu tidak tergolong dalam kemeja-T.

Kemeja-T biasanya diperbuat daripada serat kapas atau serat poliester (atau campuran kedua-dua serat itu) yang dikait sebagai fabrik jersi untuk memberikan tenunan kemeja-T tersendiri yang lembut. Kemeja-T boleh dihiasi dengan teks dan/atau gambar, dan kekadangnya dipergunakan untuk pengiklanan.
Fesyen kemeja-T termasuk gaya untuk kedua-dua lelaki dan wanita, serta untuk semua kumpulan umur, termasuk saiz bayi, budak, dan dewasa.

US Merchant Marine sailor in 1944.

Sejarah

Kemeja-T berkembang daripada pakaian dalam yang digunakan pada abad ke-19. Ia dicipta dengan menggunting pakaian dalam "sut kesatuan" sehelai menjadi pakaian atas dan pakaian bawah yang berasingan, dengan pakaian atas cukup panjang untuk dimasukkan ke dalam ikatan pinggang pakaian bawah.

Kemeja-T, baik dengan butang mahupun tidak, dipakai oleh pelombong dan pemunggah kargo pada akhir 1800-an sebagai pakaian yang sesuai untuk persekitaran panas.

Kemeja-T, sebagai pakaian serelum tanpa butang, pada asalnya menjadi popular di Amerika Syarikat apabila ia dibekalkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat semasa atau selepas Perang Sepanyol Amerika. Ia merupakan baju dalam kapas putih yang bergaris leher bulat dan berlengan pendek yang dipakai di bawah pakaian seragam. Kemeja-T umumnya dipakai oleh pelaut dan askar marin dalam pasukan kerja, kapal selam awal, dan iklim tropika.

Mereka menanggalkan "jaket" pakaian seragam dan hanya memakai (dan mengotori) baju dalam mereka. Adalah mungkin bahawa lembaga pakaian seragam Tentera Laut menemui kemeja-T buat pertama kali apabila mereka melihat anak kapal dok.





Dinamai "kemeja-T" disebabkan garis bentuk pakaian itu, kemeja-T tidak lama kemudian menjadi popular sebagai pakaian lapisan dalam untuk pekerja dalam pelbagai industri, termasuklah pertanian. Kemeja T mudah dipakai, mudah dibersihkan, serta murah dan kerana itu, ia menjadi baju pilihan untuk budak lelaki (lebih mungkin pilihan ibu daripada pilihan budak lelaki pada diri mereka).

Baju budak lelaki yang mempunyai pelbagai warna dan corak menjadi amat umum sehingga watak kartun Charlie Brown jarang dinampak tanpa kemeja-T dengan jalur zig zag di sekeliling pinggangnya.

Menjelang Zaman Meleset, kemeja-T seringnya menjadi pakaian lalai yang dipakai sewaktu membuat kerja harian ladang atau ladang ternak serta juga sewaktu kesopanan memerlukan badan dilitupi tetapi keadaan memerlukan pakaian ringan.

Selepas Perang Dunia II, pemakaian seluar pakaian seragam dengan kemeja-T sebagai pakaian kasual menjadi umum dalam kalangan bekas perajurit, dengan kemeja-T menjadi jauh lebih popular selepas Marlon Brando memakainya dalam filem A Streetcar Named Desire. Kemeja-T akhirnya mencapai status sebagai satu pakaian luaran tersendiri yang berfesyen





Arah aliran

Kemeja-T pada aslanya dipakai sebagai baju dalam. Kini, ia sering dipakai sebagai pakaian tunggal pada bahagian atas tubuh, selain daripada mungkin coli atau anak baju. Kemeja-T juga telah menjadi perantara untuk pernyataan diri dan pengiklanan, dengan mana-mana gabungan perkataan, lukisan, dan juga gambar foto yang dapat difikirkan dipaparkan.

Kemeja-T biasanya menjangkau sehingga pinggang. Kelainan kemeja-T seperti tank top, baju-A (dengan nama samaran "pemukul isteri"), kemeja otot, kemeja leher senduk, dan leher-V telah dikembangkan. Fesyen hip hop memperkenalkan "T-tinggi", kemeja-T yang dipanjangkan sehingga lutut. Salah satu arah aliran 1990-an dalam pakaian wanita melibatkan kemeja-T gunting yang ketat dan yang cukup pendek untuk mendedahkan bahagian perut.

Satu lagi arah aliran yang popular ialah pemakaian kemeja-T berlengan pendek di atas "kemeja-T berlengan panjang" dengan warna yang berbeza; ini dikenali sebagai "pelapisan".


Pada awal 1950-an, banyak syarikat yang berpusat di Miami, Florida, mula menghiasi kemeja-T dengan berbagai-bagai nama tempat peranginan dan watak. Syarikat pertama yang berbuat demikian ialah Tropix Togs di Miami di bawah pengasasnya, Sam Kantor.

Ia memiliki lesen asal untuk watak Walt Disney yang merangkumi Mickey Mouse dan Davy Crockett. Syarikat yang lain kemudian memperluas usaha itu menjadi perniagaan pencetakan kemeja-T, misalnya Sherry Manufacturing Company yang juga berpusat di Miami.

Sherry dimulakan pada 1948 oleh pemilik dan pengasasnya, Quinton Sandler, sebagai sebuah perniagaan skarf cetak saring dan kemudian berkembang menjadi salah satu syarikat tempat peranginan cetak saring pakaian berlesen yang terbesar di Amerika Syarikat.

Pada 1959, plastisol, satu dakwat yang lebih tahan lama dan lebih memberi direka, dan membenarkan lebih banyak kepelbagaian dalam reka bentuk kemeja-T.
Pada 1960-an, kemeja-T cecincin muncul dan menjadi satu fesyen utama untuk belia dan peminat rock and roll.

Dekad itu juga memperlihatkan kemunculan pencelupan ikat dan pencetakan saring pada kemeja-T asas. Pada akhir 1960-an, Richard Ellman, Robert Tree, Bill Kelly, dan Stanley Mouse mengasaskan Monster Company di Lembah Mill, California untuk mengeluarkan reka bentuk seni halus, khususnya untuk kemeja-T. Kemeja-T Monster seringnya menonjolkan lambang dan motif yang berkait dengan pancaragam Grateful Dead dan budaya marijuana.

Tambahan lagi, salah satu lambang yang paling popular muncul daripada kerusuhan politik 1960-an, dengan kemeja-T menampilkan muka pemberontak Marxis, Che Guevara.

Jenis hiasan kemeja-T komersil yang paling umum ialah percetakan saring. Dalam proses ini, corak kemeja diasingkan kepada setiap warna tunggal. Plastisol atau dakwat berasaskan air dibubuh pada baju menerusi tabir jejaring yang mengehadkan kawasan yang dakwat dibubuh. Dalam kebanyakan pencetakan kemeja-T komersil, warna tertentu digunakan.

Untuk mencapai spektrum warna yang lebih luas menerusi jumlah warna yang terhad, percetakan proses (yang hanya menggunakan dakwat sian, magenta, kuning, dan hitam) atau proses tersimulasi (yang hanya menggunakan dakwat putih, hitam, merah, hijau, biru, dan emas) agak berkesan. Percetakan proses paling sesuai digunakan untuk kemeja yang berwarna muda, manakala proses tersimulasi lebih sesuai untuk kemeja yang berwarna gelap.

Tidak banyak syarikat kini menggunakan dakwat berasaskan air, dengan kebanyakannya lebih suka akan plastisol kerana keupayaannya untuk mencetak pada kemeja berbagai-bagai warna tanpa memerlukan pelarasan warna pada peringkat seni.





Dakwat keistimewaan berubah-ubah mengikut fesyen dan merangkumi dakwat berasaskan pendar, gembung, nyahcas, dan cino. Kerajang logam boleh ditekankan atau dicapkan dengan olahan haba pada mana-mana bahagian yang berdakwat plastisol. Apabila digabungkan dengan dakwat pendar, logam itu menghasilkan kesan bak cermin pada tempat yang dakwat plastisol tersaring dibubuh. Dakwat keistimewaan adalah lebih mahal, bukan sahaja untuk membeli tetapi juga untuk menyaring dan justera, cenderung muncul dalam pakaian yang dijual di butik.

Kaedah hiasan yang lain yang digunakan pada kemeja-T termasuk berus sembur, tampal hias, sulam, teraan, dan cetak timbul serta juga penyeterikaan huruf cetak tabur hias, pemindahan haba, dan pemindahan pemejalwapan pencelup. Pencetak laser berupaya mencetak pada kertas biasa dengan menggunakan toner khusus yang mengandungi pencelup pemejalwapan. Cetakan kertas itu boleh dipindahkan secara kekal ke kemeja-T menerusi olahan haba.

Pada 1980-an, pencelup termokromatik digunakan untuk menghasilkan kemeja-T yang bertukar warna sewaktu suhu persekitaran berubah. Jenama Global Hypercolour amat popular di jalan raya United Kingdom buat beberapa tahun tetapi kini hampir hilang sama sekali. Ia juga sangat popular di Amerika Syarikat dalam kalangan remaja pada akhir 1980-an. Satu kelemahan pakaian tersebut adalah bahawa pencelupnya mudah rosak, khususnya apabila dicuci dengan air suam, selain daripada mencelup pakaian yang lain.

Pada peralihan abad, perekaan bentuk kemeja-T tempahan dalam talian menjadi lebih popular. Laman sesawang yang popular mula menggunakan pencetakan digital (seperti pencetakan Terus ke Pakaian atau DTG, singkatan untuk Direct to Garment ) yang membenarkan pelanggan mereka bentuk kemeja-T sendiri dalam talian tanpa pesanan minimum. Pada mulanya, DTG tidak berupaya mencetak pada pakaian gelap. Namun, dengan bantuan sesetengah peruncit kemeja-T dalam talian, pengilang pencetak seperti T-Jet telah menyempurnakan proses itu dan kini membekalkan pengguna dengan lebih banyak pilihan cetak.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote richard303 5-4-2014 12:47 PM
Tropix Togs mickey mouse
Quote donut_1752 5-4-2014 11:58 PM
so..tshirt msa tu mmg sama dgn ladies la ye?
ketat2
Quote koboikekuda 7-4-2014 12:53 AM
body katang
Quote munchkin 8-4-2014 10:03 PM
Suka shirt cotton uniqlo best

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.302841 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top