CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomoh Caj Rm3k Untuk Keluarkan Lembaga Hitam Dalam Badan

14-4-2014 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7038| Komen: 8

Description: Dalam Kejadian Terbaru Selasa Lalu, Seorang Lelaki Yang Mahu Dikenali Sebagai Rahman, 50, Mendakwa, Kerugian Rm3,000 Selepas Diperdaya Bomoh Pembelit Berkenaan Sebelum Membuat Laporan Di Balai Polis P ...



Kuala Lumpur: Korbankan seekor lembu hitam. Itulah pengeras ataupun syarat karut yang dikenakan seorang bomoh auta bagi mengubati mana-mana individu yang disihir atau menghidapi gangguan misteri sebelum lesap bersama wang mangsa. 

Lelaki berusia lewat 30-an itu dilapor akan meminta RM3,000 selepas beberapa siri rawatan dilakukan kononnya untuk membeli lembu hitam bagi memulihkan sepenuhnya pesakitnya sebelum menghilangkan diri. Harian Metro difahamkan, suspek yang bergerak aktif sejak enam bulan lalu di sekitar Lembah Klang sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga mangsa.

Dalam kejadian terbaru Selasa lalu, seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Rahman, 50, mendakwa, kerugian RM3,000 selepas diperdaya bomoh pembelit berkenaan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, Ampang untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Rahman berkata, dia diperkenalkan kepada lelaki terbabit oleh beberapa rakannya pada pertengahan Mac lalu.

“Saya jumpa bomoh itu bagi mengubati adik lelaki berusia 35 tahun yang mendakwa sering diganggu lembaga hitam. Bukan saya nak percaya bomoh tetapi tiada jalan lain kerana setiap kali pemeriksaan dilakukan di klinik mahupun hospital, doktor memberitahu adaik saya tidak menghidap sebarang penyakit. “Malah, sudah puluhan ribu duit dihabiskan untuk merawatnya sejak dua tahun lalu.

“Saya tidak sanggup melihat adik saya sentiasa murung dan ketakutan. Disebabkan itulah, saya mula mendapatkan khidmatnya (bomoh) selepas dinasihatkan rakan,” katanya.
Rahman berkata, dia bertemu dengan bomoh terbabit di sebuah kedai makan di Ampang.

“Pertama kali bertemu, saya menjadi yakin dengan lelaki terbabit kerana dia berperwatakan seperti orang alim. Malah, pertuturannya juga lembut dan sering memakai jubah sebelum bersetuju merawat adik saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

4

Bagus
2

Marah

Terkejut
3

Sedih
9

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BurningTimes 12-4-2014 10:38 PM
Yang gagah berkhurafat menyekutukan elohim dah kenapa dik?
buang uang sahaja dik kena bayar 3 ribu,
baik sembah berhala terus dah alang2 sudah menyekutukan elohim kan.
Quote munchkin 12-4-2014 10:50 PM
Ni kira pakej  lah ye?...kalau time based bayaran lagilah mahal
Quote Dewa19XKangen 12-4-2014 10:57 PM
duit banyak,tp akal sikit,camdoh..
Quote theflash 13-4-2014 01:34 AM
aduh
ni stu lagi
Quote sahamboi 13-4-2014 07:43 AM
Asal pakai jubah dengan serba je terus digelar ustaz. Padahal banyak yang menipu. Takkanla tak boleh nak pikir bila bomoh2 ni cerita jumpa malaikat la, tahu nama malaikat yang sebenar la...
Quote noor2 13-4-2014 08:22 AM
pila jumpa ustaz kalau ya pun...kalau ya diganggu iblis jin semua.

Quote tupaiterbang 13-4-2014 08:26 AM

Bomoh melayu la tu....
Quote alinone78 13-4-2014 08:50 AM
Bijak sungguh mangsa

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.307289 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top